Wednesday, December 30, 2009

9 SIFAT ISTERI SOLEHAH

KEIBUAN

Kebanyakan lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih syg.
Wajah Keibuan yang mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

KEANAK-ANAKKAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan dimata lelaki.
Mereka rase terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakkan yang menyenangkan.
Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan ,wanita yang berpengertian tidak akan terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cube mengerti duduk persoalannya.

MENGHARGAI

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

MENJAGA PENAMPILAN

lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiase kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan dia tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila berumahtangga , wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walaupun dah punye 3 orang anak?

PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginye.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.
wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok sama ada dibandar atau di kampung.

MENGHORMAI DIRI SENDIRI

Lelaki suka dengan wnaita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.
Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh lelaki terhadap dirinya.
Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.
Dia tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

SIMPATI DAN PRIHATIN

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempersona.

p/s: Kepada semua wanita,contohilah isteri rasulullah dalam membentuk jatidiri.
menjadi teman dan sahabat kepada rasulullah,menemani rasulullah dalam setiap saat kepayahan baginda. Menghargai baginda dan menerima baginda seadanya.
sentiase menjadi pendengar yang setia serta penenang hati suaminye dikala gundah.
tiade wanita semulia khadijah.
melakar sejarah,membuktikan tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegar dunia.
sehingga pemergiannya ditangisi nabi.
dia ibarat mentari yang memancar dikala rasulullah mencari sebuah ketenangan.
die la penawar hati rasulullah ketika suram.
Al-fatihah....




Tuesday, December 29, 2009

KAWAN-KAWAN

Hari ni aku bosan sangat.

tapi tibe-tibe aku teringat mase lalu aku.

zaman sekolah yang penuh dengan keriangan.

bersama kawan-kawan bergurau senda.

mase tu kami tak banyak masalah macam sekarang.

yang kami tau belaja, bemain dan bergembire.

study group, training bola sepak,bola tampar dan nasyid.

pastu malam pula kadang-kadang aku pergi study ngan budak-budak hostel.

bestkan?

pastu boleh dikatekan tiap-tiap hari penuh dengan gelak ketawa dengan keletah kawan-kawan.

ada je bahan untuk kami ketawekan.

dulu,sape xkenal kelas B?

kelas 5 Bijak.

semua cikgu tau.

tp ade sorang cikgu yang rapat ngan budak-budak kelas kami gelarkan kelas kami 5 bahagia.

sebab segarang mane pun cikgu yang masuk kelas kami pasti kuar dengan senyuman.

dan kelas kami digelar macam tu pun kerane boleh dikatekan majoriti budak-budak kelas kami ade couple masing-masing.

dan boleh dikatekan setiap hari name kelas kami meniti kat bibir cikgu-cikgu sekolah tu.

ade je cerite dari kelas kami,xkire baik ke buruk.

tapi kebanyakkannye baik la...

ye la,kelas kami jadi juare sayembara puisi peringkat sekolah,pastu ke.3 peringkat daerah.

xcukup dengan tu,nasyid pula mengharum name kelas kami....smpi wakili daerah.

majoriti kelas aku adalah atlit sekolah.

kalau dekat-dekat ngan program sukan or kokurikulum mesti kelas aku xcukup kaki.kalau tinggalpn just 2 3 kerat je la.

sampai cikgupun takde semangat nak ajar kelas kami bile tengak banyak tempat kosong.

dan aku tengok muke cikgu mase tu pn memang nak tergelak.

kalaulah aku boleh putarkan balik mase,mungkin hidop aku tak sebosan sekarang.

ramai kawan-kawan aku mase tu.

setiap kali aku balik umah mak aku pula,ramai kawan-kawan yang akan bertandang ke rumah aku.

kebanyakkannye kawan-kawan sejak dari sekolah rendah.

dorang ni lebih kuat gelak dari budak2 kelas aku...

lagi-lagi dengan lawak-lawak shahrul n wassup yang selalu menghangatkan suasana..

banyak suke duke yang kami lalui..

teringat aku saat salah seorang kawan kami meninggal.

semua kawan-kawan menangis teresak-esak.

malah kesedihan kami melebihi kesedihan yang keluarge die lalui.

kawan-kawan aku macam tak boleh terime pemergian arwah.

aku sendiri menangis.

cos aku la yang sentiase dengar masalah dan luahan hati die.

malam terakhir sebelum pemergian die aku dapat lihat semangat dan impian die.

terus terang cakap,aku rindu die.

boleh katekan dielah penyatu persahabatan kami semua.

rumah dielah yang selalu markas tempat kami berkumpul dan merancang akriviti kami.

malas sepanjang cuti sekolah rumah die la jadi tempat kami melepak dan menghabiskan mase bersame.

macam-macam aktiviti yang kitorang buat.

memancing,berkhemah,mandi sungai,BBQ,main game dan macam-macam lagi.

dielah yang selalunye jadi ketua.

sampai sekarang pun,bile aku ade mase aku still pergi memancing kat tempat yang arwah selalu bawak kami semua.

tapi sampai sekarang aku masih tak dapat kalahkan die untuk dapat ikan besar atau udang galah besar...

dielah juare memancing dikalangan kami semua.

tapi lepas arwah meninggal,kawan-kawan aku semua buat haluan masing.

kalau jumpe pun dah tak semesra dulu.

semua dah ade life masing-masing.

semua dah kerja dan ade yang belajar jauh dari tempat kami membesar ni.

yang tinggal hanye aku je yang still mengenangkan setiap suke duke kami bersame.

memanglah orang selalu cakap,kenape dikenang kisah yang lepas nant kite xkn maju.

tapi sedarlah,hari semalam yang mendewasakan kite tentang kehidupan hari ini..

hari semalam penuh dengan suka dan duka untuk kite kenang dan jadikan impian indah pade hari-hari akan datang.

dan setiap kali aku ingat saat tu, aku pasti menangis bile mengenangkannye...

kegembiraan yang tak mungkin aku dapat semula.

kalaulah sekarang kawan-kawan still ade disisi aku macam dulu,aku ade banyak bende nak wat ngan dorang macam dulu..

mase arwah masih ade.

aku nak dorang tau yang aku xpenah lupekan persahabatan kami..I...

kemane pun aku melangkah, aku still akan ingat setiap keletah dorang...

takde kenangan yang indah melainkan saat bersame mereka.

aku rindu korang semua.

P/S;- kawan-kawan, aku disini menanti korang sume.

Aku harap kite semua dapat berkumpul semula.

Bersame dlm setiap kegembiraan dan kesedihan.

Walaupn kite dh ade haluan masing2 tp percayalah ikatan inilah yang mengikat kite.

Dan ikatan ini tidak akan putus sehinggalah nafas kite terhenti.

aku ingin kite semua berkumpul semula macam dulu-dulu, sekurang-kurangnye sebelum aku

menutup mata.

Tuesday, December 22, 2009

KASIHKU ABADI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.......

Telebih dahulu aku memohon ampun kehadrat ilahi diatas dosa-dosa aku yang telah lalu.
Sesungguhnye aku tak ingin perpisahan ini.
Andai Allah nak berikan balasan diatas dosa-dosa yang lepas pn bukan ini caranya.
aku tak relakan perpisahan ini.
aku tak kisah andai balasan lain yang Allah berikan kepadaku,tapi bukanlah dengan memisahkan aku dengan nyawaku.
Ya Allah,
Aku mohon!!!!!
Aku inginkan dia!!!!!
Jangan pisahkan kami!!!!!

Sedih sangat hati aku saat ini.
Kenapa Setiap orang yang aku sayang akan pergi tinggalkan aku?
Apa salah aku?
Aku just cube untuk merapatkan jurang antara kami tapi kenape dia boleh salah paham?
Ya Allah,
Andai betul aku yang salah,aku xmungkin menyesal macam ni, tapi ini langsung tak ade ape-ape salah pn.
Aku just nak bermanja dan bergurau senda macam selalu.
Salahkah aku?
Aku just nak kami kembali mesra mcm dulu.

Ya, aku mengaku aku agak terluka dengan sikap dia sejak kebelakangan ni.
Dia dah macam hilang minat pada diri aku.
Malah cerita-cerita aku yang sebelum ni dia suka,langsung tidak lagi menjadi perhatian dia.
Aku rasa aku dah makin jauh dari dia.
Kami tak sebahagia dulu.
Tapi kekecewaan kat hati aku ni langsung tidak mengubah cinte dan kasih sayang aku pada dia.
Apalagi untuk menduakan dia.

Aku mengaku sepanjang perkenalan kami, aku tiba-tiba menjadi perhatian ramai pompuan.
Aku pn tak tahu kenape,aku layan semua kawan-kawan aku sama je baik lelaki mahupun pompuan.
Tapi semua tu langsung aku tak ambil kisah.
Aku sentiase sedarkan diri aku yang aku hanyalah milik dia seorang.
Aku seboleh-bolehnya mengelak dari sebarang fitnah yang akan menghancurkan cinta kami.
Dalam sejarah hidup aku,Aku tak penah menduakan cinta aku selama ini.
Dia pun tahu aku macam mane.
Malah dia lebih kenal aku dari orang lain.
Die tahu setiap keperihatinan aku dan juge perangai nakal aku.

Tapi aku keliru.
Kenape tiba-tiba perangai dia berubah?
Kemana perginya kepercayaan dia pada aku?
kemana hilangnya keyakinan dia pada cinta kami?
kenape?
kenape semua ni mesti berlaku?
atau ini adalah balasan Allah kepada dosa-dosa aku yang lalu?
Aku tak setuju.
Kalau nak hukum aku pn,bukan dengan menghancurkan cinte dan kebahagiaan kami.
Banyak yang kami korbankan untuk pastikan cinta kami trus kekal dan bahagia.
Lebih-lebih lagi komitmen kami yang tak pernah berbelah bahagi.
macam-macam yang kami buat untuk perjuangkan cinta kami.
kenape mesti jadi mcm ni?

Ya Allah,
Aku mohon kepadaMU.
Sesungguhnya Engakulah yang mencipta cinta di syurga.
Dan Engkau juga yang menurunkan cinte kedunia bersama Adam dan Hawa.
Aku memohon KepadaMU Ya Rahman Ya Rahim.
Satukanlah hati kami seperti mane Kau menyatukan hati Adam dan Hawa.
Namun janganlah Kau uji kami seperti apa yang telah mereka lalui.
Ya Allah,
Aku hanya insan lemah yang memohon belas kasihan dariMU.
Lindungilah kesucian cinte kami dari godaan syaitan
Restuilah hubungan kami sepertimana Kau merestui cinte Yusuf dan Zulaikha.
Aku menyerah kepadaMu Ya Allah.
Telah banyak air mata yang mengalir.
Namun Kau hapuskanlah dengan kebahagiaan anugerah cintaMU yang utuh supaya kami tidak melupakanMU.
Benarkanlah kami bersama Ya Allah.
Aku merayu dan merintih.
Kerana aku percaya Kau ciptakan dia untukku.
Dan dia adalah yang terbaik buatku.

Kamar hatiku, sekian lama

Suram dan sepi, kekosongan

Aku mencari insan sejati

Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya

Disemai rasa kasih sayang

Agar bersemi ketenangan

Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan

Dan ku rindukan keramahan

Aku inginkan kemesraan

Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi

Menyayangimu, disayangi

Merindui dan dirindui

Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku

Biar tenang resah di dadaku

Terimalah serta kabulkan harapan ini

Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna

Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah

Hidup mati jodoh pertemuan

Ditentu Allah yang Esa

Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati

Dipertemukan serikandi

Susah dan senang sama harungi

Demi cinta yang hakiki

P/s;- buat sume sahabat,aku berkongsi cerita ini supaya dapat jadikan iktibar pade korang sume....

cinte bukan hanye memerlukan kejujuran dan kesetiaan tapi ia juge memerlukan tolak ansur dan saling memahami.

cinte itu indah dan tidak menyakitkan....

tapi cinte juge ibarat saham,ade jatuh bangunnye....

kerane inilah namenye kehidupan...

tp percayelah,selagi kite tidak berhenti berjuang,pluang akan tetap ade untuk cinte kite berjaya.

aku telah melaluinye,dan aku akan pertahankannye...

jgn mudah mengalah dengan keadaan,walaupun restu yang menjadi masalahnye.

penyelesaian tetap ade,yang penting kewarasan kite akan memastian cinte kite berjaya.

menghormati org lain adalah asasnye,tapi kekuatan hati adalah tunjang yang mencengkam cinte menjadi kukuh berdiri.

org lain xkan paham,hanye kite yang kenal cinte kite lebih dari segalanye.



KALIMAH CINTA

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa
Di batasan cinta
syariat terjaga
Tanpa keraguan
tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Monday, December 14, 2009

HARGA DIRI SEBUAH KESABARAN

salam sume
dah lame rasenye aku tak jeguk blog aku ni.
aku agak bz dengan kerja n kursus sejak akhir2 ni...
ye la bz kejar cte2 la katekan...
hehehehe...
sepanjang aku kursus aku dapat lihat ramai yang masih xtau menghormati orang lain.
bayangkan ape dah jadi dgn dunia sekarang ni?
bagai mana org nak hormat bangsa kite?
kalau sesama sendiri pn xtau nak saling hormat menghormati.

aku ni bukan nak ckp aku baik atau aku bagus tp sejahat-jahat aku,aku still tak penah lupe untuk menghormati org lain.
terutama org yang lebih tua dari aku.
kadang2 kite pun nak rase dihormati jugakan?
mcm tu jg dgn org lain.
mcm mane org lain nak hormat kite kalau kite sendiri pn xtau ape tu kehormatan diri?

org akan hormat kite kalau kite tau menjage tatasusila kite sebagai bangsa melayu.
bangsa malaysia.
ya,mungkin bangsa lain xkan paham cara dan adat kite tapi bangsa lain akan menghormati kite sebagai bangsa yang bermaruah dan beridentiti.

aku juge lihat bagaimana disiplin menjadikan diri kite beridentiti dan berintergriti.
bila kita berdisiplin orang akan mule pandang kite sebagai insan yang berprinsip.
kita tak minta untuk dihormati tp disiplin diri akan menjadikan kite lebih dihormati xkire tua atau muda.
sikap mementingkan diri juga adalah perosak kepada sifat hormat yang ada dalam diri kite semua.
membunuh setiap adab dan sopan yang sekian lame telah ade dalam diri kite sebagai bangsa malaysia.
tapi satu yang agak melukakan hati aku.
bile kite menghormati orang lain,orang selalu mengambil kesempatan diatas sikap tolak ansur kite.
mempergunakan kite seperti sampah yang tidak bernilai.
murah sangat ke harge diri seseorang tu bile die belajar bertolak ansur?
lagi-lagi dgn insan yang lebih tua.
aku sendiri belajar bertolak ansur dengan rakan sekerja yang lebih tua.
tapi kadang2 mereka menganggap itu sebagai satu kelemahan untuk mereka pergunakan aku.
ini sebenarnye membunuh sifat hormat dalam diri anak mude mcm aku.
harge diri kami dicarik-carik dan disiat-siat seperti sehelai kertas.
mcm inikah orang yang harus aku hormat?
orang yang selalu mengambil kesempatan pada saudara sebangsanya.

aku sebenarnye pantang dengan semua ni.
kadang2 aku bersyukur kerane mereka tidak mengenali aku 10 tahun dulu.
kalau x,maybe dah lame aku jd pembunuh dengan org2 mcm ni.
tapi inilah warna sebuah kehidupan.
kite xboleh lari dari sume ini.
harga diri kite dijual beli seperti ikan kat pasar.
kadang2 naik dan kadang2 turun harganye.
tapi apa2 pun ALLAH lebih mengetahui.
aku berdiam diri bukan bererti aku tewas dengan keadaan.
tapi sebagai tanda hormat aku kepada saudara sebangsaku.
dan ingatlah,bangsa kite tidak selamanya diperlekehkan.
sejarah pn dh membuktikan.
sampai masa bangsa kite mampu menggegar dunia.
inilah semangat anak watan wataniah.
dan makna wataniah tu selalu ade dalam diri bangsa kite.

p/s: aku mungkin lebih sabar sekarang tapi jangan lupe,aku juge sudah semakin berani..
so jangan mencabar baran aku, kerane itu sume telah lame aku tinggalkan...

Sunday, November 8, 2009

RINTIHAN IBU

Anakku...Bila ibu boleh memilihApakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu,Maka ibu akan memilih mengandungmu?
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak...engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemanapun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan, Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata.

Anakku...Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu, Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga, Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan, Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun, Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah duniaSaat itulah...saat paling membahagiakan, Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu.

Anakku...Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,Maka ibu memilih menyusuimu,Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berhargaMerasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan.

Anakku...Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapatAtau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle, Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu.

Tetapi anakku...
Hidup memang pilihan...
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak...
Maafkan ibu...
Maafkan ibu...
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang.
Percayalah nak...Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu.
Percayalah nak...Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu...

P/S: SEDARLAH TEMAN BETAPE BESAR PENGORBANAN IBU KITE KEPADE KITE DIDUNIA INI.
TIADE SIAPE YG MEMAHAMI KEPERITAN YANG IBU LALUI,MALAH BILE ANAK2NYE SUDAH DEWASE ANK2NYE MELUPAINYE DAN MEMBIARKAN IBU TERKAPAI-KAPAI SENDIRI....
TIADE SAAT YANG LEBIH INDAH SELAIN MELIHAT SENYUMAN DARI BIBIR SEORANG IBU APABILA MELIHAT KEJAYAAN ANAKNYA.

UKHWAH PERSAHABATAN

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kitaRasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

p/s: setiap perhubungan akan utuh jika disulami dengan keikhlasan dan tolak ansur...
berkongsilah setiap pahit manis bersama sahabat anda,kerane sahabat bukan hanye untuk bersahabat...
tp lebih dari itu...
kerane persahabatan adalah ikatan ukhwah yang terbine antare semua umat.

10 CIRI LELAKI DAYUS

Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa sporting yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki hilang? Tidak sekali-sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Dayus ini hanya akan jatuh jika si suami dah tahu, cuma buat endah tak endah. Jika tak tahu atas kecurangan si isteri, maka takkan jatuh dayus itu di kepala si suami.

P/S: YA ALLAH,BERAPE RAMAINYE LELAKI DAYUS DIDUNIA INI.
LINDUNGILAH MEREKE DAN KEMBALIKANLAH MEREKA KE JALAN MU YA ALLAH...
WAHAI SUME SAUDARA KU,MERINTIH DAN MENANGISLAH SMBL MENYEMBAHNYA (BERTAUBAT) KERANE ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN.....

10 JALAN YANG SYAITAN GUNEKAN UNTUK PENGARUHI KITA

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawaRasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.

9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.

P/S:KEPADA SEMUA SAUDARA KU,AKU TIDAK INGIN KITE SEMUA TERGOLONG DLM GOLONGAN YANG DIBENCI DAN DIMURKAI OLEH ALLAH DAN AGAMA,JGN KITE MENCALARKAN KEISLAMAN KITE DENGAN KENIKMATAN SEMENTARE TP CARILAH KENIKMATAN YANG BERKEKALAN YANG ALLAH SEDIAKAN UNTUK KITE SEMUA....
ALLAH ITU MAHA PEMBERI RAHMAT,DAN BERSYUKURLAH DENGAN SETIAP RAHMAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITE.....

4 LELAKI YANG DITARIK WANITA

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga(sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

p/s:KEPADE KAUM ADAM,BERWASPADALAH.
BUKEKAN MATE DAN BERSAME TINGKATKAN KEIMANAN KITE....
MASEKAN LAHIR BAYANGAN YANG LURUS ANDAI DATANGNYE DARI KAYU YANG BENGKOK...
SO BERSAME LA KITE MELURUSKAN SETIAP YANG BENGKOK,MEMELIHARA DIRI N AHLI KELUARGA KITE SUPAYE SENTIASE BERADE DIDALAM LANDASAN ALLAH.
AMIN.....

KISAH LUQMAN

Sebagai panduan kita bersama. Semoga dapat menjadi pengajaran dan iktibar pada kita. Buatlah sesuatu berdasarkan kebenaran dan niat yang betul.
Kisah ini saya petik dari sebuah laman web.Dalam sebuah riwayat menceritakan,

Pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

P/S: KITE TIDAK BOLEH LARI DARI PERCAKAPAN DAN BUAH MULUT ORANG SEKELILING TP KITE STILL LEH WAT PERTIMBANGAN BERDASRKAN KEMATANGAN DAN KEBAIKAN UNTUK DIRI KITE SENDIRI. TIADE ORG YANG MENGENALI DIRI KITE SEBAIK MUNGKIN MELAINKAN DIRI KITE SENDIRI.
MULUT MANUSIA TIDAK BOLEH DITUTUP,TP KITE BOLEH MEMBERHENTIKAN KATE2 MEREKA DENGAN ILMU YANG TERSEMAT IKHLAS DLM DADA.

Monday, November 2, 2009

BILE KITE KENAL APE ITU "SAYANG"

Ble kite syg org tu,
Kita gaduh ngn dia,
kita diam jeTp dia heboh 1 dunia
Hati kate xpe, dia tension tuu...

Ble kite syg org tu,
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org len
Ble jd cm2,
Hti kata, xpe, ckp je,kwn dia,kwn kite gak.....

Ble kite syg org tu,
Kita bercerita dgn dia,dia wat dunno je..
Tp ble dia bercerita ngn kita,Kita dgr,sepatah2 kite igt
Hti kata x pe, syg katakan¿

Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lapar
Tp kite bg sume roti kita kat dia
Hati kata,ala jgalah hati dia,sian dia lpar tu¿.

Ble kite syg org tu,
Kite sgup bg dia rest ble dia letih,T
p ble kita letih,dia suruh gak,kite lyn dia bila dia bosan.Adil ker?
Hati kata,ala bkn slalu pun..

Ble kite syg org tu,
Kita jdi macam org gile ble dgr dia sakit,
Tp bile kita sakit,Dia siap kuar ngan kwn2 dia g meraikan hri ksakitn kita,
Hti kata,ala x pe,xkn dia nkb'kepit ngn kita 24 jam je

Ble kite syg org tu
Kita xpenah tipu2 & pntingkn diri sendiri
Tp dia menipu & hipokrit tahap gaban
Hti kata xpe,dia mmg cm2 kene lah trima..

Ble kite syg org tu,
Kite syg nk tngglkn dia slama2nya..
Tp dia x tahu kite berdepan dgn maut,Walaupn kite sakit,dia kate kat kite,sakit bese2 je 2,jgn nk mngrut la.
Hti kata,camane lah dia bilekite xde,msti dia hepi kn

Ble kite syg org tu
Kite x sgup tgk dia derita even sket pn
Tp dia x pnh hrgai dri kite,
Hti kata,tau x btapa kita syg kndia????

Ble kiter syg org tu,
Kite sgup tngglkn dia selamanya utk dia bgia
Tp dia tahu x pngorbanan kite??
Hti kata,xpe,jnji insan yg di sygi bhgia

Dan¿¿¿¿ ¿¿
Ble kite dh tngglkn dia slama2nye
Dia dtg ziarah pusara kiteDia kata..
Dia mntk maaf sbb pnh mngata kite
Dia mntk maaf sbb pnh wat kite tgu dia
Dia mntk maaf sbb pnh paksa kita lyn dia time bsn
Dia mntk maaf sbb pnh heboh 1 dnia psal slh kite
Dia mntk maaf sbb pnh xhiraukn call kite
Dia mntk maaf sbb pnh xdgr luahan hti kite
Dia mntk maaf sbb pnh wat kite klprn sbb dia
Dia mntk maaf sbb pnh ggu wktu rht kite
Dia mntk maaf sbb x pnh hiraukn skit kite
Dia mntk maaf sbb pnh pntingkn dri dia snri
Dia mntk maaf sbb x pnh tgk p'dritaan kite

Ble kite syg org tu,
Kite wat semuanya kan?
Tp dia x prnh fhm kan?
Dan¿¿¿¿
Ble kite tglkn dia
Dia dtg pd kite & kataSorry¿
Sorry???
slps lukakan hti kite?

Ble kite syg org tu,
Kite kata xpe lah
Aku dh tngglkn dunia,Moga dia bahagia tnpa kite..
tapi ada dia wt pape tuk kite?
ada dia hargai pe yg kita wt tuk dia...??
dia lagi bahgia dgn dunia & kwn2 dia..
Hti kata, xpe la..mengalah la demi insan t'syg..
Dan hati kite kata..Xpe lh apapun yg dia wat,Kite ttp syg org tu¿..
Kita sayang die untuk selamanye smpi bile2 pn..

ble kita ckp kita syg die lbey dri diri kita,
die kata kita saje jer nak amik hti die..
pdhl die xtau kita mmg syg die cm nk mati...
nk wt smua utk die klu kita mampu..
selamanya....

Wednesday, October 28, 2009

~TANDA LELAKI BENAR- BENAR JATUH CINTA~

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Monday, October 26, 2009

PERMATA INDAH ANUGERAH ALLAH

Salam.
Dah lame aku tak jenguk kat blog aku ni....
Hari ini aku bersyukur sangat.
Sampai menitis air mata aku.
Aku dapat melihat keagungan sebuah cinta.
Alhamdulillah,cos masih wujud lagi cinta sejati didalam dunia sekarang ni.


Aku ada kenal sorang kawan.
Sorang perempuan yang baru berumur 21 tahun.
Dia menceritakan pengalaman dia tentang perkahwinan kepada aku.

Pada awalnya aku beranggapan dia terlalu muda untuk memahami sebuah perkahwinan.
Tapi inilah kebesaran Allah, 5tahun mereka bercinta sebelum berkahwin.
Sejak dari sekolah lagi.

Siapa kata yang cinta zaman sekolah just cinta monyet?
Ni la yang aku gagal wat orang sekeliling aku paham selama ini.
Tiada istilah cinta monyet dalam dunia ni.
Hanya manusia yang berperangai mcm monyet.
Hanya tahu mempermainkan cinta dan merosakkan kesucian cinta itu sendiri.

Kagum aku dengan cinta dorg.
Ye la,seawal umur 21 dorg dah memahami erti tanggungjawab.
Dorg melayari sebuah perkahwinan disaat orang2 sebaya mereka masih terkapai-kapai untuk memahami erti sebuah percintaan.
Kalau makna cinta pn gagal untuk difahami dan selami,apa lagi erti sebuah perkahwinan kan?


Perkahwinan ibarat berlayar menyeberangi 7 lautan, macam2 gelora yang kita akan terpaksa harungi dan tak semua berjaya menyeberanginya.
Aku berharap cinta mereka terus mekar dan utuh untuk menghadapi gelora itu.
Doa aku akan sentiasa mengiringi bahtera mereka,Insyaallah..........
Jauh dilubuk hati aku,aku menghormati dia dan suaminya juga cinta mereka.
secara tak langsung,dorg meyakinkan aku bahawa kepercayaan aku terhadap cinta selama ini tidak pernah silap.

Cinta sejati itu sentiasa wujud.
Semua bergantung pada keyakinan kita,pada apa yang kita perjuangkan.
Air mata aku menitis disaat mendengar dan melihat kebenaran ini.
Masih ada cinta anak muda yang boleh menjadi contoh pada rakan sebaya mereka.
Inilah keagunguan sebuag cinta yang Allah ciptakan.
Betapa besarnya rahmat Allah itu,sehingga melimpah ruah.

Orang selalu mengaguni cinta Romeo dan Juliet la.....Laila dan Majnun la...
Terus diagung-agungkan walaupun cinta mereka tak kesampaian.
Tapi perasan tak korg,cinta dorg ni jg boleh diangkat sehebat cinta classic dulu2 tu,malah lebih dari itu.
Sekurang-kurangnya cinta mereka menyatukan hati mereka. Menyatukan mereka untuk hidop bersama atas dasar cinta mereka...
Betol x?
Boleh tak korang bayangkan,betapa beratnya dugaan yang mereka hadapi selama 5 tahun mereka bercinta tu?
5 tahun tu bukan jangka masa yang pendek.
Banyak suka duka yang dorg kena hadapi.
Dan 5 tahun tu dah cukup untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka antara satu sama lain.
Ni la kebenaran cinta yang payah untuk kita temui zaman sekarang ini.
Dan Allah bagi aku kesempatan untuk melihat keagungan dan kebesaran rahmatnya.
Alhamdulillah!!!!!!!!!!

p/s:- Buat Siti Fazilah & suami........
- Jadilah suami isteri yang bertolak ansur dan saling memahami serta menghormati.
Sentiasa rasional dan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan Allah.
- Ingat,langit tidaklah selalu cerah tapi keindahan pelangi yang terbit selepas hujan itu yang
selalu dinantikan.
-Hidup ini adalah seperti pentas wayang tapi perkahwinan adalah 1 hakikat yang tidak
boleh dipersendakan.
-Matanglah dalam setiap keputusan yang korang buat dan janganlah saling mementingkan
diri sendiri.
-Ingatlah, korang dah memiliki permata indah anugerah Allah.

Thursday, October 15, 2009

KEWUJUDAN JIN

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dangelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin TidakIslam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebaborang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (sptKLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman,Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpanglalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.

Wednesday, October 7, 2009

PERKAHWINAN :- IMPIAN KASIH

KASIH DENGARLAH HATIKU BERBICARA
KASIH IZINKAN DIRIKU BERTANYA
BISAKAH CINTA BERSEMI
MENGUNDANG RESTU ILAHI
ADAKAH BAHAGIA YANG DIIMPI
MENJADI SATU REALITI

KASIH KUSEDARI KEKURANGAN INI
KASIH KUINSAFI KELEMAHAN DIRI
KU INGIN SUNTING DIRIMU
MENJADI PERMAISURI HATIKU
SEBAGAI ISTERI YANG BERBUDI
KEBANGGAAN PARA SUAMI

WANITA HIASAN DUNIA
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH
YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN
SYURGA DIDALAM RUMAH TANGGA

HANYA ITU YANG KU INGINKAN
DARI INSAN YANG AMAT KU SAYANG
DAMAIKANLAH RESAH HATI KU
AKU RINDU KASIH DAN SAYANGMU
TERIMALAH SEADANYA
AKULAH PERHIASAN PELAMIN HIDUPMU

ADAINYA TIADA JODOH
UNTUK KE SINGGAHSANA
KUPASRAHKAN SEGALANYA
KERNA TAKDIR YANG AKAN MENENTUKAN
IMPIAN KASIH

Inilah impian aku malah impian semua insan didunia ini.
Seluruh hidup dan nafas hari ini adalah untuk membina impian itu.
Mampukah aku?
Aku tak mungkin mampu.
Kerana aku tak ingin mengambil risiko memperdagangkan masa depan seorang gadis.
Mereka seharusnye mendapat insan yang lebih baik dan boleh membahagiakan mereka.
Bukan aku yang hanye menanti nafasku terhenti.
Bukan aku menolak takdir.tapi aku tak ingin melihat orang lain derita kerane aku.
Tiada apa yang ada untuk aku didunia ini.
Yang ada,hanya kesempatan untuk merasai secebis cinte yang allah anugerahkan.
Aku dapat rasakan setiap hela nafasku semakin pendek.
setiap pandangan mataku semakin kabur.
Keseimbangan badanku semakin hilang disaat aku berlari dan melompat.
Tubuh aku menjadi semakin lemah dari hari ke hari.
Mungkin aku tak sempat merasai nikmat allah yang 1 ni.
Tapi aku harap allah akan gantikannya dengan memberikan pasangan yang baik dan solehah kepada kawan2 aku dan insan2 yang baik pada aku selama ini.
Biarlah datangku ibarat mentari yang terbit dan pergiku ibarat keheningan malam yang sunyi.
Namun meninggalkan kesan pada alam ciptaan allah ini seperti embun menitis disaat dinihari.
Aku tak ingin menangis dan aku tak ingin membuat insan lain bersedih.
Biarlah mereka mencari kebahagiaan mereka.
Dan aku sendiri menghadapi ajal yang bakal bertandang.

Tuesday, October 6, 2009

PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah sesuatu yang semua org inginkan dalam hidup ni.aku sendiri mengharapkan yang terbaik.tapi semua ni kite tak boleh nak jangka apa-apa.dalam hidop ni mcm2 leh jd.bercinte bertahun-tahun bukan tiket untukn si dia menjadi milik kite.kadang2 dalam sekelipp mata macam2 leh terjadi.dan ade yang xpernah bersua muka tp boleh bertahan sehingga ke akhir hayat sebagai suami isteri.bagi aku sendiri perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.tak ingin aku cemarinye dengan cinte yang penuh dengan kepalsuan.inginku bina perkahwinan itu dengan kesucian cinte abadi.dan pada yang sama aku ingin bawa cinte itu mencari keredhaan ilahi.yang pasti,bile kite mule melangkah ke alam itu,kite kene pandai sesuaikan diri.belaja mengenali hati dan tindak tanduk pasangan kita.menyintai bukan bermakne memiliki,tp bile memiliki kite kene blaja menyintai dengan sepenuh hati.kalau boleh,aku inginkawin sekali sahaja dlm seumur hidop aku.tiade kedue atau ketige.dan aku tidak mahu ada poligami dalam idop aku mahupn pasangan aku.aku tak ingin jadi sorg suami yg kejam kepade isterinye.aku jg xingin melukakan aty sorg wanita yang akan menjadi rusuk kiri aku.kalau rusuk kiriku sakit,tidak sempurne juge aku sebagai manusia.membahagiakan org yang kite syg adalah 1 tanggungjwb yang besar bagi aku.coa dalam perkahwinan yang membahagiakan bermule dari sejauh mane usahe kite untuk membahagiakan pasangan kite.sejauh mane usahe kite untuk memberikan yang terbaik untuk pasangan kite.aku tak ingin jd lelaki yang tewas dlm perkahwinan.aku ingin membina perkahwinan sebagai suatu yang paling indah dlm idop.salah 1 anugerah Allah yang xsume org leh dapat.perkahwinan bukanlah just satu ikatan yang menghalalkan apa yang haram sebelum ini.tapi ia adlah 1 anugerah yang datang bersame tanggungjwb.Allah memberikan kite kesempatan untuk melayari bahtera sebuah perkahwinan supaya menjadi menjadikan lelaki berilmu dalam membimbing seorang isteri menghadapi badai perkahwinan yang penuh onak dan duri.dan menjadikan sorang wanita taat pada suaminye dan bernaung dibawah kasih suaminye.
Dalam berumah tangga si suami seharusnya lebih tenang dalam menghadapi setiap permasalahan.
Sebaik contoh suami teragung adalah suami setenang Rasulullah.
Manakala isteri pula seharusnye lebih taat dan sering disisi suami dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sebaik contoh isteri solehah adalah Siti Hajar.

Dalam perkahwinan bukan hanye melibatkan 2 insan tetapi melibatkan 2 keluarge yang besar.
Dan ia bergantung bagaimane seseorang itu membawa diri didalam keluarge mertua dan menyesuaikan pasangannye didalam keluargenye.
Bagaimana kite menjadikan diri kite sebahagian dari keluarge yang selame ini kite xpenah kenal.
Bolehkah kite menyesuaikan diri kite dengan mereka?
Mampukah kite?
Itulah orang ramai selalu gagal.
Aku sendiri takut untuk hadapi kegagalan itu seandainye ia terjadi kepadaku.
Semuanye bergantung pade diri kita sendiri.
Bagaimana kite menyesuaikan diri dan blaja bertolak ansur dengan pihak lain.
Yang penting kite kene selalu bersedia dan merendah diri serta berfikiran terbuka.
Tak semua org mampu untuk melalui semua ini.
Kerana ia bermula dengan keikhlasan tulus terhadap sebuah hubungan tu.
Bukan seperti api dalam sekam yang hanye akan membakar dalam diam dan akhirnye membunuh aty sendiri.

Tiada siapa yang inginkan penceraian mahupun perpisahan.
Tapi manusia kadang2 alpa tentang keindahan sebuah perkahwinan apabila mslh dtg bertandang.
Bumi mane tidak ditimpa hujan?
Langit mane yang akan sentiase cerah?
Semuanye bergantung pada pasangan itu sendiri .
Sejauh mana mereka menghargai dan menyayangi ikatan perkahwinan itu.
Nescaya allah akan permudahkan setiap urusan......insyaallah.....

p/s: Bagi pasangan yang bercinta, belajrlah dari sekarang.
Belajarlah untuk menghormati sebuah hubungan itu.
Menghargai apa yang kite ade.
Menerima pasangan kite seadanye.
Belajarlah menjadi matang dalam membuat keputusan.
Xperlu terburu-buru.
Belajarlah menyayangi pasangan kite dengan ketulusan dan keikhlasan.
Bila kite belajar menghormati sesebuah hubungan itu,hubungan itu akan menjadi lebih utuh dengan ikatn kasih syg.
Dan pastikan cinte kite membawa kite kearah keredhaan Allah.
Kerana cinte itu ada tp kadang2 hanya kaca biase dan bukan permata yang berharga.

ERTI PERSAHABATAN

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.
Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang.
Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kitaRasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya.
Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Wednesday, September 30, 2009

AKU INSAN YANG KEJAM!!!!

First time aku merasekan diri aku kejam sgt.
Dalam seumur hidop aku,aku jarang membuat org yang aku syg menangis.
Tapi kali ini aku dh wat sekeping hati yng aku sanjung terluka.
Aku terpaksa membuat pilihan antara janji aku untuk penuhi undangan perkahwinan kawan lama atau memenuhi janjiku pada dia yang aku xkn biarkan die bersedih kerana aku.
Sebahagian aty aku mule merasekan cinte ini melecehkan.
Tapi sebahagian lagi merasekan diri aku terlalu kejam terhadap cinte,sehingga membuat die menangis.
Kejam sangatkah aku?
melanggar janjiku yang aku xkn membuat die menangis dan bersedih.
Ya allah,Hanya kau saja yang tahu ape yang bermain dalam aty aku kini.
setiap titisan kesedihan die,ibarat duri yang mencalar hati.
Berlinang air mata aku bile memikirkan kekejaman diri ku.
Selama ini cinte terlalu agung dalam aty aku.
Namun prinsip aku adalah perisai idop aku.
Mana yang harus aku pilih?
Orang kadang2 xnmpak ketulusan hati kita,apa yang ade dan agung dihati kite.
Dan aku bukan jenis insan yang suka menunjuk-nunjuk.
Aku hanya abadikan didalam potret aty aku.
hanya aku yang menatapi dan meratapi keindahanye setiap mase.
tanpa org lain tahu atau berkesempatan untuk menilainye.
kalau luka yang nak dikire,tak terhitung bnyknye.
dan kadang2 kelukaan tu datang dari tindakan aku sendiri.
hanye dengan niat menjaga aty insan lain,aku terpakse melukakan cinte aku dan hati aku juga.
Dalam hidop aku,aku sentiase letakkan kepentingan diri aku ditempat terakhir.
kerane ape yang penting kebahagiaan org2 yang aku syg.
famili,cintaku,sahabatku dan seterusnye kawan2 dan insan sekeliling ku.
selebihnye barulah untuk diri aku.

siapalah aku untuk meminta kebahagiaan.
siapalah aku untuk meminta keindahan.
aku hanya layak menjadi lilin.
lilin yang cair kepanasan dan kemudian dikikis buang menjadi habuk yang memutih.
Inilah hinanya aku.
aku terpakse kejam pade diri aku sendiri.
aku tak minta orang memahamiku.
aku tak minta org menghargaiku.
aku cume ingin beri senyuman sekadar yang termampu
air matalah teman idopku.
pengubat luke hatiku.
selebihnye allah je yang tahu.
betapa cinta ini penting dalam setiap nafasku.
betapa rindu aku kepade keindahan anugerah itu.
hanya allah yang tahu.
aku pasrah.
aku berserah.
aku sudah tidak mampu berjuang lagi.
yang tinggal hanya air mata.
aku sedih kerana aku terlalu kejam.
kejam pada die.
maafkan aku!!!!
aku tak layak didekati
aku hanya ditakdirkan hidop sendiri.
aku insan yang kejam!!!!

Friday, September 18, 2009

IMPIAN YANG TAK PASTI

Perasaan Yang Lahir Dari Hati
Hadir Tanpa Dijangka
Tanpa Dipinta
Tanpa Diduga
Hati Tak Pernah Menipu
Tak Pernah Membohongi
Kerana Hati Mengerti
Hati Memahami
Apa Yang Perasaan Rasakan
Sedangkan Akal
Terus-Terusan Menidakkan
Akal Berperang Dengan Hati
Yang Menjadi Mangsa?
Perasaan Yang Sering Terluka
Sering Kecewa
Hati Hanya Mampu Menangis
Mengenangkan Kekurangan Diri
Akal Mentertawakan Hati
Kerana Hati Sering Mengharap
Mengharap Pada Sesuatu Yang Tak Pasti
Hati Tidak Bersalah!
Siapa Yang Harus Dipersalahkan?
Perasaan?
Perasaan Juga Tidak Bersalah
Ia Lahir Dari Hati
Hati Yang Tulus Suci
Hati Yang Tak Pernah Membohongi
Hati Seorang Manusia
Manusia Yang Bernama Aku!
Aku Yang Sering Tewas
Tewas Dalam Mendapatkan Impian
Akukah Yang Bersalah?
Membiarkan Hati Bermain Dengan Perasaan
Membiarkan Akal Mentertawakan Hati
Perasaan
Sungguh Setia Kau Menanti
Hati Hanya Mendiamkan Diri
Kagum Dan Terharu
Melihat Kesetiaan Perasaan
Akal Terus Mempersendakan Hati
Menyuruh Hati Memberikan Perasaan Pada Yang Lain
Tapi Perasaan Cepat Membantah
"KASIHKU TAK SEMURAH ITU"
Hati Terguris Lagi
Bimbang Tak Dapat Merealisasikan Impian
Impian Perasaan Yang Satu
Perasaan Terus Juga Mengharap
Terus Juga Memberikan Harapan
Hati Cuba Memujuk Perasaan
Perasaan Membantah Lagi
"TAK SEMUDAH ITU KASIHKU BERUBAH"
Akal Mula Menyedari
Betapa Setianya Perasaan Menanti
Akal Juga Mengakui
Betapa Tulusnya Hati
Sanggup Menangis
Sanggup Bersedih
Demi Sebuah Perasaan
Perasaan Yang Terlampau Mengharap
Sedangkan Perasaan
Mengharap Pada Sekeping Hati Yang Lain
Hati Yang Tak Pernah Memahami
Hati Yang Tak Pernah Menghargai
Perasaan Berkata Lagi
"AKU AKAN SETIA MENANTI"
Hati Hanya Berdiam Diri
Tanpa Ku Sedari Air Mata Mengalir Lesu
Di Kedinginan Malam Syahdu.
p/s: SAYANG - Senang dilafazkan
Sukar dilupakan
susah dibuktikan
Payah difahami.
IMPIAN YANG TAK PASTI INI adalah luahan hati sorg gadis yang mengharap cinte dari sorg lelaki,sedangkan masih ade sorg lelaki lagi yang sentiase mengharap cinte dan kasih syg darinye.
yang gagal die terime n membalasnye.
kerane cintenye telah terkunci untuk insan yang die dambakan....
same2 la kite mendoakan kebahagian mereka...

Tuesday, September 15, 2009

PENGERTIAN CINTA

Cinta tidak pernah meminta. Ia sentiasa memberi.
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,
tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih-sayang ialah jangan
menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Cinta tidak memberi apa-apa melainkan dirinya dan tidak mengambil
apa-apa melainkan daripada dirinya. Cinta tidak mengawal sesiapa
dan tidak boleh dikawal sesiapa kerana cinta lengkap dengan sendirinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala
di mana-mana jua pun yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang
jauh seperti menerangai tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih
sayang pada segala yang bernyawa.

Jangan menerima cinta seseorang kerana kepentingan diri atau terpaksa.
Terima dengan ikhlas sepertimana sidia menyintaimu. Manakala mencintai
juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri.
Apa sahaja yang dilakukan dalam hidup perlu seimbang termasuk bercinta.

Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata
ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,bukan suatu hasil usaha.

Monday, September 14, 2009

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

"Wallahualam

Sunday, September 13, 2009

CINTA ILAHI

Dalam Diri Ini,
Terasa Amat Kerdil Disisimu,
Siapakah Aku Dihadapanmu,
Kerana Kau Penciptaku.

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya rahim,
Maha Pengasih,
Maha Penyayang,
Hanya Kau Pengurnia Kasih Sayang,
Yang Membina Dunia Fantasi,
Namun Menghadirkan Realiti,
Didalam Alam Ciptaanmu Sendiri.

Namun Begitu,
Hambamu Sering Melupakanmu,
Disaat Keriangan Menemani diri,
Kegembiraan Bertamu Dihati,
Bila Dihimpit Dan Tersepit,
Dia Rasa Hampir,
Namun Jauh Dipadang Pasir,
Yang Tandus Kekeringan,
Tanpa Ada Seteguk Keredhaan,
Untuk Menyeri Taman Hati,
Untuk Mengubah Sesuatu Yang Tak Pasti.

Ya Allah,
Ku tidak Layak Ke Syurgamu,
Namun,
Tidak Pula Aku Sanggup Ke Nerakamu,
Sesungguhnye Kau Yang Maha Pemurah,
Maha Pelindung,
Dari Aku Terus Sesat,
Dalam Hutan Metropolitan ini,
Dan Ingin Aku,
Menjadi Hamba Yang Suci,
Didalam Keredhaanmu.

Thursday, September 10, 2009

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktusholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam ]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja, di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu
Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Monday, September 7, 2009

SURATAN DUNIA

OH TUHAN, SEANDAINYA TELAH KAU CATATKAN
DIA MILIKKU TERCIPTA BUAT DIRI KU
SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATI KU
TITIPKANLAH KEBAHAGIAAN....

YA ALLAH, KUMOHON APA YANG TELAH KAU TAKDIRKAN
KUHARAP DIA ADALAH YANG TERBAIK BUATKU
KERANA ENGKAU TAHU SEGALA ISI HATIKU
PELIHARA DAKU DARI KEMURKAAN MU...

YA TUHANKU, YANG MAHA PEMURAH
BERI KEKUATAN JUA HARAPAN
MEMBINA DIRI YANG LESU TAK BERMAYA
SEMAIKAN SETULUS KASIH DIJIWA...

KUPASRAH KEPADAMU KURNIAKANLAH AKU
PASANGAN YANG BERIMAN BISA MENEMANI AKU
SUPAYA KU DAN DIA DAPAT MELAYAR BAHTERA
KEMUARA CINTA YANG ENGKAU REDHAI...

YA TUHAN KU, YANG MAHA PENGASIH
ENGKAU SAHAJA PEMELIHARAKU
DENGARKAN RINTIHAN HAMBAMU INI
JANGAN KAU BIARKANKU SENDIRI....

AGAR KU BISA BAHGIA
WALAUPN TANPA BERSAMANYA
GANTIKAN YANG HILANG
TUMBUHKAN YANG TELAH PATAH....

KU INGINKAN BAHGIA DIDUNIA DAN AKHIRAT
PADAMU TUHAN KU MOHON....
SEGALA.......!!!!!

ni la lirik lagu yang sentiase menjadi doa aku....
aku percaye pade ape yang allah tentukan..
dan aku bersyukur jg dgn sume yang allah kurniakan..
mcm2 ke khilafan aku..
tp mcm2 jg yang allah dah anugerahkan kepade aku...
tu tande kasihnye pade aku sbg hambanye.
aku pernah berhenti berharap.......
aku juge penah pasrah segalanye.
tp tu sume xmenjadikan aku lemah dlm meneruskan hidop.....
kerane ape yang allah berikan dlm idop ni,adelah yang terbaik untuk hambenye...
kalau itu yang terbaik,kenape perlu bersedih dan merintih...
tol x?
pcy la dgn kekuasaan allah.
cinte yang allah cipta.
dan air mate yang allah tentukan dlm idop kite.
sumenye telah tertulis disane.
tp pcy la,allah dah sediakan sessuatu yang lebih untuk kite dihadapan sane.
cume mase je yang akan membawe kite kepadenye....

p/s: kawan2.......
walaupn aku sakit..
aku xpenah mengalah.
malah aku sentiase memiliki senyuman dibibir aku....
kerane senyum itu penawar...
kalau aku boleh jd setenang ini,kenape korg sume xleh.....?
aku jg manusia mcm kamu semua...

Wednesday, September 2, 2009

SEJARAH SEMALAM

salam.......
hari ni aku nak luahkan sesuatu.
aku pelik dengan orang2 skeliling aku.
nape payah sgt korg nak trime?
aku mmg dh lupekan die.
aku dah buang cinte aku jauh2 untuk diri die.
dah hampir 5 tahun pn aku berpisah.
tp naper korg still xpcy?
mmg aku akui aku payah untuk lupekan die sblm ni.
aku amik mase lebih dari 3 tahun untuk aku menerime perpisahan ni.
mcm2 care aku wat untuk buang die dari hidop aku.
aku cube untuk membenci die.
aku juge cube untuk berdendam dgn die.
tapi sume xberjaya cos cinte xmengajar aku untuk jd mcm tu.
lama kelamaan aku terime die sbg kawan.
perlahan-lahan aku letakkan die jauh dlm dimensi lain kat aty aku ni.
dia tiade lagi dlm dimensi situasi kekasih,tp lebih kepada sahabat karib.
aku dijadikan sebagai tempat die berkongsi masalah dan kegembiraan dengan kehidupan barunye.
aku lebih selese begini.
hidop aku xlagi dibayangi oleh perasaan rindu.
itulah bukti yang aku dah buang cintanye jauh dari hidop aku.

mmg baru2 ini aku ade conteck die smule.
tp xsedikit pn terlintas kat aty aku untuk kembali pade die.
bagi aku die dh jd sejarah.
die dh ade life die sendiri.
aku just call die untuk bertnye khabar.
sebangai sorg kawan.
xsalah kan?
malah bukan dengan die je.
dengan kawan2 lain pn aku wat mcm tu.
bile lame xconteck,skali skala aku akan cari dorg untuk bertanye khabar.

dari dulu lagi aku akan ikut kata hati aku.
bile tibe2 hati aku terdetik n ingat kat seseorang tanpe sebab,aku tau org tu ade mslh.
so aku akan hubungi org tu dan bertanyekan khabar.
tp same ada tuan punye diri nak crite atau x,terpulang la.....
aku xpakse.
cos aku just nak pastikan kate aty aku benar atau salah.
n aku xnk biarkan kawan aku menangis sorg2,mcm aku dulu.
aku xnk jd kawan yg hanye ade time gembire je.
aku nak jd kawan dlm susah dan senang pade setiap org.
supaye dorg xrase keperitan yg mcm aku rase sblm ni.


mcm tu jg bile aku conteck die.
tibe2 je aty aku berdetik untuk call die.
aku dpt rase yang xbest tentang die.
so aku call die.
dari nada suaranye aku tau die ade mslh.
tp aku xnk cmpur dan xnk pakse die untuk ceritekan mslh die.
aku just cube untuk wat die gembire n dpt lupekan mslh die wat seketike.
aku jg cube untuk bg kate2 semangat untuk die hadapi stiap masalah.

kenape dengan korg sume?
kenape mesti lepas kasih xkesampaian,kite perlu jadi musuh?
kan kite still saudara seagama?
sebangsa?
1 malaysia?
salah ke kami menjadi kawan?
percayalah wahai sahabat.
aku dah buang cinte kami jauh2.
dan aku xkan trime die semule walau ape pn yang jd.
aty aku dh tertutup rapat untuk die.
cinte aku jg dh mati untuk die.
cos die sendiri penah ungkapkan yang aku dh mati dlm idop die.
so xde org mati yang leh idop semule.
begitu jg dengan cinte yang dh mati.
die yang bunuh cinte kami.
cinte kami dh berkubur.

aku tau korg xpcy dengan diri aku.
tp inilah aku skrg,korg kene pcy dengan diri aku yg skrg.
cukuplah aku dh sia-siakan diri aku selame 3 tahun dengan menangisi kemusnahan cinte kami.
dan skrg aku dah bangkit dari sume kesedihan tu.
xkn aku nak biarkan diri aku tenggelam semule?
aku dh cukup tersikse slame ni,dan cukuplah sikse tu stakat ni..
biar allah je yang tau betape siksenye idop aku sblm ni.
dan aku lepaskan sikse ni menjadi sejarah seperti cinte aku dan dia.

yang pasti,sekarang aku dah mulekan idop baru.
aku dah jd insan yang baru setelah kehilangan die.
aku lebih matang dan aku lebih suke berkongsi pengalaman aku ni supaya org lain xjd bodoh mcm aku.
aku dh pasrah dengan sume ni.
aku xslhkan die cos die just kejar kebahagiaan die
so aku kene trime keadaan ni dan kejar kebahagiaan aku jg.
dan doakan juge kebahagiaan die dgn pakwe baru die.
itu lebih baik dari menangisi sesuatu yang xpasti.
aku bersyukur cos die dah beri aku pengalaman yang indah.
menyedarkan aku tentang cinte n lebih memahami cinte itu sendiri.
nikmat syurge yang allah turunkan bersame adam dan hawa.
dan sekarang hati aku tidak lagi bute.
aku dah nmpk kebahagiaan yang didepan mate.
aku nampak keindahan yang allah dah tentukan.
yang pasti aku harus sentiase percaya dan sentiase berada dilandasan yang diredhai allah.
insyaallah,kebahagiaan akan jadi milik aku jg 1 hari nanti.

korg tolonglah percaya aku.
cinte aku dh lame mati untuk die.
aku dh cukup bahagia dengan ape yang aku ade sekarang.
inilah anugerah yang allah kurniakan kepade aku.
1 perasaan yang xternilai hargenye.
yang pasti,selepas ini aku akan sentiase tersenyum dengan kebahagiaan baru aku.
dan aku akan wat kawan2 aku bahagia jg.

p/s: cinte ini mmg payah difahami kerane ia terlalu unik.
hanye insan yang berjiwa halus yang lebih memahaminye.
hidop ini ibarat sebuah pentas wayang yang besar.
kitalah pelakonnye,kite yang mencipta watak n karektor kite sendiri.
dan pengalaman akan jdkan kite lebih beridentiti.
dan manusia akan lebih tulus dan ikhlas terhadap sebuah kehidupan.
inilah aku skrg.......

Tuesday, September 1, 2009

CEMBURU

salam sume.........
lame dah aku xberceloteh kat sini kan?
aku nak berkongsi ngan korg pasal sifat cemburu yang xtentu pasal ni.
aku ade pengalaman tentang bende ni....

mcm ni,aku penah kenal sorg budak yang baru putus cinte.
die slalu cte pasal kesedihan die kat aku tentang lelaki.
die dah mcm xpercaye lelaki,ape lagi cinte.
die maki2 lelaki.
jantan xgune la.
jantan sial la.
smpi dlm aty aku mule tertanye2.
dan aku syak mest ade smthing yang dh berlaku pd pmpn ni.
aku cube nasihatkn die n naik kan semule smgt die.
pelan2 aku try pujuk die untuk meluahkan mslh die pade aku.
tp die still berkias dengan aku.
dan akhirnye aku buat serkap jarang sendiri.
aku tanye die ,adekah die penah terlanjur dengan ex boy die?
n baru la die mengaku.
xsangke tekaan aku tepat.
setelah mengetahui mslh die,aku cube kembalikan semangat die.
beri die nasihat untuk mendekatkan diri pade allah, dan bertaubat.

setelah itu,die mule menunjukkan minat die pade aku pl.
die ckp die sk care aku nasihat die.
aku bnyk sedarkan die.
tp aku cube mengelak,cos xnk sejarah lame berulang lagi.
aku xnk org jatuh aty kat aku tanpe sbb.
aku just ckp,aku just nak tlg,n kalau org lain pn,mereka akan wat bende yang same.
lepas tu,die trus msg aku n call aku.
siap panggil aku abg lagi.
wat aku jd xselese dengan sume ni.

1 ari aku kene buat tugasan luar,dan pada mulenye die ok je.
minta aku jge diri baik2.
n mcm lagi pesanan die.
aku pn just trime ucapan die tu sbg 1 perhatian dari sorg adik kepade abgnye.
kerane mlm sebelum aku pegi,die ingin aku jd abg die n menegur setiap kesilapan die.
jadi aku ingat sume ungkapan die tu dari hati yang ikhlas.

tbe2 sampai saje aku ditempat aku ditugaskan,
aku terime sms dari die,dgn ayat yang marah2.
die ckp aku menipu.
malah die kirimkan ayat2 yang penuh dgn sindiran.
aku bengang gle dengan care die.
cos aku xtau ape slh aku.
xpasal2 kene maki,macam aku ni wat kesalahan besar je.

selepas 3 ari,aku balik dari membuat keje luar,tbe2 ade 1 no yang aku xkenali sms aku.
aku pn bls sms itu dgn bertanye sape die.
tp die membalas dengan ayat yang penuh kerek.
aku pn dengan keadaan yang kepenatan,aku talipon die n marah2.
tp xpasal2 blum sempat aku membuka bicare aku pl yang dimaki.
suare itu adalah milik sorg pmpn.
tp perangai n care die maki aku tu,xmencirikan die sorg pmpn.
kasar dan melanggar adab dan tatasusila sebagai pmpn melayu.

aku pn mule sms die dan cube untuk tidak menggunakan ayat yang akan menyakitkan aty die walaupn mase tu aty aku tgh hangat membare.
aku try pujuk aty die,tp die still marah2..
die ckp die slh no.
so aku pn just lupekan je la.
malas nak cari gaduh lagi.

keesokan harinye,no yang xdikenali tu masuk lagi.
kali ni die hantar msg meminta maaf.
n kenalkan diri sebagai pmpn yang aku nasihat tu.
aku pn trus call.
mase tu aku pl balas setiap sindiran die.
cos ape yang jd mlm tu langsung xmencerminkan diri die yang aku kenal sblm ni.
sblm ni,die lembut je ckp ngan aku,ble aku ckp kasar ckit pn die xsk.
tp rupenye pmpn ni mmg jenis topeng2...
die just blakon baik untuk wat aku sk die.
tp ble die tgk gambar aku dengan pmpn lain,die trus tunjukkan diri die yang sebenar.
malah langsung xbertanye sape pmpn dlm gmbr tu.
die just wat serkap jarang n maki2 aku sesuke aty die.
bnyk jg aku ceramah die.
xpasal2 aku jadi penceramah bebas ari tu.
dan aku nk die tau,kalau mcm tu la perangai die,jgn kate aku...
sape2 pn xmampu untuk mengubah diri die melainkan dirinye sendiri.
dan trus trang aku katekan,pintu aty aku dh tertutup rapat untuk die atau mane2 pmpn pn...
kerana........biarlah rahsia,hahahaha!!!!!!
hanye org yang special je tau maksud aku ni.

aku xmungkin tinggalkan ape yang aku miliki selame bertahun didalam susah n senang hanye kerane org yang baru aku kenali sehari 2...

dan kalau korg kat tempat aku pn,korg akan pertahankan ape yang korg percaya.


p/s: cemburu tandenye sayang.
tapi cemburu jg boleh membunuh cinte dengan ketajaman kate2.
ingat,dlm cinte xperlu ade prasangke,tp keimanan pembimbing kite.
cinte itu indah kalau disirami dengan rindu,dan kadang kala perlu disulami dengan cemburu,
kerane cemburu bukti cinte itu ada dan trus menyala.