Wednesday, July 23, 2014

Tempat Baru Langkah Baru



Alhamdulillah…diam tak diam dh hampir 2 minggu aku ditempat baru. Kalau nak cerita tentang cabaran kat tempat baru ni memang lah takkan sama macam tempat lama. Pergaulan dan budaya kerjanya pun berbeza. Tetapi apa yang aku lalui sepanjang 2 minggu disini memang banyak mengajar aku untuk lebih bersabar dan matang dalam membuat setiap keputusan. Baik dalam kerja mahupun hal peribadi. Dah sampai sini baru aku nampak tentang keikhlasan dan kejujuran dalam sebuah persahabatan. Aku juga dapat menilai kesungguhan orang sekeliling aku tentang memperjuangkan apa yang kita laungkan. 

Banyak dugaan yang aku terima dan xkurang juga cemuhan bila aku ambil keputusan untuk bertukar ke sini. Tapi tidak mengapa kerana ini semua membantu aku membuka mata dengan lebih luas tentang keikhlasan manusia. Disamping semua itu xkurang juga yang menyokong dan mendoakan aku untuk terus Berjaya disini dan membantu memberi perubahan baru disini. Terima kasih aku ucapkan pada mereka kerana sentiasa menyokong dn member semangat untuk aku terukan langkah ini. Terutama buat teman-teman sekerja lama aku.

Apa pun semua ini adalah untuk mendewasakan aku. Aku berhijrah kesini untuk menyempurnakan impian, mengembangkan pengalaman dan meneruskan perjuangan yang sering aku laungkan. Walau dimana pun aku tetap aku,aku akan tetap teruskan dakwah dengan cara yang aku suka dan yang selama ini aku pertahankan.

Biarlah mereka membenci,biarlah walau aku sendiri tapi perjuangan ini aku akan pastikan agar tiada penamatnya. Dan aku sentiasa percaya yang setiap jalan yang aku pilih adalah ketentuan yang allah dah rencanakan. Dan aku pasti semua ini pasti ada keistimewaan dan kelebihan yang kita semua tak tahu. Yang pasti jangan berhenti berdoa dan berharap.

Semoga aku terus Berjaya ditempat baru, baik dalam kerjaya , keluarga mahupun masa depan. Semoga segalanya dipermudahkan dan rezeki aku disini dipermurahkan. Ameen.

P/s: Buat Shoutul Taqwa, jangan berhenti berjuang. Kerana walau dimanapun kita,dakwah ini harus diteruskan. Semuanya antara mahu atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri.