Wednesday, July 29, 2015

Genap 29 Tahun


Alhamdulillah genap 29 tahun aku bernafas dimuka bumi Allah ini. Alhamdulillah diatas kesabaran yang allah pinjamkn dalam setiap kemarahan dan tomahan. Alhamdulillah diatas kematangan yg allah titipkn dlm setiap permasalahan dan ujian.

Ari ni genap umurku 29 tahun,aku sedar aku masih tidak punya apa-apa.  Tidak punya cahaya mata. Tidak punya pangkat ternama, namun aku tetap bersyukur atas segala pinjaman yang allah kurniakan. Allah memberikan aku kesempatan menjadi sesuatu dibumi ciptaannya. Disini aku masih menjadi suami pada insan yang paling menghargai diri ini. Disini juga aku belaja memikul segala amanah dan tanggungjawab yang telah allah takdirkan. Sentiasa mencuba untuk menjadi anak dan menantu yang terbaik kepada ibubapa dan kedua mertua.

Biar aku  tak punya apa-apa,sekurang-kurangnya aku masih punya teman hidup yang sentiasa membantu aku memikul stiap tanggungjawab. Menunaikan kewajipan sebagai anak dan juga menantu. Membahagiakan keluarga seadanya. 29 tahun yang terlalu bermakna dalam menyusuri jalan-jalan berliku dan indah silih berganti. 29 tahun yang penuh rebah dah bangkit untuk terus melangkah. 29 tahun yang penuh dengan tawa dan air mata.

Allahu Rabbi...terkenang saat indah menjadi budak sekolah, ramai kawan-kawan dan kenalan. Menjadi remaja mengenal cinta dan persahabatan. kemudian mengorak langkah mengenal dunia,terkadang amarah menjadi budaya hidup seorang pemuda. Belajar membina keyakinan diri, belajar tentang kejujuran dan kesetian, belaja tentang perih getir menjadi seorang insan...semua itu warna warna perjalanan hidup ku selama 29 tahun.

Alhamdulillah,kini kehidupan lebih tenang dan lebih matang dlm melalui setiap situasi, lebih teliti dalam membuat keputusan dan lebih lantang memberi pandangan dan pendapat. Hari ini aku menjadi insan yang jauh berbeza dari sebelumnya. Mungkin dulu ada yang memandang aku anak manja kerana aku anak bongsu,tetapi hari ini aku memikul tanggungjawab yang sama seperti anak sulong. Mungkin dulu aku hanya budak pemalu yang suka menyendiri,tetapi kini aku insan yang lebih terbuka dan berdikari, lebih menghargai setiap teman dan sahabat yang pernah hadir dalam hidup ku.

Dengan penambahan umurku ini,aku hanya mampu berserah kepada allah untuk memudahkan perjalanan hidupku sebagai suami,sebagai anak dan menantu. Semoga allah akan terus kuatkan dan tabahkan hati aku dan isteri dalam melayari alam rumahtangga dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah, Memberi kesempatan kepada kami menjadi ibu dan ayah, membuka jalan yang terbaik untuk kami dalam mencari jalan syurgaNya. Sesungguhnya tiada kata lagi yang dapat aku ungkapkan selain syukur kerana Allah masih memberi aku ruang dan peluang untuk terus berbakti kepada kedua org tua ku sebelum mereka menutup mata, tak lupe juga anugerah terindah yang allah kurniakan iaitu seorang isteri yang sentiasa melengkapi setiap kekurangan diri ini.

Terima kasih Ya Allah..disepanjang 29 tahun ini aku bertemu dengan ramai insan-insan yang penuh dengan warna-warni dan mengajar dan menjadikan aku lebih baik. Terima Kasih kerana temukan aku dengan guru-guru yang sabar mendidik insan nakal ini,terima kasih diatas tengkingan dan teguran mereka kerana menjadikan aku lebih baik. Terima kasih juga buat teman yang banyak berkongsi pandangan,nasihat dan teguran sepanjang mengenali diri aku, yang banyak berkongsi suka dan duka sepanjang 29 tahun ini. Tak lupa juga pada kenalan yang pernah melihat sudut negatif dalam diri aku,aku mohon maaf segala salah dan silap…namun semua itulah yang mematangkan aku dan menjadikan aku seperti hari ini.

Ameen.


Saturday, July 11, 2015

Rahsia 10 Tahun


Alhamdulillah...masih berkesempatan meneruskan penulisan ini, hari ini tiba-tiba tergerak hati untuk meluahkam apa yang pernah terjadi 10 tahun dulu. Dalam diam-diam dh 10 tahun aku pendamkan perasaan ini,tentang apa yang terjadi dan tentang apa yang aku rasa. Seingat aku,aku tak pernah berceritakan hal ini pada sesiapa,melainkan mungkin kalau ada yang tahu pun adalah dari mulut orang lain yang mungkin juga terlibat tentang hal ini.cerita ni aku dah simpan tanpa pengetahuan adik bradik aku dan saudara mara aku,walaupun dr pengetahuan isteri aku yang memang dah hampir 10 tahun kenal aku,kalau tahu pun mungkin mak aku,itupun kalau dia masih ingat lagi la...hehehe...ok,Now its start..

Al-kisah 10 tahun dulu.
Masa tu aku masih bekerja di sebuah kedai runcit kat area kampung aku setelah hampir 3 tahun menjadi penganggur terhormat,akhirnya aku kluar dr kepompong dan mencari pengalaman untuk bekerja. Dekat 1 tahun juga lah aku bekerja kat situ,walaupun kerjanya agak berat (ye la kena angkat barang-barang yang berat kan) tp aku tetap suka kerja ni sbb aku dekat ng mak ayah aku dan skurang-kurangnya dapat juga aku jaga sakit demam diaorang. Gajinya pl tak la seberapa kalau nk dibandingkan dgn keje aku skrg,tp cukup la utk aku bg mak ayah aku stiap bulan.

Ok,berbalik pada cerita aku td, selepas hampir setahun aku kerja kat situ tanpa sebarang masalah,tiba-tiba 1 hari tu ade barang-barang yang hilang, kejadian tu berulang-ulang juga la,sampai majikan aku pn dh start tarik muke dengan aku (ye la,barang jualan dia hilang kot,rugi tu..). Aku mula perasan kejadian ni akan berlaku bila time2 sibuk n ramai pelanggan yang memerlukan aku bergerak ke depan n blakang utk mengambil brg utk pelanggan. Aku pun dh start cam dh dikalangan pelanggan aku yg boleh dijadikan suspek...

Aku perasan dekat sorg mamat ni,dia suka pakai seluar besar n muka die aku dpt cam...honestly aku dr iras wajah die,aku dpt rasa dia Mat pet aka mat gian. Dia juga slalu dtg dgn kwn die dgn motor tp kawan die tu aku xdpt cam mukanya sbb jarang masuk kedai...tp aku hanya dpt cam dr segi cara berpakaian je la...

Pada 1 hari,masa tu majikan aku pun ada dekat kedai,dan biasanya bila majikan aku ada,aku akan tinggalkan kaunter pada die dan aku akan menambah stok2 barang di rak dekat bahagian belakang kedai. Dan pada hari tu la aku terserempak ngan mat gian tu ngah buat something yg agak mencurigakan...dia tgh nk masukkan brg2 yg agak bernilai kedalam sluar besar die..tp bile die perasan aku kat blakang,die terus bwk brg tu ke kaunter n bayar...mase tu aku langsung xsyak ape2....tp lepas je mamat tu blah,majikan aku check stok kat tmpt mamat td berdiri (biasenye dekat bahagian barangan susu baby,milo,nescafe dan seumpamanya) rupanya2 barang2 kat rak dh terang kene kebas...membebel lg la majikan aku...dan die sendiri dh syak kat mamat tu.

Lepas pd hari tu, aku dh xnmpk mamat tu masuk kedai...ade la aku nmpk 2 3 org yg berpakaian mcm die masuk kedai,tp aku xsyak ape2 la,sbb kdg2 bdk2 indon yg keje dekat perumahan yang br nk dibuka dikawasan berdekatan pn berpakaiam mcm mat gian tu jg,so itu menyukarkan aku utk mengecam suspek...namun begitu kes kehilangam still berlaku,kali ni bkn stakat kehilangan brg2 tp dh berjangkit ke kaunter...kehilangan duit jualan...tp aku perasan yg kaki rembat ni mmg bijak,sbb die xambik semua,n dorg akan tinggal sikit...mungkin utk kelirukan aku yg mmg slalu terkejar2 kejar melayan pelanggan nk itu dan ini..aku hanya akan tau bile majikan aku dtg kedai n mengira duit jualan...honestly,dekat bahagian duit besar dlm laci tu,aku jrg amik tau brape yg slalu majikan aku tinggalkan,so kalau dia kata hilang pn aku xtau jumlah yg die letakkan sebelum tu,sbb kedai runcit kan,jrg dtg duit besar melainkan time2 org gaji...xmcm pasaraya besar yg slalu jd tumpuan org ramai.

Dipendekkan cerita,setekah beberapa kali duit dikaunter hilang,majikan aku sedikit berubah melayan aku..die mula menyindir2 aku soal duit hilang, pastu sering marah2 dan berangin tanpa sebab dgn aku...cara die ckp n bg arahan kat aku pun dh mcm aku ni pemalas wat kerja...tiada lg perkataan ‘tolong’dalam stiap arahannya...pandangan die pada aku pn dh lain,sentiasa menjeling dan memerhatikan aku seperti aku ni suspek buruan polis..

Masa tu mmg aku dh dpt rase something yg xbest...tp aku still keje dgn hepi melayan pelanggan walaupn kdg2 sering menjadi tanda tanya apa salah aku...mcm biasa aku sering pendam sendiri dan kdg2 termenung sorg2 mencari kesilapan aku. Mungkin aku terlalu cuai dengan kerja aku,cuai dlm memikul amanah..

Setelah sekian lama hidup dlm teke teki, kluar juga ayat dr mulut majikan aku..tu pn stekah ari tu pn ade duit kat kaunter hilang (aku br tau hal ni lepas 2 3 bulan aku berhenti keje) .lebih kurang mcm ni ayat die....masa tu aku nk balik rehat tengah hari...

     “acik pelik la knape duit dlm laci ni slalu hilang...nk kate org curi tp hilang xbnyk,kdg2 100,kdg 200...awk tau mane pegi duit dlm ni?”

“tak tahu la sy,acik letak kat mane?” aku just jwb dgn muka blur.

“acik letak kat sini la,kat tepi ni la..” sambil hentak2 bekas duit perlahan,mayb nk menjaga hati aku.

“Tak Pasti pl sy, lepas acik kluar td sy ngah sibuk mesin kelapa,pastu adalah 2 3 pelanggan yg memerlukan sy ke blakang n kedepan..” jwb aku dgn muka yg masih kurang jelas.

“asyik hilang je,ssh acik mcm ni.” Smbg die lg. Aku diam n tak tahu nk ckp ape lagi.

“acik xtuduh awk amik duit tu,acik tanye je” smbg dia lg.

“xpe la acik,kalau acik rase sy yg amik duit tu,acik potong je la dr gaji sy.” Jawab aku dgn rase berslh.

“ tak pe lah, awk Pegila balik rehat dl,ptg ni datang amik duit gaji” smbl tgk jam kat dinding.

Mase tu aku agak komfius sikit dgn ayat n nada die,sbb tiba2 nk bg gaji tgh2 bulan,walaupn gaji aku kat sini xpnh konsisten masuk berapa haribulan pn...tp yg lebih menkonfiuskan aku lebih kpada nada keras die (mungkim die tertekan sbb bnyk duit die hilang)..tp aku turutkn jg balik makan n solat dgn penuh teka teki dl  kpale otak aku ni.

Sampai je aku kat kedai selepas balik dr rehat aku yg aku rase panjang gile wlpn just 1jam,aku tgk ank die ada sama membantu die jaga kedai,kebiasaannya stiap kali aku rehat,majikan aku sorg je yg jaga dan jika ada order delivary yg memerlukan die hntr ke rumah die akan tunggu aku masuk balik selepas 1jam br die akan hantar,tp ari tu agak berlainan. Tp aku tetap mcm biasa,aku wat je keje2 aku dgn tenang...aku ke blakang amik brg utk restok balik brg2 kat rak dan kali ni aku pass kat ank die pl jage kaunter.

Petang tu,tak seperti selalunya tepat jam  5ptg (slalunye paling awal kol 5.30 or kol 6, pnh jg smpi 7 n 8 mlm) die dh ready kat kaunter duk kira duit utk byr gaji aku. Tp yg mengejutkan aku die just byr gaji aku 100 lbh je (mayb sbb die kire stgh bulan je keje kot) dan die bg ayat kat aku lebih kurang mcm ni..

“esk dh xpayah dtg keje la ye.” Itu je ayat die.

Aku pn just ucap terima kasih.

Keesokan harinya time mak aku balik dr beli brg dapur kat kedai die,mak aku menyampaikan pesan,isterinya ckp kat  mak aku supaya aku xperlu dh dtg tlg suami die kat kedai,sbb dorg dh xnk pakai pembantu,just nnt die nk bergilir dgn ank2 die je...so paham la aku dr ucapan die smlm...berdarah jg la telinge duk bersoal jwb dgn mak aku bertanyakan itu n ini...

“xpe la mak,sy pn ingat nk berhenti jg n nk try cari keje kat johor...nnt sy tumpang la umah anjang dulu.” Tu je jwpn yg terlintas kat fikiran aku utk menenangkan hati mak aku.

Namun walau aku sorok mcm mane pn,ade jg org yg dtg menyampaikan cerita kpd mak aku,kononya dtg dr mulut isteri majikan aku sendiri,selebihnya aku tak la...mayb betul mayb fitnah...org tu ckp majikan aku memberhentikan aku sbb masa aku keje duit bnyk hilang,masa bdk sblm aku keje duit xpnh hilang pn, skali lagi aku kene maki hamun dgn mak aku wlpn mase tu aku dh ade kat JB n ngah sibuk mencari keje.

Tamat cerita.

Ni la kisah yg aku nk kongsi dgn korg,hakikat yg aku kene pikul...tomahan yg aku trima wlpn kite dh cube menjadi sejujur mungkin dlm memikul amanah...ada juga aku jumpe mamat gian tu time jalan2,stiap kali terserempak ng mamat tu,aku mesti gengam penumbuk menahan marah,aku tau die la kaki songlap tp aku masih xde bukti sbb xpnh berkebetulan dgn time die wat keje...kdg2 aku ade gak berangan kalau2 aku berkebetulan dgn mamat tu tgh wat keje haram dia,nk je aku belasah mamat tu cukup2...kerana org2 mcm ni la bangsa melayu sering hilang kepercayaan sesama melayu...

Mulai saat tu la aku pn dh xberani berurusan dgn duit2 yg bnyk,dan kalau aku berhutang dgn org pn aku sibuk nk cepat2 bayar wlpn ngah kesempitan...tkt org slh anggap dgn kite..smpi kdg2 bergaduh jg la dgn isteri aku...dan sbb kerana tu jg la aku xpnh brani nk berhutang dgn org,ape lg nk pinjam duit wlpn dgn adik bradik sndr..

Kdg2 bende ni nmpk kecik..tp tak bg org yg terima tomahan mcm aku,smpi kdg2 rase mcm masyarakat dh xpercaya kat kite ni,ia terlalu besar kesannya...kerana dgn zaman serba moden ni,manusia lebih suka menjatuh hukuman sebelum mencari sebuah kebenaran...

Apa2 pn aku tetap berterima kasih pd majikan aku,sbb kerana pengalaman inilah menjadikan aku lebih jujur dan berhati-hati dalam memikul amanah dan tanggungjwb..

     

Monday, June 22, 2015

Genap setahun Sebagai Perantau.

 Alhamdulillah..selawat dan salam buat Nabi Muhammad kekasih allah dan para sahabat…setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk update blog ni akhirnya hari ni punye kesempatan juga…

Syukur sekali lagi kehadrat ilahi kerana diam tak diam dh genap setahun menjadi perantau ditempat orang dalam usaha mencari pengalaman dan memperkembangkan budaya ilmu dalam diri…berbakti pada nusa dan bangsa.

Setahun ini menyaksikan pertukaran 2 tempat kerja yang menyaksikan hidup aku agak kelam kabut. Ye la,mana taknya,baru je 6 bulan berpindah dr Pahang ke kuala Selangor,aku ditukarkan sekali lagi ke shah alam. Dan pertukaran kali ini menyaksikan perubahan budaya kerja yg jauh berbeza dari sebelum ini kerana aku telah bertukar kementerian dan jabatan yg langsung tidak sama dan jauh berbeza dari tanggungjwb aku sebelum ini.

Namun setelah hamper 6 bulan di jabatan baru,aku kembali dapat stabilkan kerjaya aku walaupun persekitaran ini penuh dengan tekanan berbanding sebelum ini.

Apa-apa pun aku tetap percaya dengan perancangan allah untuk setiap hambanya…dan aku akan sentiasa berusaha memperbaiki diri, keluarga dan kerjaya kea rah yang lebih baik dan diberkati. Namun sudah mmg adat dunia,selagi kite bernafas kite tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan,aku Cuma mampu berdoa agar aku akan sentiasa tabah dan sabar untuk menjalani hidup sebagai perantau. Semoga Allah melindungi aku dan ahli keluargaku. Amen.

Sunday, January 18, 2015

Genap 6 Bulan Ditempat Orang.



Genap 6 bulan disini, bertatih dalam setiap langkah dalam usaha menstabilkan diri dan kelurga ditempat baru. Aku akui terlalu banyak dugaan merantau ditempat orang. Macam-macam yang telah berlaku sepanjang 6 bulan aku disini membuat aku tertanya-tanya bagaimana lagi untuk aku teruskan langkah ini.

Sekian hari semakin sayu,langkah semakin longlai dalam mencari sebuah pengertian pada diri,lebih parah bila berjuang seorang diri dalam memastikan perjuangan ini terus bernyawa. Namun adat orang berjuang,memang sentiasa ada dugaan yang mencabar agar apa yang kita berjuangan akan berdiri teguh dan utuh suatu hari nanti. 

Setiap hari aku belajar memotivasikan diri demi memastikan diri tidak tewas dalam tuntutan tugas dan keluarga. Aku belajar menyembunyikan setiap tekanan dan masalah dengan menyemarakkan semagat dalam diri agar tiada istilah tewas dalam hidup ini. Setiap cabaran dan dugaan bagi aku hanyalah sebagai tanda kasih sayang pencipta terhadap hambanya supaya sentiasa hampir dan mengingatinya. Lagi-lagi apa yang aku pilih ini adalah laluan yang aku tahu pastinya berliku.

Syukurlah aku dianugerah seorang bidadari yang sentiasa ada untuk menenangkan hati yang luka, sentiasa ada untuk berkongsi air mata dan tawa serta pada masa yang sama menyedarkan aku untuk terus kuat sebagai pemimpin dan khalifah untuknya.

ALLAHU RABBI…sesungguhnya kadang-kadang jiwa ini langsung tidak mengerti apa yang Kau cuba kiaskan untuk insan kerdil ini. Terasa seperti terlalu kerdil dan kecil untuk memahami makna disebalik takdirMu untuk aku. Namun aku sentiasa berpaut dan bergantung pada tali takdir yang telah kau tentukan untukku. Semoga aku sentiasa didalam lindunganMu.