Tuesday, October 28, 2014

Love Song



lagu ni dah jadi lagu kegemaran aku skarang…walaupn lagu ni just lagu lame tp lagu ni sentiasa Berjaya mengalihkan perhatian aku stiap kali lagu ni berkumandang. Dan bila aku jiwai lagu ni secara xlangsung air mate lelaki aku jatuh tanpa sebab..aku sendiri xtau kenapa.. nak kate ade kaitan dgn aku or mase silam aku xjuga…tp seperti ade yang tersirat disebalik lagu ni…ape2 pn lagu ni mmg best.

Tuesday, October 7, 2014

KKWS & Shoutul Taqwa



KKWS

SHOUTUL TAQWA
 
Diam tak diam dah hampir 3 bulan aku berhijrah kesini. Aku juga dah sebulan menjadi Ahli Kelab Kebudayaan Warisan Saujana setelah dipelawa oleh Setiausahanya sendiri. Walaupn pada mulanya agak kekok sebab masih belum kenal sesiapa dan masih baru disini aku memberanikan diri untuk mempelajari benda baru.
Alhamdulillah…Kelab Kebudayaan Warisan Saujana ( KKWS) baru saja ditubuhkan namun sambutannya agak menggalakkan dari masyarakat setempat sehingga aku yang agak jauh ni pn berjangkit sama. Aktiviti pertama kelab ini adalah Aktiviti Kompnag dalam usaha memperkenalkan dan memartabatkan budaya kompang ini pada generasi-generasi baru. Didalam KKWS aku belaja mengenali insan-insan yang berjuang untuk terus memartabatkan budaya bangsa, secara tidak langsung ia selari dengan apa yang aku usahakan sebelum ni. Aku berterima kasih kepada mereka kerana memberikan aku ruang untuk menumpang didalam kelab ini dan menjadi sebahagian ahli kluarga KKWS. Secara tak langsung aku juga banyak belajar bende-bende baru terutama berkaitan dengan kompang.
KKWS banyak membantu aku keluar dari kesunyian selepas berhijrah kesini dan membantu aku melepas rindu pada aktiviti serupa ini bersama Shoutul Taqwa. Namun begitu, walaupan aku dh jd sebahagian KKWS, aku masih memberi sepenuh perhatian dan komitmen aku untuk Shoutul Taqwa walaupn hanya dari jauh. Tidak mungkin aku akan lupekan tanggungjwb yang telah aku pikul selama ini. Usaha dan pengalaman aku selama berbelas tahun dalam memartabatkan budaya bernasyid dan berqasidah insya allah xkn aku sia-siakan. Ini saja jalan dakwah aku, jalan jihad aku.
Aku mungkin hanya manusia kerdil yang mencari jalan jihad aku, tapi aku harap perjuangan aku dalam memartabat agama dan bangsa sentiasa diberkati. Aku juga akan cube membantu Shoutul Taqwa dan KKWS dalam mencapai VISI dan MISI mereka. KKWS tempat menumpang dan mencari pengalaman dan Shoutul Taqwa pembuka jalan ke arah kemuliaan perjuangan ini…INSYA ALLAH.

Semoga Shoutul Taqwa dan KKWS akan sentiasa bergerak seiring dalam memartabatkan budaya, agama dan bangsa.

SETELAH HAMPIR 3 BULAN



Alhamdulillah…semakin lama aku disini makin bnyk aku blaja mengenali hati manusia yang pelbagai. Ada yang bermulut manis , ada yang hanya mementingkan diri sendiri, dan ada yang hanya mahu diri disanjungi dimata orang lain demi kepentingan diri sendiri…tapi xkurang juga yang ramah mesra, ringan dalam membantu dan mengambil berat serta ceria dengan gurau senda. Inilah hati-hati manusia yang singgah didalam hidup aku. 

Secara tak langsung aku belajar merendah diri dan cuba selesakan diriaku dengan insan-insan ini. Aku cube memahami cara orang disini yang latar belakangnya jauh dari tempat aku berasal. Agak kekok tp aku dh boleh belajar dan paham secara perlahan-lahan. Caranya hanya dengan belajar hidup bermasyarakat,barulah kita boleh mengenali budaya dan cara hidup mereka disini.

Aku akui aku hanya sorang budak kampung yang tercampak jauh dari kepompong aku, dan kerana itu aku belajar untuk menjadikan tempat ini seperti kampung halaman. Belajar untuk gembira dan ceria seperti dikampung, belaja memahami keegoan orang Bandar dan bersabar dengan kerenah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Disini aku dapat rasakan tahap kesebaran aku meningkat ke aras yang lebih tinggi dari sebelum ni. Tak perlu melayan hati yang marah tapi cukup dengan belajar memahami situasi dan keadaan mereka disini, semunya penuh dengan tekanan dan kesabaran itu sangat-sangat diperlukan untuk terus melangkah jauh.