Wednesday, October 28, 2009

~TANDA LELAKI BENAR- BENAR JATUH CINTA~

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Monday, October 26, 2009

PERMATA INDAH ANUGERAH ALLAH

Salam.
Dah lame aku tak jenguk kat blog aku ni....
Hari ini aku bersyukur sangat.
Sampai menitis air mata aku.
Aku dapat melihat keagungan sebuah cinta.
Alhamdulillah,cos masih wujud lagi cinta sejati didalam dunia sekarang ni.


Aku ada kenal sorang kawan.
Sorang perempuan yang baru berumur 21 tahun.
Dia menceritakan pengalaman dia tentang perkahwinan kepada aku.

Pada awalnya aku beranggapan dia terlalu muda untuk memahami sebuah perkahwinan.
Tapi inilah kebesaran Allah, 5tahun mereka bercinta sebelum berkahwin.
Sejak dari sekolah lagi.

Siapa kata yang cinta zaman sekolah just cinta monyet?
Ni la yang aku gagal wat orang sekeliling aku paham selama ini.
Tiada istilah cinta monyet dalam dunia ni.
Hanya manusia yang berperangai mcm monyet.
Hanya tahu mempermainkan cinta dan merosakkan kesucian cinta itu sendiri.

Kagum aku dengan cinta dorg.
Ye la,seawal umur 21 dorg dah memahami erti tanggungjawab.
Dorg melayari sebuah perkahwinan disaat orang2 sebaya mereka masih terkapai-kapai untuk memahami erti sebuah percintaan.
Kalau makna cinta pn gagal untuk difahami dan selami,apa lagi erti sebuah perkahwinan kan?


Perkahwinan ibarat berlayar menyeberangi 7 lautan, macam2 gelora yang kita akan terpaksa harungi dan tak semua berjaya menyeberanginya.
Aku berharap cinta mereka terus mekar dan utuh untuk menghadapi gelora itu.
Doa aku akan sentiasa mengiringi bahtera mereka,Insyaallah..........
Jauh dilubuk hati aku,aku menghormati dia dan suaminya juga cinta mereka.
secara tak langsung,dorg meyakinkan aku bahawa kepercayaan aku terhadap cinta selama ini tidak pernah silap.

Cinta sejati itu sentiasa wujud.
Semua bergantung pada keyakinan kita,pada apa yang kita perjuangkan.
Air mata aku menitis disaat mendengar dan melihat kebenaran ini.
Masih ada cinta anak muda yang boleh menjadi contoh pada rakan sebaya mereka.
Inilah keagunguan sebuag cinta yang Allah ciptakan.
Betapa besarnya rahmat Allah itu,sehingga melimpah ruah.

Orang selalu mengaguni cinta Romeo dan Juliet la.....Laila dan Majnun la...
Terus diagung-agungkan walaupun cinta mereka tak kesampaian.
Tapi perasan tak korg,cinta dorg ni jg boleh diangkat sehebat cinta classic dulu2 tu,malah lebih dari itu.
Sekurang-kurangnya cinta mereka menyatukan hati mereka. Menyatukan mereka untuk hidop bersama atas dasar cinta mereka...
Betol x?
Boleh tak korang bayangkan,betapa beratnya dugaan yang mereka hadapi selama 5 tahun mereka bercinta tu?
5 tahun tu bukan jangka masa yang pendek.
Banyak suka duka yang dorg kena hadapi.
Dan 5 tahun tu dah cukup untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka antara satu sama lain.
Ni la kebenaran cinta yang payah untuk kita temui zaman sekarang ini.
Dan Allah bagi aku kesempatan untuk melihat keagungan dan kebesaran rahmatnya.
Alhamdulillah!!!!!!!!!!

p/s:- Buat Siti Fazilah & suami........
- Jadilah suami isteri yang bertolak ansur dan saling memahami serta menghormati.
Sentiasa rasional dan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan Allah.
- Ingat,langit tidaklah selalu cerah tapi keindahan pelangi yang terbit selepas hujan itu yang
selalu dinantikan.
-Hidup ini adalah seperti pentas wayang tapi perkahwinan adalah 1 hakikat yang tidak
boleh dipersendakan.
-Matanglah dalam setiap keputusan yang korang buat dan janganlah saling mementingkan
diri sendiri.
-Ingatlah, korang dah memiliki permata indah anugerah Allah.

Thursday, October 15, 2009

KEWUJUDAN JIN

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dangelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin TidakIslam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebaborang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (sptKLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman,Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpanglalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.

Wednesday, October 7, 2009

PERKAHWINAN :- IMPIAN KASIH

KASIH DENGARLAH HATIKU BERBICARA
KASIH IZINKAN DIRIKU BERTANYA
BISAKAH CINTA BERSEMI
MENGUNDANG RESTU ILAHI
ADAKAH BAHAGIA YANG DIIMPI
MENJADI SATU REALITI

KASIH KUSEDARI KEKURANGAN INI
KASIH KUINSAFI KELEMAHAN DIRI
KU INGIN SUNTING DIRIMU
MENJADI PERMAISURI HATIKU
SEBAGAI ISTERI YANG BERBUDI
KEBANGGAAN PARA SUAMI

WANITA HIASAN DUNIA
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH
YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN
SYURGA DIDALAM RUMAH TANGGA

HANYA ITU YANG KU INGINKAN
DARI INSAN YANG AMAT KU SAYANG
DAMAIKANLAH RESAH HATI KU
AKU RINDU KASIH DAN SAYANGMU
TERIMALAH SEADANYA
AKULAH PERHIASAN PELAMIN HIDUPMU

ADAINYA TIADA JODOH
UNTUK KE SINGGAHSANA
KUPASRAHKAN SEGALANYA
KERNA TAKDIR YANG AKAN MENENTUKAN
IMPIAN KASIH

Inilah impian aku malah impian semua insan didunia ini.
Seluruh hidup dan nafas hari ini adalah untuk membina impian itu.
Mampukah aku?
Aku tak mungkin mampu.
Kerana aku tak ingin mengambil risiko memperdagangkan masa depan seorang gadis.
Mereka seharusnye mendapat insan yang lebih baik dan boleh membahagiakan mereka.
Bukan aku yang hanye menanti nafasku terhenti.
Bukan aku menolak takdir.tapi aku tak ingin melihat orang lain derita kerane aku.
Tiada apa yang ada untuk aku didunia ini.
Yang ada,hanya kesempatan untuk merasai secebis cinte yang allah anugerahkan.
Aku dapat rasakan setiap hela nafasku semakin pendek.
setiap pandangan mataku semakin kabur.
Keseimbangan badanku semakin hilang disaat aku berlari dan melompat.
Tubuh aku menjadi semakin lemah dari hari ke hari.
Mungkin aku tak sempat merasai nikmat allah yang 1 ni.
Tapi aku harap allah akan gantikannya dengan memberikan pasangan yang baik dan solehah kepada kawan2 aku dan insan2 yang baik pada aku selama ini.
Biarlah datangku ibarat mentari yang terbit dan pergiku ibarat keheningan malam yang sunyi.
Namun meninggalkan kesan pada alam ciptaan allah ini seperti embun menitis disaat dinihari.
Aku tak ingin menangis dan aku tak ingin membuat insan lain bersedih.
Biarlah mereka mencari kebahagiaan mereka.
Dan aku sendiri menghadapi ajal yang bakal bertandang.

Tuesday, October 6, 2009

PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah sesuatu yang semua org inginkan dalam hidup ni.aku sendiri mengharapkan yang terbaik.tapi semua ni kite tak boleh nak jangka apa-apa.dalam hidop ni mcm2 leh jd.bercinte bertahun-tahun bukan tiket untukn si dia menjadi milik kite.kadang2 dalam sekelipp mata macam2 leh terjadi.dan ade yang xpernah bersua muka tp boleh bertahan sehingga ke akhir hayat sebagai suami isteri.bagi aku sendiri perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.tak ingin aku cemarinye dengan cinte yang penuh dengan kepalsuan.inginku bina perkahwinan itu dengan kesucian cinte abadi.dan pada yang sama aku ingin bawa cinte itu mencari keredhaan ilahi.yang pasti,bile kite mule melangkah ke alam itu,kite kene pandai sesuaikan diri.belaja mengenali hati dan tindak tanduk pasangan kita.menyintai bukan bermakne memiliki,tp bile memiliki kite kene blaja menyintai dengan sepenuh hati.kalau boleh,aku inginkawin sekali sahaja dlm seumur hidop aku.tiade kedue atau ketige.dan aku tidak mahu ada poligami dalam idop aku mahupn pasangan aku.aku tak ingin jadi sorg suami yg kejam kepade isterinye.aku jg xingin melukakan aty sorg wanita yang akan menjadi rusuk kiri aku.kalau rusuk kiriku sakit,tidak sempurne juge aku sebagai manusia.membahagiakan org yang kite syg adalah 1 tanggungjwb yang besar bagi aku.coa dalam perkahwinan yang membahagiakan bermule dari sejauh mane usahe kite untuk membahagiakan pasangan kite.sejauh mane usahe kite untuk memberikan yang terbaik untuk pasangan kite.aku tak ingin jd lelaki yang tewas dlm perkahwinan.aku ingin membina perkahwinan sebagai suatu yang paling indah dlm idop.salah 1 anugerah Allah yang xsume org leh dapat.perkahwinan bukanlah just satu ikatan yang menghalalkan apa yang haram sebelum ini.tapi ia adlah 1 anugerah yang datang bersame tanggungjwb.Allah memberikan kite kesempatan untuk melayari bahtera sebuah perkahwinan supaya menjadi menjadikan lelaki berilmu dalam membimbing seorang isteri menghadapi badai perkahwinan yang penuh onak dan duri.dan menjadikan sorang wanita taat pada suaminye dan bernaung dibawah kasih suaminye.
Dalam berumah tangga si suami seharusnya lebih tenang dalam menghadapi setiap permasalahan.
Sebaik contoh suami teragung adalah suami setenang Rasulullah.
Manakala isteri pula seharusnye lebih taat dan sering disisi suami dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sebaik contoh isteri solehah adalah Siti Hajar.

Dalam perkahwinan bukan hanye melibatkan 2 insan tetapi melibatkan 2 keluarge yang besar.
Dan ia bergantung bagaimane seseorang itu membawa diri didalam keluarge mertua dan menyesuaikan pasangannye didalam keluargenye.
Bagaimana kite menjadikan diri kite sebahagian dari keluarge yang selame ini kite xpenah kenal.
Bolehkah kite menyesuaikan diri kite dengan mereka?
Mampukah kite?
Itulah orang ramai selalu gagal.
Aku sendiri takut untuk hadapi kegagalan itu seandainye ia terjadi kepadaku.
Semuanye bergantung pade diri kita sendiri.
Bagaimana kite menyesuaikan diri dan blaja bertolak ansur dengan pihak lain.
Yang penting kite kene selalu bersedia dan merendah diri serta berfikiran terbuka.
Tak semua org mampu untuk melalui semua ini.
Kerana ia bermula dengan keikhlasan tulus terhadap sebuah hubungan tu.
Bukan seperti api dalam sekam yang hanye akan membakar dalam diam dan akhirnye membunuh aty sendiri.

Tiada siapa yang inginkan penceraian mahupun perpisahan.
Tapi manusia kadang2 alpa tentang keindahan sebuah perkahwinan apabila mslh dtg bertandang.
Bumi mane tidak ditimpa hujan?
Langit mane yang akan sentiase cerah?
Semuanye bergantung pada pasangan itu sendiri .
Sejauh mana mereka menghargai dan menyayangi ikatan perkahwinan itu.
Nescaya allah akan permudahkan setiap urusan......insyaallah.....

p/s: Bagi pasangan yang bercinta, belajrlah dari sekarang.
Belajarlah untuk menghormati sebuah hubungan itu.
Menghargai apa yang kite ade.
Menerima pasangan kite seadanye.
Belajarlah menjadi matang dalam membuat keputusan.
Xperlu terburu-buru.
Belajarlah menyayangi pasangan kite dengan ketulusan dan keikhlasan.
Bila kite belajar menghormati sesebuah hubungan itu,hubungan itu akan menjadi lebih utuh dengan ikatn kasih syg.
Dan pastikan cinte kite membawa kite kearah keredhaan Allah.
Kerana cinte itu ada tp kadang2 hanya kaca biase dan bukan permata yang berharga.

ERTI PERSAHABATAN

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.
Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang.
Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kitaRasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya.
Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.