Thursday, April 14, 2011

LUAHAN HATI


Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

P/S: ni la perasaan yang kite rase saat pertemuan pertama..menyintai dan dicintai adalah sesuatu yang indah,tp andai kite leka dengan keindahan,kite akan lupe sakitnye sebuah kekecewaan..dan sejak itu kite akan hilang perasaan untuk menghargai dengan ape yg kite ade...buat teman2,jgn sesekali mengulangi kesilapan aku yg lalau,hargailah ape yang anda ade..kerane perasaan cinta itu adalah sesuatu yg suci dari hati,jgn cemarinye dengan kelukaan yang menghukum diri..

TAKKU SANGKA TAKKU DUGA


Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersamamu

Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti

Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kesah
Darikau terus membuatku menunggu

Tak ku sangka tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba pertahankan
Namun diri mu pergi jua

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begiulah sikap mu oh sayang

Kau lontar cintaku ditepian
Ku bagaikan hanyut di lautan
Yang lemas didalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan

p/s: aku menulis lirik ni kat sini bukan untuk mengimbau kenangan sedih aku,tp untuk mengingatkan kawan-kawan pembaca blog ni dan diri aku jg,yang setiap kebahagiaan akan berakhir dengan kekecewaan kalau kite tidak pandai menghargainya,menjaga dan melindungi kebahagiaan itu sebaik mungkin...jgn mudah leka dengan kebahagiaan yang bertandang,sebaliknye bermuhasabah dan bersyukur la agar kite akan menjadi lebih baik setiap hari..insyaallah.

Wednesday, April 6, 2011

MARI BERFIKIR SEJENAK


sejenak...
......jom kita selusuri selengkar tragedi guna muhasabah diri bg yang masih mempunyai ummi mahupun ummi yang telah aman di alam haribaan Ilahi


Saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau;



Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat.


Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.


Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat . Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya . Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya. Dalam saki baki nafasnya itu ia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu.


Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat…sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis, roh berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian….


Drama ini menitipkan secebis kisah ajaib tentang kasih seorang ibu pada anaknya. Sekali lagi alangkah tragis kisah ini, ia begitu menyayat rasa.Dalam nafas yang dalam saya berfikir tentang harga kasih seorang ibu. Luasnya Rahmat Ilahi.


Begitulahseorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

Hukum alam mewartakan, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup, mereka pula meratah usia kian tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita, kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.


Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang digomol sewaktu kecil sehingga dengannya kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan .


( Saya pernah terjumpa seorang ibu yang menangis tersesak- esak di sebuah masjid kerana tidak punya wang yang cukup untuk membayar yuran yang diminta oleh anaknya sedang dia tidak punyai jumlah wang itu dan dia tidak memberitahukan ini kepada anaknya...) Itulah yang mereka ada, memori indah bersama kita.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.


Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,


bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?


Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?


Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?


Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?


Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?


Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?


Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?


Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!


(Apakata... selepas membaca artikal ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika waktu masih mengizinkan untuk itu...)


Di sebalik semua ini adalah mencari redha mereka, di sana ada redha Ilahi dalam jambangan ketenangan yang hakiki.

Bagaimana mungkin redha Ilahi diraih sekiranya syarat mendapat redhaNya tidak dipenuhi? Bagaimana mungkin Allah menilai sayang kepadaNya sedangkan kepada insan yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kitapun tidak kita endahkan? Bagaimana Allah akan memberi keredhaanNya dalam hidup ini sedangkan airmata seorang ibu tidak pernah kering mengalir, luka hatinya tidak pernah sembuh disayat sembilu?


Jawapan kepada semua persoalan itu adalah sebuah pemburuan yang menentukan perkara yang terpenting di dalam hidup ini; Sebuah keredhaan Allah sebuah ketenangan hakiki!

KEJAMNYA MANUSIA


Salam, sekadar berkongsi cerita yg diterima untuk renungan bersama mengenai kasih sayang ibu kepada anaknya :

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,

"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu:

"Daripada balik tangan kosong? "

Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak menghisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.

Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.

Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cubamenahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

SURAMNYA CINTA


Salam buat semua sahabat..
Hari ini aku ingin berkongsikan sebuah cerita dengan korang..
Tentang bertapa suram cinte ini diatas kesilapan manusia itu sendiri.

Dulu,
Pernah lahirnye seorang lelaki yang mempercayai yang cinta itu la keindahan yang harus dimiliki oleh semua umat manusia. Cinte yang mengajar umat manusia untuk berkasih sayang,dan menghormati antara satu sama lain. Die percaya yang cinta harus disulamkan dengan sebuah kejujuran dan kesetiaan. Dan sepanjang hayatnya dia hanye memperjuangkan ape yang die percaya. Iaitu cinta dan kasih sayang. Dia mengejar cinta sejati disepanjang hidupnya. Ingin memiliki indah yang seperti dia inginkan. Namun dunia bukan la semudah kite menulis dan melukis,hanye membayangkan dan melakar.Ianya datang tanpe kite duga. Tak seperti yang kite bayangkan. Dan xsemua yang kita inginkan akan jadi milik kita,eternity.

Pada suatu hari,cintanya disakiti tanpe belas. Ditikam dan dicincang lumat. Seperti takkan ada lagi kehidupan selepas ini. Dia menangis tanpe henti. Cube mencari kekuatan. Namun keyakinannya xpernah mati. Dia still percaya dengan cintanya. Namun begitu,perlahan-lahan kesetiaannye berubah.die jauh terpesong dengan ape yang die perjuangkan. Tiada lagi kejujuran dan kesetiaan dalam cintanya. Namun dia still menjaga hati insan2 yang bertahta dihatinya. Dia menghargai mereka seperti seadanya. Setiap kali bersama mereka,die memberi komitmen sebaiknye. Melayan mereka melebihi puteri yang turun dari kayangan. Melafazkan cinta indah seperti bulan yang sering dipagari bintang,yang memancarkan keindahannye di dada malam. Semuanya kerane kelukaan lalu,die menjadi seperti ini. Terlintas juga dihatinya perasaan bersalah pada mereka,namun kelukaansmlm mengajar die untuk tidak mengharap pada yang pasti,sebelum menjadi mutlak mereka boleh berubah hati. Isteri orang dapat dirampas,inikan pl hanya kekasih.

Namun dalam kebanyakkan yang hadir didalam hidupnya,ada seorang gadis yang benar2 menyintainya,gadis itu menerima dia seadanya. Menerima setiap buruk baiknya. Walaupn tau yang dia ramai kawan perempuan. Gadis itu menyintainya seikhlas hatinya. Malah mempercayai setiap perjuangan cintanya. Gadis itu sanggup menangis dan ketawa bersamanya. Menyintai die sepenuh hatinya. Percaya pada kejujuran dan kesetiaan yang diperjuangkan oleh jejaka itu sebelum ini. Malah die menjadikan impian jejaka itu sebagai realiti walaupn lelaki itu gagal menilainya,kerana dikaburi luka semalam. Namun die sentiase bersabar dalam mempertahankan keindahan cinta yang si jejaka itu percaya sebelum ini. Si gadis hanya menangis dalam hati saat si jejaka menidakkan perasaan gadis itu. Menghukum tanpa bicara. Membunuh dengan hati yang menyintai. Sakit,hanya itu yang si gadis rasa. Sedangkan si jejaka xmenyedari yang die telah melukai hati sorg gadis yang ikhlas menyintainye. Baginya kelukaan semalam telah membunuh impiannya,membunuh kebahagiaannya. Temannya hanyalah air mata yang kering dikolam hatinya. Tandus tanpa kehijauan dan warna-warna indah. Hatinya menjadi kejam dalam menilai kasih sayang insan lain.

Didalam kegelapan hati seorang lelaki yang memperjuangkan cinta,tiba2 datang seorang gadis yang mungkin menyedarkannya dari persepsi negatif. Yang membunuh kekejaman hati jejaka itu. Gadis itu kembali meyakinkan jejaka itu tentang kesetiaan dan kejujuran. Kembalikan impian yang telah berkubur lama. Jejaka itu mula meninggalkan semua kekasih gelapnya. Termasuk insan yang benar-benar ikhlas menyintainya. Tanpe memikirkan air mata mereka,si jejaka melupakan segalanya. Dia kembali membina kesetiaan dan kejujuran hanya pada seorang gadis itu. Dia kembali kepada dirinya yang lalu,saat die masih suci tanpe kelukaan. Yang hanya mempercayai tentang keindahan cinta yang bersulamkan kesetiaan dan kejujuran. Itulah nikmat keindahan cinta sebenar.

Namun keindahan yang allah ciptakan bukan sesuatu yang mudah untuk dipertahankan. Gadis yang menyedarkannya dengan sekelip mata barubah dan menjadi senjata yang paling bisa meracuni keindahan itu. Bayangkan insan yang menyedarkan anda tentang kesilapan,meracuni keikhlasan hati anda tanpe ada belas kasihan. Menghukum dan membunuh dengan senjata yang lebih hebat. Lebih berbisa dan membinasakan hati yang selameini mmg telah penuh dicalari dengan kejujuran dan kesetiaan yang dikhianati. Cukup kejam hati seorang gadis,lebih kejam dari ape yang si jejaka lakukan sebelum ini. Malah sekarang dia mula sedar,yang ketidakjujurannye dibalas dengan pengkhianatan juga. Die mula sedar,yang air mata mmg ditakdirkan untuk dia. Mungkin xkn ada kebahagiaan lagi untuknya.

Namun di dalam kesedihan itu,rupanya ada insan yang memerhatikannya dari jauh.yang masih menantikan keikhlasan hatinya. Yang sentiasa inginkan kejujurannya. Yang selalu ingin memiliki kesetiaannya. Si jejaka mula menyedari keikhlasan hati sigadis yang ikhlas menyintainya. Walau dalam kelukaan,die bersyukur dan berterima kasih,kerana kelukaan la membuka mata hatinya untuk menilai sebuah keikhlasan, kelukaan jg kembali yakinkanya. Baru die tau yang perjuangannya xpenah silap. Ape yang dia percaya selama ini adalah kebenaran sebenarnya. Kelukaan telah menyesatkannya jauh dari jalan perjuangannya,namun kelukaan juga lah yang menyedarkannya tentang kebenaran yang die perjuangkan.

Namun begitu, ujian allah itu xpernah berakhir. Si jejaka yang merasakan penderitaannya telah berakhir dan si gadis merasakan penantiannya telah bertemu titik penamat rupenya hanyalah ilusi. Mungkin allah hanya memberi mereka keindahan itu untuk menghilangkan penat kelukaan dan lelah penantian mereka selama ini. Dan kemudian kembali menguji mereka dengan ketandusan dan kebuntuan dalam mempertahankan keindan serta kemesraan antara mereka. Akhirnya jiwa semakin bergolak. Cinta yang disangkakan indah dgn kejujuran dan kesetiaan kembali tandus tanpa kesuburan. Dimanakah silapnya? Dimana? Si gadis mula gembira memeliki keikhlasan si jejaka,namun si gadis gagal mempertahankan keindahan itu,kerana mindanya dibuai mimpi yang perjuangannya telah berakhir dengan kebahagiaan. Sedangkan perjuangan mereka xkn pernah habis.
Si jejaka pl,kecewa dalam kesunyian. Kerana sangkaannya merosot. Harapan yang cube dicapai tak tergapai oleh tangannya. Si jejaka terhukum dan menghukum tanpa bicara. Si jejaka hanya berfikir,mungkin ini berpunca kerana kesilapan yang lalu. Kerana gagal menghargai si gadis lebih awl. Kerana pernah menghancurkan harapan si gadis. Barulah si jejaka sedar,kejamnye aku.

Akhirnya,
Tiada apa yang dapat diubah dalam hidupnya. Cinta yang diperjuangkan terus tandus dan suram. Tidak seperti indahnya taman syurgawi. Tidak seperti saktinya azimat cinta. Hilanglah sakti cinta yang si jejaka perjuangkan. Tandus jua taman setia yang si gadis pertahankan.  Dan perlahan-lahan mereka hanya akan terbunuh dalam kebisuan.

Moralnya:
  1. Manusia xkn boleh lari dari kesilapan,namun jgn kerana kesilapan lalu menjadi punca hilangnya kebahagiaan hari esok.
  2. Jangan mudah rasa selesa dengan apa yang kita ada,kerana allah tidak akan pernah berhenti menguji keimanan hambanya. Kerana itulah tanda kasih sayang allah pada kita dan sebaliknya kita harus sentiasa bermuhasabah diri serta perbaiki diri kita kearah yang lebih baik.
  3. Air mata bukanlah sebuah pembalasan tetapi hanyalah ujian, dan janganlah kita menghukum tanpa perbicaraan.
  4. Jangan biarkan keadaan mengubah kita,sebaliknya kitalah yang harus mengubah keadaan.
  5. Jujur dan setialah pada apa yang kita ada,kerana kejujuranlah yang lahirnya keikhlasan.
  6. Setiap musibah bukan la pengakhiran tp ia adalah sebuah permulaan untuk kite berubah dan menjadi yang lebih baik.
  7. Pengalaman adalah ilmu yang menjadi manusia matang dan maju ke garis penamat,bukannya kembalikan manusia ke petak permulaan.
  8. Hidup ini ibarat roda,tp jadikanlah hidup kita yang bermata dan berhaluan,bukan yang buta dalam kesesatan.
  9. Kebahagiaan adalah yang semua insan mahukan,tp kebahagiaan bukanlah untuk dipersendakan,sebaliknya untuk kita jaga hingga ke akhir zaman.
  10. Allah ciptakan Cinta bukan diatas untuk kita sanjung,bukan dibawah untuk kita pijak tp dekat dihati untuk kita rasai dan miliki serta membentuk sebuah identiti.

p/s: Kawan-kawan,sebenarnya bnyk lagi kesedihan yang dilalui oleh sahabat kite dalam cerita ni,tp aku dh pendekkan supaya korg lebih mudah paham cerita dia ni,harap kita sama2 dapat amik iktibar dan pedoman melalui cerita ni td,sebagai perkongsian pengalaman untuk kita semua...renung-renungkan dan selamat beramal....salam.