Wednesday, August 16, 2017

PANGLIMA HATI

Aku Panglima Hati
Biar Pahit Ku Telan
Biar Sakit Ku Tempuh
Asalkan Jangan Mati Mengeluh.
Biar Hati Luka Terhimpit
Biar Nafas Dihembus Sempit
Jangan Sampai Mati Sebagai Derhaka
Tapi Biar Mati Sebagai Pejuang Cinta
Cinta Yang Tersemat Mati Dihati
Mencari Syahid Sendiri.
Aku Panglima Hati
Pejuang Kasih Dan Cinta Agama
Biar Duri Menikam Perit
Namun Hati Tetap Utuh Menjerit
Kalimah Cinta Syahid.
P/S: dh lama buat puisi ni,tp lupa simpan kat mana..ni baru jumpa...hehehe

Monday, February 6, 2017

HIKMAH TUHAN

dalam menilai sebuah kehidupan
meletakkan ritma dunia sebagai jambatan
menjauhi neraka menolak kemungkaran
mencari syurga dijalan tuhan

jangan menilai kebahagian seperti memandang cantiknya bulan
jangan memandang kesusahan seperti tanah yang ketandusan
jangan menilai keaiban hanya sebagai hukuman kemungkaran
jangan memandang kenikmatan suatu kebenaran

tapi sedarlah teguran dan pesanan dari setiap situasi
bukan menghukum atau memuji diri sendiri
sebaliknya bermuhasabah mengenal hikmah ilahi

seperti mencari hitam didalam kelam
seperti mencari jernih didalam keruh
sedangkan terang masih perlu disuluh.

melangkahlah dengan kesedaran
menilailah dengan keimanan
hadapilah dengan ilmu sebagai bekalan
kehidupan tidak dipersiakan
mati syahid dijalan tuhan.

Sunday, January 29, 2017

WARKAH UNTUK SAHABAT

wahai sahabat
disaat aku bangkit berjuang
jangan berpaling meningkah arus
ia seperti menikam tanpa memandang
menghukum tanpa menimbang
melihat aku kecundang

wahai sahabat
luka ini mungkin tidak berparut
namun kesannya tinggal persoalan
derhaka yang mengundang
atau kasih sayang datang bertandang.

wahai sahabat
mungkin aku memendam luka sendiri
disaat tidak dihargai
mungkin dunia bukan lagi tempat yang suci
mengemis kasih disini

oh sahabat
andai merasakan aku tidak taat
muhasabahlah diriku mencari berkat
kerana aku bukan seorang malaikat

sahabatku
andai aku dijemput ilahi
jangan  diratapi
kerana aku pinjaman duniawi
hanya singgah sekadar menemani
sebagai tangga untuk mu pijak mencapai bahagia.

SAYANG SI TUA

kadang perlu sembunyikan duka
sembunyikan hati yang terluka
sembunyikan perasaan kecewa
demi membina sebuah bahagia

bukan memilih untuk menjadi derhaka

bukan juga memilih untuk disanjung mulia
tapi demi mendamba sebuah rasa
demi seukir senyuman diwajah tua.

tanamkan setiap sengsara

semadikan setiap derita
kerana bukan ini masanya
disaat wajah tua dihujung usia
hanya bahagia milik mereka
hanya senyuman untuk mereka
kerana itulah kita lahir kedunia
sebagai amanah untuk menceriakan mereka
sehingga ajal datang menyapa
sama ada mereka ataupun kita.