Friday, August 12, 2011

untuk semua yang bergelar anak


Aku bernama  ahmad qausar nazriq...aku merupakan anak bongsu dari 12 orang adik bradik..aku hanya bekerja sebagai kerani disebuah jabatan kerajaan...ayah aku pl merupakan bekas pekerja buruh,manakala ibuku pl hanya surisumah sepenuh masa..sejak kecil,aku memang xpernah kenal erti susah,kerana adik bradik aku yang lain cakap,aku anak manja mak dan abah.dan apa yang aku nk dipenuhi..malah bukan keinginan aku je,semua anak-anak mereka yang lain juga...aku akui mak dan abah bersusah payah untuk membesarkan kami 12 beradik..abah terpakse membuat macam2 kerja untuk menyara keluarga ini dan anak-anak yang ramai. Manakala mak pl,terpakse menjual kuih untuk menambah perbelanjaan.setiap hari aku sentiase mendengar mak aku membebel apabila perbelanjaan dapur tidak cukup..ape lagi apabila nk berikan belanja sekolah untuk kami adik bradik..semasa itu aku gagal memahaminya,aku hanya mendengar dan diam,sehinggalah aku naik kesekolah menengah...baru aku paham kesusahan mereka..walaupn adik-beradikku semuanya telah tamat persekolahan malah dah berkahwin,mak dan abah still bersusah payah untuk menyekolahkan aku sehingga tamat..masa tu aku hanye mampu berdiam melihat kepayahan mereka...aku xmampu berbuat apa-apa melainkan belajar sebaik mungkin untuk membals jasa mereka...bg aku,kalau abis sekolah nant xdapat sambung ke universiti pn xmengapa,asalkan  keputusan aku itu mampu memberikan kerja yang lebih baik supaya aku dapat membantu mereka.

Kini aku dah bekerja,malah semua adik beradik aku yang lain dan punya keluarga sendiri...abah dan mak pula semakin uzur untuk bekerja dan hanya mengharap belas kasihan dari anak-anak,namun mereka masih tidak mampu merasa kesenangan itu..kesenangan yang mereka dambakan sejak melahirkan kami anak-anak mereka..yang mengharapkan anak-anak mereka boleh memberi mereka kesenangan setelah anak-anak mereka besar panjang...dimanakah silapnya? Adakah aku kah yang bersalah kerana tidak mampu memberi mereka kesenangan? Adakah aku bukan anak yang baik kerana gagal mencapai ape yang mereka impikan?

Ya allah...aku tak pasti kenapa dengan aku hari ni...hati aku tenang,tp sayu sgt...aku tidak tau ape yang aku runsingkan dan fikirkan..aku sebenarnya makan hati dengan adik bradik...ye,aku anak bongsu...sume orang sekeliling menganggap aku manje hanye aku dilahirkan sebagai anak bongsu...dan kerana itu jugalah aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedua orang tua..
Alhamdulillah,walaupn aku tidak dihargai,sekurangnya allah beri aku peluang untuk menabur bakti pada kedua orang tua ku..aku mengaku,aku bukan la anak yang baik...aku juga bukan lelaki yang baik...aku gagal untuk beri kemewahan pada mak ayah aku...aku gagal memberi yang secukupnya pada mereka...jauh disudut hati aku,merintih melihat kepayahan mereka meneruskan idup...sepatutnya setelah kesemua anak-anaknya abis bersekolah,mereka boleh hidup bahagia tanpe sebarang kesusahan..boleh hidup dengan tenang menghadapi ajal datang menjemput..tp semua itu hanye la impian yang tak jadi kenyataan..maafkan aku....ingin sekali aku meluahkan kata-kata ini untuk mak dan abah..

“mak...abah...kalau la sy ni bnyk duit,sy akan beri ape saje yang mak n abah impikan selame ni...impian yang mak dan abah terpakse lupekan hanya kerana nk sekolahkan kami anak-anak mu..keinginan yang terpakse mak dan abah abaikan hanya kerana ingin memastikan kami menjadi insan yang berguna...mak dan abah,kalau la nyawa sy ni leh digadaikan untuk memastikan mak dan abah hidup senang lenang macam ibubapa orang lain,sy sanggup gadaikannya.....sy sanggup asalkan mak dan abah dapat menikmati dan menghabiskan sisa-sisa hidup ni tanpe sebarang kesusahan dan kepayahan”

Namun begitu,kata-kata aku ini hanya didalam hati sahaja...aku xingin mereka sedih...aku tau mereka bnyk berkecil hati dengan anak-anak2 mereka...aku xnk menambahkan lagi parah dihati mereka..aku cube berusaha sebaik mungkin untuk buat mereka gembira...jika aku xmampu memberi kemewahan kepada mereka,cukup la asalkan aku dapat buat mereka bahagia dan gembira..

.”maafkan saya mak,abah..selagi nafas ini masih bernyawa,selagi kudrat ini masih bersisa,sy akan tetap terus berusaha memberi yang terbaik untuk mak dan abah...walaupn mungkin sy bukan anak yang baik,sy tetap inginkan yang terbaik untuk mak dan abah..macam mane mak dan abah inginkan yang terbaik untuk kami semase kami kecil dulu...biarlah mereka semua xpaham,asalkan sy paham dan sy xkn sia-siakan mak dan abah...”

Tibe-tibe air jernih keluar mengalir dipipi ku...menangis dalam keseorangan..namun didepan mereka,aku harus gagah..aku harus kuat..supaya mereka tidak merasa yang mereka membebankan,ape lagi menyusahkan...kerana bagi aku mereka la penguat kudrat untuk aku...

musim berganti menggamit memori
membuai seuntai kenangan
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian

sering terimbas sewaktu bersama
senda gurau manis bicara
usahlah ditangisi insan yang telah pergi
kaulah pengganti suami

engkau ratu di sanubari
menjalar di setiap urat nadi
nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
pasrah ketentuan

andainya taufan kecewa kau biarkan
warna pelangi tak muncul lagi
berkat kesabaran serta pengorbanan
kini hidupmu berseri

deraian air mata bertemu di pipinya
melihat anak?nya berjaya
Tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba
pasti tak akan selama-lamanya.

Semoga allah permudahkan segala urusan...semoga allah memberikan kesempatan untuk aku bahagiakan mereka...ya allah,bantulah aku..agar tiada cacat cela dalam aku memikul tanggungjawab ini..agar tidak terguris hati mak dan abah...kuatkan aku menempuh kehidupan ini..jgn sesekali kau pesongkan hatiku,agar aku tidak leka sehingga mensia-siakan mereka...amin...