Sunday, December 12, 2010

MAYA......HENTIKAN SEMUA INI....!!!!!!

Assalamualaikum..
Salam dihulur pembuka bicara pengubat hati yang terluka..
Hari ni aku agak terluka dengan khabar angin yang still bertiup kencang tentang diri aku walaupn dh hampir 4 bulan hal ini berakhir..
Kenape?
Ape lagi yang die mahu?
Kenape mesti dia menyalahkan aku atas keputusan yang dia pilih?
Aku xmarahkan dia,malah aku dh terime kenyataan ini walaupn ia agak mencalarkan hidup aku..

Aku slalu berdoa supaya allah bukakan pintu hati die untuk berhentikan segala fitnah yang dia lemparkan..
Aku dh malas nk bersuara..
Cukup la insan2 yang terpenting dlm idop aku n kawan2 rapat aku tau hal sbnr dan masih percayakan aku..
Itu pn dh cukup bg aku..
Ape yang dia nak kecohkan lagi lepas ni terpulang la kat dia..
Kalau nk ckp aku curang skali pn,die jg dh ade kekasih baru..
Malah lagi hebat dari aku..
So kenape die still nk ganggu ketenangan yang aku kecapi skrg?

Ape mslh die sbnrnye?
Aku betul2 xpaham dgn pmpn sorg ni..
Ape yg dh lepas tu dh la….
Malah yg sepatutnya marah adalah aku..bukan die..
Sbb die yg ptskan hubugan ni..
Tapi bg aku,semua tu ketentuan allah untuk aku dan aku terima..
Tapi die?
Ntah la,aku betul2 xpaham..
Kalau dh xde jodoh skali pn,kenape die nk jdkan aku musuh?
Aku sikit pn xburuk2 kan die..
Ape lagi yg die nk dari aku..
Tolonglah hentikan semua ni..
Aku takut kesabaran aku hilang..
Aku takut kalau diri aku dikawal kemarahan..
Aku betul2 takut..
Aku harap allah sentiase tenangkan aku dan sentiase waraskan pemikiran aku dlm menghadapi semua ni..
Aku bersyukur kerane tuhan temukan aku dgn seorang yg menenangkan jiwe selepas die..
Kalau x,mayb aku dh jauh melencong dari diri aku yg sebenar..
Tapi Alhamdulillah,allah masih sygkan aku…
Dan cepat2 allah gantikan kelukaan aku dgn sesuatu yg lebih baik agar aku tidak tersesat dan hanyut dlm kesedihan..

Aku kembali bangkit dari semua kesedihan,namun nmpk sgt yg dia langsung xnk bagi peluang aku kecapi bahagia..
Die still buruk2kan aku dgn cerite bodoh die..
Untuk ape?
Kau beruntung maya,kerane kau kenal iwan yg sekarang..
Kalau 10 tahun dulu,mayb ko dh lama makan tangan aku…
Kau patut bersyukur dan berterima kasih pade mira,sbb die yang sentiase menenangkan aku disaat kau menyalakan api kemarahan aku..
Ape2 pn aku harap sgt,ko hentikan semua ni maya..
Ko dh jumpe cinta baru ko..
Ko dh jumpe insan yg terbaik untuk ko..
So tolonglah bagi aku peluang untuk bahagia jg..
Jgn terus membunuh aku mcm ni..
Aku jg ingin rase semua kebahagiaan aku…
Tolonglah…
Aku merayu…
Hentikan semua fitnah ni…aku ingin bahagia bersama mira..
Aku juga doakan ko dan dia bahagia maya..
Aku dh lepaskan semua kenangan kita,dan aku harap kau juga lepaskanlah semua peristiwa sedih ni..
Mengenali dan mencintai ko adalah satu kesilapan besar yang aku wat..
Tapi aku xpenah anggap ko musuh aku,aku sentiase doakan ko bahagia dalam setiap jalan yang ko pilih..
Amin….

Thursday, December 9, 2010

JAWAPAN RINDU

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

Sunday, December 5, 2010

BAYANGAN GURAUAN

Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi

Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali
Belum puas ku temui

Sunday, November 28, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah….
Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus menjalani kehidupan ini walau pelbagai dugaan yang datang sejak akhir-akhir ini
Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad S.A.W.
Sesungguhnye dia la kekasih Allah yang sejati….
Ingin sekali aku mencontohinya dalam setiap perjalanan hidupku ini,namun siapalah aku dalam mencari kehidupan yang diredhai..

Aku akui sejak akhir-akhir ni ujian yang Allah beri pada aku agak mencabar..
Sampai kadang-kadang aku sendiri rasa down dengan semua ni..
Tetapi sbg hamba aku kena belajar untuk mempercayai setiap qada’ dan qadar Allah..
Sekian lama aku Berjaya melupakan semua peristiwa sedih dalam hidup aku,tiba-tiba ingatan tu datang kembali menghantui tidur ku…
Seperti sengaja untuk wat aku kembali ingat kepade semua tu..
Tp sebagai hamba,kita tidak boleh mudah melenting dengan semua ini..
Semua ini mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih kuat menghadapi setiap air mata yang kita hilangkan..

Aku bukanlah insan yang kuat menghadapi semua ni,dan kadang-kadang air mata lelaki aku jatuh jua..
Aku tak sekuat 10 tahun dulu,berhati kering dalam hadapi setiap kesedihan..
Kini hati aku mudah rapuh dengan layanan dan keadaan..
Mungkin sesiapa yang akan hadir dalam hidup aku lepas ni akan lebih sukar memahami dan melayan kerenah aku yang tidak menentu..
Tp aku harap,dia akan terus bersabar dan sentiase berada disamping aku hingga ke akhir hayat…
Kadang-kadang aku terpikir mungkin mati lebih baik dari hadapi semua ini,tapi itu hanya cakap hati yang tak beriman..
Kalau kita sedar tentang ape yang allah dah tentukan untuk kita,kita akan lebih mensyukuri setiap ape yang kita ada.
Ye,mati itu pasti..
Tp sebelum mati kita harus menjalani kehidupan ini sehingga nafas terakhir,inilah lumrah dan fitrah yang dah disyafaatkan oleh pencipta kita..
Dan sebab itu juga aku masih disini menghadapi setiap ujian yang Allah dah takdirkan untuk aku..

Aku percaya dengan setiap ape yang dah Allah tentukan…
Dan sebab tu juga kebelakangan ni aku rasa lebih tenang walaupn banyak tanggungjawab yang aku kena pikul..
Aku tak rasa tertekan pn walaupn poket aku kosong atau perut aku tak berisi…
Sebab bagi aku,semua itu untuk mengajar aku menjadi lebih bersabar dan memahami setiap keadaan dan masalah..
Insyaallah,satu hari nanti aku akan lebih bahagia dari hari-hari sebelum ini..
Kerana aku pasti,setiap ketentuan Allah adalah anugerah yang tak boleh dijual beli…
Kerana pengalaman adalah seperti sesuatu yang berharga yang sukar didapati dalam perjalanan yang panjang..

Alhamdulillah….

Friday, November 19, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN.........MIRA...

Salam sayang..
Malam ni adalah malam bermakna buat aku,kerana pada tarikh inilah lahirnya sorang yang mengenali aku sepenuh hatinya tanpa ada ragu..
Yang ada cuma cinta untukku..
Menemaniku dalam suka dan hiba..
Aku penah tewas dalam hidup aku berkali-kali,tp dia la insan yang selalu menyedarkan aku dan kembalikan aku pada landasan yang betul..
Dialah Nurul Amirah binti Zulkafli…

Selamat hari lahir sayang…
Diam tak diam sudah tahun ke 4 kita saling mengenali…
Dan macam-macam juga yang kita lalui..
Sampai kita hampir-hampir kehilang setiap saat manis kita ini hanya kerana kebodohan aku..
Kerana kemarahan aku…
Aku menghukummu dan melupakan mu..
Namun kau buktikan padaku keikhlasan dan kesungguhan hatimu..
Kau perjuangkan prinsip yang selama ini aku pertahankan..
Dan kau buktikan pada aku,yang prinsip aku tak pernah silap..
Cuma diri aku yang mudah melupakan apa yang aku perjuangkan..

Nurul,
Selamat hari lahir..
Tanpa aku sedari perkenalan yang hanye gurauan jadi sejauh ini…
Tanpe kita sedari dan bayangkan..
Rupanya ia menjadi mudah dalam semua hal..
Kerana kau serahkan hatimu setulusnya..
Kau buktikan yang cinta ini bukan mainan..
Malah kau sanggup kehilangan segalanya hanya untuk aku..
Kau bersama aku saat aku jatuh..
Kau menemaniku saat aku menangis..
Kau ubati setiap luka yang mencalariku…

Ya allah,
Tak pernah aku bayangkan insan semulia ini yang akan menemani setiap nafasku..
Namun aku bersyukur kerana kau ciptakan dia untuk aku..
Walau aku hanya insan yang tak sempurna kau jadikan aku sempurna dengan menciptakannya untukku….
Kalau la aku boleh undurkan putaran masa,ingin sekali aku padam semula semua calar dan luka yang aku cipta padanya..
Dan akan aku gantikan semua itu dengan keindahan yang tak terhenti..
Keindahan yang tiada siapa yang akan penah merasainya….

Nurul,
Aku harap tahun ni akan menjadi titik tolak untuk kita menjadi lebih baik..
Menuntun cinta kita kearah yang lebih diredhai olehnya
Capaikan setiap impian yang penah kita lakarkan dulu..
Dan semoga allah membantu mempermudahkan setiap urusan yang kita rancangkan..
Semoga allah menyatukan kita dengan ikatan yang paling mulia disisinya..
Semoga aku dapat menjadi yang halal untukmu..
Dan akan aku penuhi kehidupan mu dengan kebahagiaan dengan keizinannya..
Seperti yang kau impikan disaat kau mula mengenaliku..

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG..
Senyumanmu adalah amanah untukku.
Tangisanmu adalah luka untukku..
Kebahagiaanmu adalah matlamatku..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.

Monday, November 1, 2010

WAHAI DIRI

Lahirmu kerana satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidak berkekalan
Jangan sampai kau sesat dihujung jalan

Wahai diri
Hari-harimu berlalu tanpa kau sedari
Bulan dan tahun silih berganti
Ramadha…Syawal…Muharam..
Kehidupan semakin menjauhi
Kematian pula datang mendekati

Wahai diri
Alam dan makhluk sukar mengasihani mu
Masa turur terus meninggalkanmu
Manusia tidak akan selamanya bersama mu
Yang pasti
Hanya tuhan bias sentiasa menemani mu

Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan berbangga?
Sedang kau hanya satu lagi ciptaanNYA
Yang tidak upaya lemah tidak bermaya

Wahai diri
Mengapa kau masih ingkar?
Berani suruhan dan laranganNYA kau langgar
Kau nahi yang ma’ruf
Kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasaNYA kau cabar
Mujur tuhanmu maha bersabar

Wahai diri
Mengapa kau biar dirimu terleka?
Yakinlah kau akan satu perkara
Setiap amal pasti akan dibalasNYA
Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya

Wahai diri
Buanglah ego dan sombongmu
Mintalah keampunan dari tuhan mu
Andai selamat yang kau mahu
Di hari yang dasyat dan tidak menentu

Wahai tuhan
Terimalah ampunanku

Thursday, October 28, 2010

INDAHNYA PENDERITAAN

“ Sesungguhnya jika allah mencintai seorang hamba maka die tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangnya…”

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku,maka sesungguhnya aku dekat,aku memperkenankan permintaan orang yang meminta,apabila ia meminta kepadaku…oleh sebab itu,perkenanlah seruanku dan berimanlah kepadaku,supaya mereka menempuh jalan yang lurus” (al-baqarah: ayat 186)

Dua patah perkataan yang mengubah hidup anda dengan kehendak Allah S.W.T iaitu :
“special request” – Ditujukan kepada oaring yang bernasib malang,atau orang
yang Kemalangan,atau orang yang menderita, dan yang
semakna dengannya, Manakala perubahan kepada dunia
bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda
memandang nasib malang dengan cara memurnikannya…

lalu timbul persoalan….

Request dari siapa?
“Dari Allah..”

Sebab?
“Dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji” (Al Ankabut: Ayat 2)

Apa yang Allah request?
“Sabar,redha,dan sangka baik…”

Jika tidak?
“Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri…dan akhirnya di akhirat pula kena masuk neraka…”

Apa yang special?
“special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat…, dan special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk syurga..dengan rahmat Allah S.W.T”

Baiklah, untuk memudahkan kamu senang macam ini…
Special request bermaksud:-
Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di
uji, dan kerana itu allah menguji kamu, kerana
Allah ssayang kepada kamu, kerana kamu ‘special’ dan
kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik
sangka dan yang semakna dengannya..kerana apabila
beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari
azab api neraka yang panas membara dan beginilah
caranya untuk masukkan kamu ke dalam syurga yang kekal
abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi
indah dan special?

“Wahai tuhan kami,terimalah daripada kami (amalan kami) : Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Al Baqarah: ayat 127)

“Wahai tuhan kami,jadikanlah kami berdua: orang-orang islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat, lagi maha mengasihani.” (Al Baqarah: ayat 128)

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Al Baqarah: ayat 201)

“Wahai tuhan kami, limpahkanlah kesabaran keatas kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: ayat 250)

“Wahai tuhan kami,janganlah engkau hokum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya tuhan kami,janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: ayat 286)

“Wahai tuhan kami, janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; Sesungguhnya engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Aali ‘imran: ayat 8)

“Wahai tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan) pada suatu hati (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNYA.” (Aali ‘imran: ayat 9)

“wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Aali ‘Imran: ayat 16)

“Wahai tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMU; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMU dan kebenaran rasulMU0.” (Aali ‘Imran: ayat 53)

“Wahai tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.” (Aali ‘Imran: ayat 147)

“Wahai tuhan kami, tiadalah engkau mencipta ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Aali ‘Imran: ayat 191)

“Wahai tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan –kesalahan kami, dan wakafkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.” (Aali ‘Imran: ayat 193)

“Wahai tuhan kami,berikanlah kepada kami pahala yang telah engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMU, dan janganlah engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji.” (Aali ‘Imran: ayat 194)

“Wahai tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad S.A.W).” (Al-Maa’idah: ayat 83)

P/S: - Semoga kite semua berada dalam limpah rahmatnya,dan sentiasa terpelihara
dari melakukan kemungkaran. “AMAL MA’ARUF NAHI MUNGKAR” dan janganlah kita
malu untuk mengucap SYAHADAH kalau ingin mendambakan SYAHID FISABILILLAH.

- Kepada INSPIRASI HATI semoga cinta kita mendapat keredhaan allah, membawa
kita kearah jalan yang diredhaiNYA. “MELAKAR CINTA DUNIA MEMBAWA KE
SYURGA,INSYAALLAH….”

PADA DASARNYA MANUSIA ITU

Pada dasarnya manusia itu baik kerana manusia diciptakan awalnya dari bayi.
Bayi yang polos dan tidak berdosa.
Layaknya seperti kanvas putih yang bersih.
Seberapa baik orang itu atau seberapa jahat orang itu semua bergantung pada lukisan yang mengambarinya.
Seberapa indah dan buruknya hasilnya semua bergantung pada pelukisnya.
Kerana kita tidak boleh menghukum orang dengan sesuka hati kerana dia sendiri tidak ingin seperti itu.walau keadaan yang selalu memaksanya untuk membuat seperti itu.
Jadi,seberapa indah atau seberapa buruk lukisan yang kau pancarkan,itulah awal dimana kisahmu yang engkau jalani pada masa lalu.

Cinta adalah sesuatu yang kita inginkan, bukan bererti kita mendapatkannya.
Sesuatu yang kita dapatkan pula tidak seperti yang kita inginkan atau harapkan.
Seseorang yang tepat kadangkala datang disaat dan waktu yang tidak tepat.
Seseorang yang tidak tepat kadangkala datang disaat kita memerlukan seseorang tetapi seseorang yang tepat datang disaat tidak kita inginkan untuk dicintai.

Seandainya kamu tahu bertapa aku menyintaimu.
Mungkin ini tidak akan terjadi.
Hanya kepadamulah aku berharap.
Disetiap waktu dan disetiap harinya.
Biarlah cinta kita menjadi dongeng disetiap kisah cinta yang ada.
Agar dunia tau betapa besar cintaku padamu.
Mungkin nant,jika kau ada disisiku.
Akan ku tunjukkan rasa cintaku padamu.
Dan hanyalah tuhan yang tahu betapa tulusnya cintaku padamu.
Suatu saat dingin itu mengingatkan kite akan akhir kisah cinta kita.
Biarlah waktu yang menjawabnya.
Kita hanya membuat dongeng itu dan membuatnya menjadi nyata.
Mungkin dongeng itu akan berakhir dan hanya kita yang mengetahuinya.
Sampai waktu yang memisahkan kita.

Saturday, October 23, 2010

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkan semua padaMU

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika aku harus mati
Pertemukan aku denganMU.

MENUNGGUMU

Pagi telah datang.
Hari pun telah berganti.
Tak terasa waktu yang berlalu.
Bertahun telah ku lewati .
Menunggu cintamu yang tak kunjung datang.
Apa ini suatu kebodohan atau ini yang namanya cinta?
Itulah tanyaku padamu.

Sungguh sesak hati ini.
Gelisah disetiap tingkah laku ku.
Membuat aku menjadi serba salah.
Entah macammana caranya.
Agar kau menyintai aku apa adanya.
Itulah yang ada disetiap fikiranku.
Dan ku berikan segalanya yang ada padaku.
Itulah yang ada dalam hatiku.

Menunggumu menyakitiku
Tak terbalas mendukakan hatiku.
Tak terasa hati nni mula tertutup.
Ketika ada seseorang yang cuba memasukinya.
Aku tidak akan mengapai mu.
Jika melepaskanmu membuatkan mu bahagia.
Aku akan melepaskannya walau hati ini tidak rela.
Kerana ku tahu cinta tidak semestinya memiliki.
Walau tanpamu disisiku.
Cintaku tetap bersama mu sampai bila pun..
Aku disini menantimu.

PERTAMA KALI

Pertama kali aku bertemu denganmu,itulah saat terindah bagiku.
Diwaktu sama aku mula mengenalimu, itulah dirimu.
Gadis yang cantik dan pintar,itulah yang ku tahu.

Tanpa terasa kau mula memerhatikanku.
Dengan senyumanmu kau membuatkan aku menjadi tenteram.
Yang membuat aku terdiam dan membisu.
Mengenalimu mengajar aku pertama kalinya untuk menyintai dengan bersungguh-sungguh.

Tak terasa waktu membuatkan kite menjadi dekat.
Walau kdangkala aku tidak mengerti akan semua sikapmu padaku.
Itulah yang menjadi kebodohanku.
Yang membuat aku menjadi milik seseorang.

Takut kehilangan dirimu.
Memberanikan aku untuk mengucapkan cinta untuk mu wat pertama kalinya.
Yang membuat waktu pun turut terhenti.
Selaras dengan perkataanmu yang tak terucap.
Meninggalkanmu hanya itulah yang mampu ku lakukan saat itu.

Seminggu telah berlalu.
Kau telah putus dengannya.
Aku pun mula mendekatimu.
Yang membuat aku menjadi semakin tidak menentu.
Yang selalu membuatmu semakin jauh dariku.
Kesalahan demi kesalahan itu yang terlihat dimatamu.
Walau itu semua ku lakukan untuk mu.

Memandangmu dari jauh,hanya itu yang mampu aku lakukan.
Menolongmu dari belakang itulah ketulusan dari ku untuk mu.
Walau saat ini pun kau tidak tahu.

Waktu pun telah berakhir.
Perpisahan sama pun telah hadir.
Aku datang memberanikan diri untuk meminta maaf darimu.
Dan pada saat itulah pertama kalinya aku menyentuh tangan mu.
Itulah yang terindah dalam hidup ku.
Walaupun itu juga tanda dari akhir kisah cintaku padamu.

Monday, October 18, 2010

MENYINTAI TAK BERMAKNA MEMILIKI

Cinta dan cinta dan cinta
Adalah sesuatu tidak ada habisnya kalau kita bicarakan.
Dan jangan pernah untuk habis kerana dunia tanpa cinta bagaikan dunia tanpa lagu.
Setiap orang memiliki kisah,cerita cintanya sendiri dalam kehidupannya.
Cinta terkadang membingungkan,terkadang menyenangkan.
Terkadang menjengkelkan dan mungkin juga menyakitkan.
Cinta bukan hanya mencari amannya sahaja kerana cinta pun berhak memilih diterima atau ditolak.
Jika kita menyukai seseorang dan seseorang itu sudah benar-benar menolak kita. Terkadang itu menyakitkan. Tetapi itu adalah proses untuk kita belajar tulus menyintai dengan melepaskannya.
Kerana cinta tidak semestinya memiliki kerana ketulusan melihat orang yang kita cintai berbahagia dengan orang yang dia cintai. Daripada memaksa dia untuk berbahagia dengan kita sedangkan hatinya tidak ada untuk kita.
Kita tetap menyintainya walaupun dia tetap tidak akan menjadi milik kita atau mungkin menjadi milik orang lain.
Cinta tidak harus memaksa kerana semakin erat kita gengam semakin ia hancur dan lenyap di tangan kita.
Dan itu akan menyakitkan orang yang kita cintai.
Cinta adalah sesuatu yang kita inginkan tapi tak semstinya kita dapatkan dan ape yang kita dapatkan tidak seperti yang kita inginkan.
Jika cinta yang kita inginkan tapi dia pula tidak meninginkan kita,jangan bersedih hati.
Kerana lebih baik mencintai daripada tidak pernah mencintai.

TANDA LELAKI SAYANG

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnye dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalir air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiase bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukan jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu,jika teman lelakimu sentiase buat hatimu senang dan terhibur,itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jika tidak hairanlah lelaki sebegini sentiase inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya,sudah menjadi tanggungjawab untuk membuat hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat,nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancer tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu. Jadi,terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang,macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarkanlah ke jinjang pelamin,baru berbaloi.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu menghadapi masalah dan orang pertamu yang dating membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Sidia akan menjadi yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”
Jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Manusia tidak ada yang sempurna. Samalah juga teman lelaki kamu. Tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan die. Dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kami cari penganti,alas an kamu dah tak ada hati dan tak serasi,kamu pula macam mana? Adakah kamu tak pernah buat silap? Kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?
Jangan biarkan ego menguasai perasaankalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.

Mungkin pasangan kamu tak sempurna,tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia,itu lebih baik. Dan ikhlas itu tak boleh dilihat,tapi boleh dirasa dengan hati.

Wednesday, October 13, 2010

aku yang blur..

salam kawan2..
hari ni jiwe kembali kacau..
aku xtau kenape dan sbb ape..
mayb ade yang xkene..
sejak smlm aku cube blaja menyembunyikan perasaan sedih n hampa aku ni..
kdg2 aku rase idop aku ni xdiperlukan oleh sesiape pn..
bile time org sk,org memuji aku melangit,tp bile time xsk,org wat sesuka hati je..
wat aku mcm xde perasaan..
wat xkisah pn ape yg aku cube wat untuk dorg.
kdg2 hati ni leh wat xendah je tentang semua ni,tp kdg2 aku trase sgt dengan semua ni..
aku pn mcm org gile dh..
kejap ok,kadang pl sensitif gile...
ntah la..
takdir ape pl yang allah dh tuliskan untuk aku kali ni..
yg penting aku xsame mcm aku dengan maya dulu..
aku dh jd irwan yang baru..
aku dh cube jd sebaik mungkin dari sebelum ni..
tp pade mase yg same,aku xtau ape yang aku wat ni terbaik atau x untuk org lain..
ntah la..
aku ibarat budak yang baru nak kenal dunia..
aku xtau ape yg terbaik untuk aku dan cinte aku..
yg aku tau,aku dh jd insan yang baru..
aku dh berubah..
jauh berubah..
adekah aku semakin sesat atau semakin hampir dengan garis penamat?
yang pasti aku masih mencari arah yg tepat dan menggunakan segala peluang yang ade untuk menjadi insan yang terbaik..
insyaallah...

Tuesday, October 5, 2010

KU SAYANG KAMU

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan selalu ku nanti
Karena ku sayang kamu
Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah pujaan hatiku
Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain
Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu di sisiku
Ku kan selalu menantimu.

Thursday, September 30, 2010

SERUAN SEMANGAT CINTA INSPIRASI HATI

Salam…
Hari ni aku nak mengomel lagi..
Rupenye masih ade insan yang berfikiran cetek walaupun dah blaja tinggi..
Tp maybe mereka xsalah..
Mungkin mereka kurang pengalaman dalam soal kehidupan atau mungkin kurang matang dlm menilai sebuah hati..

Cerite ni smlm,bile insan aku syg menangis kerane perbuatan kawan2 die..
Aku yang mendengar ni pn rase terluke dengan care kawan2 die berfikir…
Aku tau semua tu berpunca dari kesilapan aku yang lalu..
Gagal menilai ketulusan hati sorg pmpn..
Tp allah dh bagi pn kesempatan untuk aku perbaiki..
Tp setelah aku dpt peluang untuk membahagiakan die,kawan2 die pl melukakan hati die..
Kalau ikutkan hati aku,aku nk marah..
knape perlu mereka hukum inspirasi hati aku kalau mereka xsk aku..
knape dorg xberhadapan dgn aku sndiri..?
kami xmintak semua ni jd dlm idop kami la..
tp ni yang allah dh tulis untuk kami…
allah masih sygkan cinte kami ni..
nape korg pl yang sakit aty?
Lagi 1,tu semua perkare dh lepas la,nape korg nak ungkit?
Skrg pn inspirasi hati dh cukup bahagia dgn aku,kenape ko pl nk lukekan hati die?
Kalau xpuas aty berhadapan trus dgn aku…jgn lukekan hati die lagi….
Korg dh salah menilai hati kawan korg sendiri..
Sebagai insan yang menyayangi die,aku xkn sesekali biarkan org sakiti die,aku akan lindungi die..
Lepas ni siape yang xpuas aty,mari berdepan dengan aku..
Kalau aku slh ko leh ckp ape slh aku,dan aku akan cube perbaiki setiap kekurangan aku..
Tp korg jgn menuduh tanpe tau cerite sebenar,itu pantang bagi aku..
Hari ni aku bersabar kerane pengalaman smlm dh ajar aku,kemarahan xleh menyelesaikan mslh..
Aku sabar demi inspirasi hati aku..
Aku xnk die bertambah sedih atau risau..
Tp jauh disudut aty aku,aku xpuas aty kerane kawan2 die just wat tanggapan sendiri dan menghukum die tanpe sebab..
Aku betul2 xpuas aty..
Kalau la aku ade dengan die skrg,aku akan settlekan benda ni..
Aku akan berhadapan dengan semua kawan2 die tu..

Ape2 pn xpela..
Aku dan inspirasi hati xbenci mereka semua..
Kami sentiase doakan ape yg terbaik untuk mereka..
Dan bg kami,cukuplah dengan doa dan restu dari kedua parents kami..
Tu pn dh cukup wat bekalan untuk kami truskan perjuangan cinte kami selame ni..
Lagi pn bukan mereka yang tentukan kebahagiaan kami..
Skurang-kurangnye kami masih ade doa dari kawan2 aku yang nk tgk kami bersama..
Malah ramai yg menanti saat kami disatukan..
Alhamdulillah,walaupn allah mengambil sesuatu yang berharga dari kami,tp allah dh gantikan dengan sesuatu yg lebih berharga..
Yang penting kami xlupe untuk bersyukur dengan ape yang allah dh kurniakan..
Aku akan buktikan pade kawan2 inspirasi hati,yang cinte kami kali ni bukan main2..
Kami ade restu keluarge dan doa dari kawan2 bersama kami..
Xde ape yang perlu kami risaukan..

Yang rugi mereka..
Kerane mereka akan kehilangan sorg kawan yang cukup menjage hati mereka..
Yang sentiase dahulukan mereka dari kepentingan diri sendiri..
Mereka akan kehilangan sorg kawan yang bnyk membantu mereka dan menceriakan hari2 mereka..
Mereka akan kehilangan sorg insan yang penyayang yang sentiase mengambil berat terhadap mereka..
Aku doa agar mereka sedar tentang ini..
Jgn salah menilai hatinye sepeti aku dulu..
Aku dh cukup bersyukur kerane allah kembalikan die pade aku..
Dan satu hari,korg juge akan menyesali ape yang korg wat ni..
Seperti aku dulu..
Semoga korg tau ape yang terbaik untuk korg..
Aku lebih kenal die dari korg..
Dan aku cukup arif tentang keikhlasan atynye..
Percaye la..

P/s: buat kawan2 inspirasi hati..
Sedarlah korg dh wat kesilapan yang besar dalam idop korg bile korg mencampur adukkan soal cinte kami dengan persahabatan korg..
Kerane cinte dan persahabatan bukan bende yang 1 tp ia sentiase bergerak seiring..
Korg kene paham..cinte dan persahabatan adalah sesuatu yang berbeze tp ia saling berpaut sbg sumber kekuatan dan semangat..
Smpi mase korg akan paham ape yang aku maksudkan..
Dan buat inspirasi hati,abg akan sentiase disisimu,abg xkn biarkan org lain trus menindas dan menganiayaimu..
Kerane akulah payung mu..
Abg akan sentiase menjadi tulang blakangmu,agar kau sentiase gagah berdiri menghadapi setiap dugaan untukmu,jgn kau titiskan air matamu lagi..
Kerane kau dah cukup kuat dengan adenye cinte kite sebagai senjata,restu mak-mak,abah n ayah sebagai perisai…dan rahmat allah sebagai payung untuk bernaung..

Ya allah,berilah jalan petunjuk kepade cinta kami agar kami tidak tersesat dlm menempuh hidup ni,tabahkan hati kami dalam memperjuangkan cinte yang telah kau anugerahkan ini..yakinkan hati kami dengan ape yang telah kau tuliskan dlm perjalanan idop dan cinte kami..Lindungilah kami dan cinte kami dari fitnah dan hasad dengki dunia …Ya allah sesungguhnye kami bersyukur dengan ape yang telah kau kurniakan kepade kami..Satukan lah kami dengan ikatan yang paling suci dan kau redhai..Aku ingin die menjadi yang halal bagiku sehingga ke akhir nafasku..ya allah,titipkan lah perasaan cinte dan kasih syg didalam diri kami,keluarga dan sahabat2 kami ya allah..agar mereka memahami ape yang kami rasai dan lalui.. kau yang maha mendengar setiap rintihan hati kami dan kepadeMU kami berserah dan memohon pertolongan serta petunjuk..amin.

Monday, September 27, 2010

PENGAJARAN DARI BAYI

Salam syg wat semua follower..

Dh menjadi lumrah dunia ni,setiap manusia inginkan keindahan dan kemanisan hidop..
Xde sorg pn yg inginkan kepahitan dan kesakitan…
Tp ape yang kite cube elak,itulah yang allah berikan pade kite..
Kerane sudah menjadi adat didunia ni,manusia belajar sesuatu dari kelukaan dan kepahitan..
Ia menjadikan manusia lebih kuat dlm menegakkan pendiriannye..

Kite penah cakap,tiade keindahan tanpe kesakitan..
Tau sebabnye?
Kerane dlm hidup ni xde sorg pn yang lahirnya trus Berjaya..
Semuanye bermula dari bawah..
Sedangkan anak kecil yang baru belajar berjalan pn bermule dengan berkali-kali jatuh..
Dan die trus mencube dari hari kehari sehingga die boleh berlari..
Mengape kite tidak mengambil semangat bayi yg baru lahir itu sebagai contoh?
Kerane ape?
Sebab manusia ego..
Manusia hanye memandang rendah pade budak yang baru setahun jagung tanpe memerhati pengajaran dan iktibar yang kite leh ambil dari mereka..

Sbb itu ramai manusia lebih sk membuat pertimbangan yang singkat..
Manusia hanye memandang pade mase hadapan tanpe menoleh ke blakang..
Kadang2 kite juge harus menoleh ke blakang dan blaja dari ape yang penah kite lalui…
Kerane itu la kite jadi lebih matang dari semalam..

Thursday, September 23, 2010

UJIAN ILAHI

Ya allah..
Kenape sejak akhir2 ni badan aku asyik sakit je?
Aku sendiri xpham..
Kene buatan orang ke aku ni?
Ntah la..
Tp aku rase lain mcm sejak perkare yg menyedihkan tu..
Penyakit yg pelik2 dtg..
Korg bayangkan,perut aku leh kembung mcm baby…
Padahal aku dh makan ikut mase..
Pastu kepale aku sakit tbe2 mcm nak pecah..
Mcm ade bende yg ketuk2 kepale aku..
Aku sebenarnye malas nk pk pasal bende2 tahyul n khurafat ni..
Tp kdg2 ade betulnye ape yang kawan2 tegur..
Aku xmakan,tp badan aku naik mendadak..
Bile aku makan,berat badan aku turun pl..
Terbalik..
Pastu perut aku sentiase wat hal..
Kadang2 rase mcm kenyang gile walaupn aku xmakan ape2..
Pastu tbe2 rase loya n nk muntah..
Tp xde ape2 pn yang kuar..
Aku just bayangkan mayb angin dlm badan je tu..
Tp mcm mane pl dgn badan aku yang tbe2 rase lemah n berat..
Mcm ade bende yang duduk atas bahu aku ni..
Sampai pinggang aku pn rase sakit dan berdenyut2..
Aku xpaham..
Tulang blakang aku pn rase cam tak selese..
Lagi2 stiap kali aku nak rukuk mase solat..
Tbe2 tulang blakang aku rase menarik…n rase sakit sgt smpi aku xleh nk rukuk dgn selese..
Tp aku ni degil sikit..
Aku wat xendah je pasal semua sakit aku ni..
Walaupn kdg2 smpi menganggu tidur aku..aku just amalkan ayat kursi,yasin n alquran..
Tu je penguat aku..
Aku malas nak lebih2 cos aku takut terpesong pl nant..
Sbb kite xtau kesahihannye lagi..
Aku cume harap allah bantu aku..
Kuatkan aku dlm menempuh setiap dugaan ni..
Aku mungkin bukan hamba yang soleh..
Tp aku percaye allah sentiase ade bersame insan yang teraniaya mcm aku..
Aku dh redha dengan semua ni..
Dan aku dh maafkan semua kesilapan die pade aku..
Ya allah,tolonglah aku..
Teguhkan keimanan aku dlm menghadapi setiap cubaan dan dugaan cinte anugerah mu..
Aku mungkin xsekuat dulu..
Tp keyakinanku pademu semakin bertambah dari hari ke hari..
Kerane kau cinte sebenar yang ku cari ya allah..
Bantulah aku melawan setiap godaan dan gangguan syaitan dan jin..
Berikanlah aku kesihatan yang baik dan berpanjangan..
Agar dapat aku trus berjihad dijalanmu ya allah..
Cinta mu penguat semangat..
Sebelum aku menjadi mayat..
Amin…

RAYUAN HATI UNTUK ILAHI

Salam..
Sory cos dh 2 3 ari xcre ke blog aku ni..
Aku agak bz dengan keje..
Xsempat nk bernafas pn..
Di tambah pl dengan kesihatan yg sikit terganggu..
Dalam keadaan baru je nk kecapi bahagia,sekali lagi aku diuji..
Kali ni dengan kesihatan n mslh kewangan jg..
Aku harap semua ni just untuk seketike je..
Aku xkn mengalah dengan keadaan..
Aku akan bawa cinta aku setinggi mungkin..
Aku percaye allah akan memudahkan setiap urusan..
Ditambah pl dengan restu dan doa dari kawan2..
Insyaallah semuanye akan pulih..
aku akan pastikan semua ni ok..
cume kesihatan aku sedikit terganggu sejak akhir2 ni..
badan aku terase lemah..
aku xtau sebab ape..
aku harap semua ni Xlame..
aku xnk inspirasi hati aku risau tgk keadaan aku..
aku nk die tenang je..
cos die penenang jiwe aku..
ya allah..
bantu la aku dlm memperjuangkan cinte yang telah kau anugerahkan ini..
jgn la kau uji kami dengan sesuatu yang xdpt kami tanggung..
tabahkanlah kami dlm menempuh setiap ujian mu ya allah..
permudahkanlah setiap urusan..
permurahkanlah rezeki kami..
aku akan trus usahe untuk die..
bimbinglah cinta kami kearah jalan yang kau redhai..
satukanlah kami dengan ikatan yang kau restui..
ya allah..
bantulah aku..
aku merayu dan memohon..
sesungguhnye,idop dan matiku kuserahkan hanye kepadamu ya allah..
amin..

Monday, September 20, 2010

MELAKAR SEJARAH CINTA INSPIRASI HATI

Alhamdulillah…aku dh selamat smpi ke rompin
Dan hari ni aku dh pun start keje..
Tp jauh disudut aty aku rase seperti ade yang tertinggal dibumi Terengganu..
Terase ade perubahan besar dlm hati aku..
Aku dh xlgi rase sedih n mengalirkan air mate tanpe sebab..
Aku kembali ceria n rase idop aku kembali bermakne..
Mungkin sbb itulah aku rase berat hati sgt nak balik dari Terengganu smlm..
Aku takut untuk tinggalkan kegembiraan itu..

Sebenarnye,kepulangan aku ke Terengganu tahun ni penuh bermakne..
Kerane impian yg dh lame aku pendamkan sejak 4 tahun lepas akhirnye menjadi kenyataan juga..
Kepulangan aku kali ni juge,menemukan semule aku dengan inspirasi hatiku yang dh hampir setahun setengah aku xbersua muke..
Dan kepulangan aku kali ni jg,akan menemukan aku dengan parents inspirasi hati..
Impian yang aku tanam sejak dari mule aku mengenali die..
Tp xpernah berkesempatan untuk dtg kesini..
Alhamdulillah kehadiran aku disini diterima dan direstui oleh semua orang..
Dan yang paling penting,kerinduan yang aku pertahankan selame bertahun-tahun terubat jua..

Hari pertama aku diterengganu.
Mak aku dh kecoh suruh aku g jumpe die n parents die..
Tp die ckp jgn dulu,sbb parents die bz ngan kenduri..
Aku pn tetapkan hari nk g beraye kerumah die pade hari sabtu..
Memandangkan mak die bz dengan kenduri n open house..
Aku pn still ade mase untuk tenangkan darah gemuruh aku ni..
So aku pn duk je lepak kat umah akak aku,smbil2 menghilangkan penat memandu dari rompin..

Hari kedue
Pagi2 lagi aku dh bawak mak aku g beraye dirumah saudare mare aku.
Tapi perjalanan kami agak xterancang sbb jalan dh bnyk berubah,n aku sesat berkali2 xjumpe jalan..
Nasib baik la buah hati aku org Terengganu,so kepade die gak la aku bertanye..
Die la jd pemandu arah aku tp just dlm talipon je..hahaha…
Setelah hampir petang aku pn balik semule ke rumah kakak aku,n menghilangkan penat..
Dalam hati aku xsabar menghitung hari nak mengadap bakal mertue..
Entah dorg suke ke x…
Tp aku tawakal je..
Kalau ade,ade lah..
Kalau xsk,xkn aku nk pakse kan?
Tp petang tu tbe2 inspirasi hati aku sms ckp nak jumpe aku ptg tu..
N die ckp mak die pn dh izinkan kami jumpe..
Perasaan aku mase tu rase mcm nak melompat setinggi awan..
Excited gile aku nk jumpe die..
Janji nk jumpe kol 6.00,kol 4.30 aku dh kuar dari umah..
Punye la excited smpi xsedar diri..
Hahahaaha..
Maklumlah,dh bertahun xjumpe katekan..
N kali ni jumpe pl dgn restu parents kedua2 belah pihak..
Aku rase mcm nak jerit kat 1 dunia mase tu..
Maka berjumpelah kami melepaskan rindu bertahun..
Dan aku bawak anak saudare aku sbg undercover..
Hahaha..ye la,takut jd fitnah yang bukan2..
Xterkate aku mase tu dapat tgk senyuman n gelak tawe die..
Dpt bergurau dengan die..
Semua kenangan2 indah sepanjang 4 tahun dulu dtg semule dlm hati n fikiran aku..
Semua kesedihan kat aty aku bagai sembuh tbe2..
Ya allah,aku bersyukur sgt allah still bg aku kesempatan untuk menikmati keindahan ni dan mengubati semua kelukaan smlm…
Dan lebih membahagiakan aku,bile tgk anak buah aku leh manje2 dan mesra dengan die..
Dalam perjalanan balik,anak sedare aku xhenti2 memuji die..
Sbb die pandai layan dan amik hati anak buah aku..

Hari ke-3
Aku just duk kat umah je menghabiskan hari-hari aku..
N lepas solat jumaat baru la bermula aktiviti aku,aku g ke kubur arwah abg aku n sedekahkan bacaan yasin untuknye..
Pastu aku just duk layan anak2 buah kat rumah,smpi la ptg tu skli lagi inspirasi hati aku call..
Mak die menjemput aku ke rumah die malam ni….ade BBQ..
Dan aku difahamkan semua ahli keluarge die ade skali..
Hati aku rase gemuruh gile..
Dan berbelah bagi nak g atau x..
Tp mak aku suruh jg aku pergi..
Die suruh aku branikan diri untuk jumpe bakal besan die..
Aku pn kuatkanlah smgt..
Skali lagi anak sedare aku jadi peneman..
Cos die pn dh mule rapat ngan bakal maksunye tu..
So senang la sikit proses pengenalan antare 2 family kami ni..
Sampai je aku kat rumah die,rase mcm nak tercabut jantung aku..
Semua mate memandang aku..
Dah rase mcm artis pn ade gak..
Hahaha..
Mase aku nasyid dulu pn,xmcm ni tau..
Lutut aku pn rase longgar nak melangkah semua mate tertumpu pade aku..
Nasib baik la xterjatuh depan tu,kalau x mmg balik trus aku lepas tu..
Hahaha..
Tp dh name pn laxmana keturunan panglima kan..
Kene la gagah perkasa..
Wat dono je..
Aku pn dgn muke xmalu g je salam ngan semua org…
Aku senyum pade semua ratu2 cantik kat dlm umah die tu..
Wat mcm xde pape walaupn dalam hati rase nak terkencing kat situ..
Yang anak sedare aku pl jd pembakar semangat kat aku..
Die mcm tau je yang paksu die ni dh nk mengelabah..
Hahaha…
Mmg lawak aku rase..
Kalau ingat2 balik,maunye tergelak mcm org gile aku…
Tp ni la hari-hari indah aku..
Dari wajah mak die,aku nmpk die mcm hepy dgn kehadiran aku..
Setiap perwatakan aku semua diperhatikan walupn dari jauh..
Tp aku tetap nmpk die pandang2 aku..
Die tgk care aku makan,care aku bergaul dengan sedare mare,semua dinilai..
Alhamdulillah,allah dh permudahkan semua urusan..
Tp mlm tu,aku xsempat nk berborak panjang ngan parents die sbb dorg sibuk layan tetamu..
Dan hari tu,aku meminta diri untuk pulang pade jam 10 mlm..
Balik2 xleh tdo pl tu..
Teringatkan penerimaan fmly die,cukup indah…

Hari ke 4
Aku kuar dengan die dengan restu parents kami..
Mase pagi nak amik die tu skali lagi hati aku berdebar..
Ye la,kali ni nak kene berhadapan dgn parents die skali lagi..
N situasinye berbeze dari mlm td..
Skali lagi anak buah aku jd mangse keadaan menemani aku ke rumahnye..
Aku gagahkan jua supaya dpt melangkah dengan yakin..
Aku percaye dengan cinta yang allah anugerahkan ini..
Aku singgah dirumahnye untuk bg peluang parents die mengenali aku dengan lebih dekat..
Tp hati aku kali ni sikit hampe,sbb aku skali lagi xberkesempatan untuk berdepan ngan ayah die,cos ayah die baru je keluar..
Tp hampe aku tu sikit terubat bile dpt tgk air muke maknye yg ceria menerima aku..
Alhamdulillah,parents die leh trime perangai dan care aku..
Aku pn meminta izin dgn mak die untuk bawak die keluar..
Hepi sgt aku dpt bawak die jalan2..
Bukan sebelum ni kami xdpt kuar same..
Cume kali ni rase lebih bahagia kerane kedua family merestuinye..
Aku bawa die pergi makan dan bersiar-siar..
Aku rasekan mase tu cepat je berputar..
Sekejap je dh hampir petang..
Hampir sehari suntuk aku luangkan mase dengan die..
Rase mcm aku baru jumpe jalan kuar dari kesedihan aku selame ni..
Ya allah,anugerahmu kali ini terlalu berharga..
Akhirnye aku hantar die balik kol 4.00 ptg..
Sedikit berat hati aku untuk tinggalkan umah die mase tu,cos lepas nix tau bile lagi aku akan dpt bertemu dengan die..
Ape lagi untuk smpi kerumah die..
Air mate aku jatuh juga tapi cepat2 aku sorok supaye anak sedare aku xperasan…

Hari terakhir aku di bumi Terengganu..
Hari ni aku dh kene balik ke rompin..
Cos esk aku dh kene start keje..
Tp hati aku berat sgt..
Masih terngiang-ngiang lagi gelak tawe die smlm..
Dh lame aku xdengar gelaw tawe dan gurauan die..
Mak aku ckp die manje lepas aku cerite kat mak aku yg die nak nangis mase aku hantar die smlm..
Bukan die je..
Tp aku pn same..
Dh lame kami xjumpe..
Dan kali ni kami terpakse berjauhan lagi..
Sape sgp berjauhan dgn org yg tersayang?
Aku kuatkan jg hati aku untuk balik bile pkkan demi mase depan kami..
Aku letakkan azam dalam hati untuk lebih serius memperjuangkan hubungan kami kali ni..
Aku xnk kehilangan die…
N aku telah bulatkan hatiku untuknye..

Hari ni aku dh start keje…
Dibumi rompin bertuah ni…
Tempat tumpah darah ku..
Namun hati ku telah kutinggalkan bersamenye agar dpt menjage die dan menyuburkan cinte kami bersama..
Aku sentiase memohon agar allah panjangkan jodoh kami kali ni..dan satukan kami dengan hubungan yang paling mulia..
Aku ingin die menjadi yang halal bagiku..
Begitu juga aku untuknye…
Ni la impian yg paling indah yang aku harapkan..
Die la bukti kewujudan aku didunia…
Dan menemani aku disyurga…
Insyaallah…

Thursday, September 16, 2010

KILAUAN CINTA INSPIRASI HATI


Salam…
Alhamdulillah..
Hari-hari luke telah berlalu..
Hari-hari ku berganti dengan sebuah pelangi yang indah..
Dan aku sentiase harapkan keindahan ini aku terus kekal menemani setiap saat ku…
Setelah setahun setengah idop aku bagai lesu kerane kehilangan sinarnye,hari ini fajar indah itu kembali menyinsing dan menerangi segenap hati aku yang dipenuhi calar.
Secare tak langsung juga aku dah penuhi permintaan seseorang.
Dan Alhamdulillah,kerane permintaan yang die mintak,aku kembali bahagia..
Tp kebahagiaan hari ini,bukan kerane die..
Ini semua kerane cinta yang masih berbaki dalam hati suram ku..
Alhamdulillah..
Kesyukuran yang xdapat aku gambarkan..
Senyuman yang aku rindu selame setahun setengah ni,akhirnye hadir..
wat aku tertawa dengan senang hati..
Trus trang aku dh tak rase kesakitan mcm aku kuar dengan org lain..
Kalau dengan org lain,walaupn aku tersenyum,tp hati aku still berdarah..
Tp dengan die,luke itu seperti terubat trus..
Malah aku rase senang hati..
Aku bersyukur kerane masih ade kesempatan untuk aku merasai nikmat ini sekali lagi..
Aku xminta,tp ia dtg dengan keikhlasan yang selame ini sering die pertahankan untuk aku..
Dan aku bersyukur…
Allah ciptakan die untuk hidup aku..
Dan aku sentiase harapkan semua keindahan ini xkn berhenti disini je..
Aku akan pertahankan cinte ni,dan aku akan bahagiakan die..
Aku akan korbankan segalanye untuk die..
Kerane keindahan yang die bagi hari ini xseperti keindahan yang dtg sebelum ini..
Die ade keistimewaan dalam dirinye..
Walaupn die hanye insan biase dan sederhana,namun kehadirannye memberi keistimewaan yang berbeza…
Aku xtau ape aku nak ckp..
Aku tau,kalau korg bace ni mesti korg ckp aku ni sbb tgh bahagia sbb tu ckp mcm ni..
Tp ni bukan sbb bahagia je..
Tp aku dh nmpk dan alami mcm2 sepanjang aku kenal die..
Dan mcm2 juga yang die korbankan untuk aku..
Semua hanye kerane nk hidup dgn aku..
Kalau korg kat tempat aku skali pn,aku percaye korg jg xkan lepaskan pmpn yang sebaik dan seikhlas die..
Yang sgp wat ape saje untuk pastikan cinta ini Berjaya…
Dan sgp buat ape saje untuk mempertahankannye..
Aku respeck die..
Mungkin die bukan tokoh cinte terhebat..
Tp cinte die adalah cinte yang terhebat yang pernah aku temui..
Dan lebih manis,cinte yang hebat itu die tujukan untuk aku..
Insan yang benar2 die cintai..
Akhirnye,ape yang aku perjuangkan die yang pertahankan..
Tu bukti yang die benar2 paham aku..
Melebihi insan lain yang pernah hadir..
Aku terlalu bangga dengan cinta kali ini..
Bukan aku sombong atau ego..
Tp inilah cinte sebenar yang aku cari..
Kilauan permata disebalik celahan kaca…
Semoga kilauannye akan trus bersinar…
Itulah cinta inspirasi hatiku…
Amin.

Monday, September 13, 2010

DOAKAN AKU

Salam…
Selamat hari raya pade semua teman2 yang sudi melayari blog aku ni..
Aku memohon ampun segala silap dan salah…
Ari ni diam xdiam kite masuk ari raye yang ke-5..
Tahun ni merupakan tahun yang penuh dengan suka n duke dalam idop aku..
Tp betul la ape org cakap,setiap ape yang kite terlepas,allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakne..
Dlm kelukaan masih ade kegembiraan yang dtg bertandang dalam hari2 aku..
Mungkin tahun ni aku terlepas peluang untuk beraye sbg tunangan org..
Aku juge terlepas peluang untuk beraye dengan bakal mertua..
Semuanye kerane hubungan yang telah diputuskan oleh pihak perempuan..
Aku cube blaja bangkit dari semua kesedihan tu..
Namun pada mase yang same,allah dtgkan nikmat yg xterhingga dalam hidup aku..
Allah temukan kembali aku dengan kawan2 sekolah aku dulu..
Yang hampir 7 tahun kami xbertemu..
Terharu aku bile melihat kemajuan dorg..
N meriah gak la raye aku tahun ni walaupn tanpe tunang..ops,bekas tunang…
Alhamdulillah,aku masih bernafas untuk truskan hidup..
Dan esk aku akan balik ke Terengganu untuk bawak parents aku..
Tp pade mase yang same aku ingin mengadap bakal mertue pl..
Harap2 org terime aku seadanye..
Semoga jodoh aku berkekalan kali ni..
Aku pasrah kali ni..
Aku nak lupekan semua tentang maya…
Dan aku nk bukak buku baru dengan nurul..
Sekarang die la kebahagiaan aku..
Maya hanye kisah silam untuk aku..
Tp nurul adelah mase depan aku…
Namun aku harap die akan sentiase menjadi tenang untuk aku…
Supaye die boleh sentiase menyedarkan aku dalam setiap langkah aku melayari kehidupan ini..
Kawan2,tolong doakan aku supaye jadi kuat…
Jadi kuat untuk hadapi setiap kesedihan ni…
Aku dh penat menangis untuk die,namun orang langsung xpandang pn..
Malah burukkan aku lagi ade la…
Sakit beb..
Tp xpe,aku xkn letak benci dlm hati aku…
Aku doakan die bahagia dengan jalan yg die pilih…
Ape yang aku rase,biar allah je yang tahu..
Sekarang tumpuan aku hanye pade mase depan aku dan nurul…
Istane yang bakal kami bina nanti…
Aku ingin bahagiakan die lebih dari aku bahagiakan org lain..
Die inspirasi hati aku..
Pembakar semangat saat aku jatuh..
Harap2 semua orang akan restu hubungan kami ni..
Doakan kebahagiaan kami..
Amin…

Thursday, August 26, 2010

SEBENING CINTA LAXMANA

Jika kita mencintai seseorang
Kita akan sentiasa mendoakannya
Walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita 2 kaki untuk berjalan
2 tangan untuk memegang
2 telinga untuk mendengar
Dan 2 mata untuk melihat
Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita???
Kerana tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang
Untuk mencarinya
Itulah cinta…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
Jika kamu masih mahu mencuba
Jangan sesekali menyerah
Jika kamu masih berasa sanggup
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak menyintainya lagi
Jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang
kepada orang yang masih mempunyai harapan
Walaupun mereka telah dikecewakan
Kepada mereka yang masih percaya
Walaupun mereka telah dikhianati
Kepada mereka yang masih ingin mencintai
Walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
Dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang
Sehingga dia meninggal dunia
Lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya
Sebaliknye ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu
Sekarang selagi ade hayatnya.

Mungkin tuhan inginkan kita bertemu
Dan bercinta dengan orang yang salah
Sebelum bertemu dengan orang yang tepat
Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis
Debu beralih emas
Keruh menjadi bening
Sakit menjadi sembuh
Penjara menjadi telaga
Derita menjadi nikmat
Dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan menyintai sesorang yang tidak menyintai kita
Tapi lebih menyakitkan adalah menyintai seseorang
Dan kita tidak pernah mempunyai keberanian
Untuk menyatakan cinta kita

Seandainya kita ingin menyintai atau memiliki hati seorang gadis
Ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah
Kadangkala kita mencium harum mawar tersebut
Tetapi kadang kala kita rasakan bisa duri mawar tersebut menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
Ketika kita bertemu seorang yang sangat bererti bagi kita
Hanya untuk menemukan pada akhirnya menjadi tidak bererti
Dan kita harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati
Sehingga kita kehilangannya
Pada masa itu tiada guna penyesalan
Kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
Dan bukan siapa dia sebelumnya
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
Kiranya kita benar-benar menyintainya sepenuh hati.

Hati-hati dengan cinta
Kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit
Orang gemuk menjadi kurus
Orang normal menjadi gila
Orang kaya menjadi miskin
Raja menjadi budak
Jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
Tersimpan keburukan didalamnya
Dan kemungkinan apa yang kamu benci
Tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil
Cinta kepada perempuan ertinya alam
Cinta kepada diri ertinya bijaksana
Cinta kepada mati ertinya hidup
Dan cinta kepada tuhan ertinya taqwa.

Cinta mampu melunakkan besi
Menghancurkan batu
Membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya
Serta membuat budak menjadi pemimpin
Inilah dasyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah
Membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri
Dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan
Jika tidak kamu hanya menyintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalamnya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta
Namun bila sampai saatnya itu
Raihlah dengan kedua tangan mu dan jangan biarkan dia pergi
Dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
Tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci
Jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah
Untuk dicintai juga memang mudah
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
Itulah yang sukar diperolehi
Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk dikecewakan
Lebih baik cinta itu tak pernah hadir

UNTUK KEKASIHKU SEORANG

Dalam keheningan malam
Diteman angin malam
Yang menusuk ulu hati
Kusedari betapa berertinya
Dirimu bagiku

Kasih
Kau selalu ada dalam canda
Tawa dan air mata
Selalu hadir
Dalam setiap nafasku

Kasih
Kau telah membuatku terbuai mesra
Dalam indahnya kemilau untaian kata cinta
Kau seperti lilin kecil
Penenang dalam pekatnya malam gelita
Kau seperti bintang timur
Pemandu bagi pelaut yang kehilangan arah
Kaulah insane penawar rinduku

Kasih
Ku ingin kau disini bersamaku
Menjemput mahligai cinta kita berdua
Mengharungi bahtera hidup ini
Dalam satu cinta
Dari dua insan yang berbeda

SIAPA YANG TAK PERNAH MENANGIS

Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa
Siapakah yang diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah tuhan

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakan nafsu
Kebenaran terdampar dipantai kecewa

Air mata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Ya Allah
Kepada Engkaulah kami beribadah
Dan hanya untukMU solat dan sujud kami
KepadaMU kami menuju
Dan kepadaMU kami tunduk
Kami mengharapkan rahmatMU
Dan kami takut terhadap siksaMU
Sesungguhnya siksaMU sangat menistakan
Terhadap orang kafir.
Amin….

DENGARKAN SEGALANYA

Inspirasi Hati
Walau nanti kau akan menghilang pergi
Kan ku tetap menanti
Walau lautan kan kering selamanya
Kan ku terus setia bersamamu

Dengarkanlah lagu rindu
Ku nyanyikan hanya untuk mu
Dengarkanlah segalanya…
Dengarkanlah kata cinta
Dengarkanlah bicara hati ini

Oh kasih
Kan ku setia menanti kepulanganmu
Cintaku takkan pudar
Takkan bisa bila hatiku berubah
Bila rindu bias hinggap dijiwa
Dengarkanlah diri ini
Dengarkanlah puisi setia
Dengarkanlah segalanya..

Kan ku sanjung cintamu
Hingga ke hujung dunia
Dalam sepi yang menyapa diriku..
Bayangmu hadir dihati
Dalam kelam terangi duniaku
Bak sang rembulan dimalam yang sepi

Wednesday, August 25, 2010

PUISI INDAHKU UNTUK MU

Aku yang pernah engkau kuatkan
Aku yang pernah kau bangkitkan
Aku yang pernah kau beri rasa..

Saatku terjaga hingga ku terlelap nanti
Selama itu aku akan selalu mengingatmu
Bila lagi ku tulis untukmu.
Tulisan indahku yang dulu
Pernah warnai dunia
Puisi indahku hanya untukmu
Ku ingin kau kan kembali lagi
Menemaniku menulis lagi
Kita harungi bersama
Puisi terindahku hanya untukmu.

BELAHAN JIWAKU

Duhai Inspirasi Hati
Aku ingin menyintaimu dengan sederhana
Dengan kata yang tak sempat diucapkan
Kayu kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin menyintaimu dengan sederhana
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
Awan kepada hujan yang menjadikannya tiada

Duhai belahan jiwaku
Engkau mentariku
Pelita hati ini
Tersenyumlah
Bahagiakan aku
Dengan jernihmu
Dengan cintamu

Belahan jiwaku..
Bahagiakan aku
Dengan beningmu
Dengan kasihmu
Belahan jiwaku..
Ingatkanlah aku..
Bila aku terlupa
Untuk menggapai redhaNYA

Tersenyumlah..
Bahagiakan aku
Dengan cinta dan kasihmu..
Engkau ku rindu setiap waktu
Teguhlah selalu memandu aku

Belahan jiwaku
Ku doakan kau selalu
Dikala malam tengah menjelang
Jadilah setegar karang
Sesejuk pagi
Seindah rembulan
Sejernih hati
Sebening embun
Sepeka nurani
Dan seperkasa mentari pagi

Ya Allah
Teduhilah belahan jiwaku
Berikan cahayaMU
Dakap teguh ia selalu
Di jalanMU
Amin….

REMBULAN DILANGIT HATIKU

Inspirasi Hati
Rembulan di langit hatiku
Menyalalah engkau selalu
Temani kemana meski kupergi
Mencari tempat kita tuju

Kan ku jaga nyalamu selalu
Pelita perjalananku
Kan ku jaga nyalamu selalu
Rembulan di langit hatiku

Rembulan di langit hatiku
Teguhlah engkau pandu aku
Ingatkanlahku bila tersalah
Menempuh tempat kita tuju

Doakanlahku di shalat malammu
Pelita perjalananku
Doakanlahku di shalat malammu
Rembulan di langit hatiku

MENJEMPUT BIDADARI

Buat Inspirasi Hati...

Bila yakin telah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak bererti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kau temukan aku
Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin telah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak bererti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna.

BANTULAH AKU MELAWAN NAFSU



Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

TERIMA KASIH TUHAN



Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khwatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

BILA CINTA

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Tuesday, August 24, 2010

DEMI NAMA CINTA


Inspirasi hati

demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

kerna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab ku mengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya erti kasih sejati
kerna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat,

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat

kau membuatku bahagia
membuatku tertawa
dirimu hiasi hidup
buat aku mengerti
erti cinta sejati

dan kau telah merubah hidup ini
menjadi penuh cerita
buat aku melupakan
terakhir aku terluka
hanya karena dirimu

hasrat hati seakan tertuang
ke dalam cinta untukmu
keraguan seakan menghilang
terganti cinta darimu
cinta untukku.

SEKALI LAGI CINTA




Sekali lagi cinta menjadi persoalan…

Mengapa orang selalu menyoalkan cinta itu sendiri..

Aku tahu kerana ia sukar untuk dimengerti…

Semua orang ade pendapat yang belainan terhadap cinta..

Aku sendiri xmengerti maksud cinta sebenar..

Yang aku tahu,bile aku menyintai seseorang,aku hanye ingin melihat die bahagia walau ape care skali pn..

Cinta..

Ya allah,payah untuk aku terangkan kerana ia payah untuk dinilai..

Kadang2 disaat kite kecapi bahagia dengan cinta,sejarah cinta kite yang terdahulu dipersoalkan semula..

Dan menghilangkan kemesraan terhadap cinta yang sedia ada..

Trus trang aku katakan,kalau ikutkan hati yang terluka,aku sendiri serik untuk bercinta..

Aku sendiri akan melupakan cinta untuk selamanya..

Tp dalam cinta ni,kita xboleh anggap cinta selemah itu..

Kite kene sedar,yang cinta dah wujud ratusan tahun sebelum kite lahir lagi…

Tahu kenape ia ade?

Hanye allah yang mengetahuinye..

Dari sudut pandang hati orang yang membenci cinta..

Cinta tiada kepentingan..

Cinta atau tidak langsung xmemberi kesan kepada dirinye..

Cinte hanye menyerabutkan kepala..

Membebankan..

Malah ade yang xsedar pn cinta tu wujud..

Dari sudut hati yang terluka..

Cinte itu menyakitkan..

Penipuan..

Cinta hanya tau mengambil kesempatan..

Malah membunuh setiap kegembiraan yang penah hadir dalam dirinye..

Bagi mereka,cinta merupakan penyebab kepade kehancuran hubungan yang lain..

Cinta juga menyebabkan banyak hati yang terluka..

Cinte ini merosakkan impian dan mase depan…

Bagi mereka,cinte itu membunuh..

Dan meletakkan semua kesalahan terhadap cinta…

Salahkah untuk manusia jatuh cinta?

Tapi dari sudut hati insan yang mencari sebuah kebahagiaan..

Cinta itu indah…

Cinte memberi semangat dan kekuatan..

Cinta mengajar manusia untuk bertolak ansur dan menghormati perasaan insan lain..

Cinta ibarat sehelai kanvas puteh yang suci..

Dan manusia itu sendiri yang mencorakkannye menjadi lukisan yang cantik..

Jika diwarnai dengan kesuraman,suramlah cinta itu..

Tp andai diwarnai dengan keindahan warna pelangi,nescaya cinta itu menjadi seperti terbitnye mentari setelah gerimis…

Melahirkan pelagi indah didada langit..

Dan keindahan itu yang sering dinantikan dan semua insan mahukan..

Itulah cinta yang ditakrifkan..

Cinta ibarat sebuah perniagaan..

Kita kene brani mengambil risiko..

Kite menjadikan hati kita sebagai modal..

Untung dan rugi diibaratkan seperti kebahagiaan dan kelukaan..

Jika kite rugi,bererti kelukaan la pulangannye..

Tp jika untung,bererti,kebahagiaanlah pulangannye..

Cinta bukan la untuk dijual beli,tp cinta jg seperti pasaran saham..

Ade jatuh bagunnye..

Cinte itu ibarat cuaca,disaat kite rasakan panas hingga ke petang sebaliknye allah dh takdirkan hujan dtg bertandang..

Namun kesedihan itu allah gantikan pula dengan pelangi yang indah..

Diatas kudrat allah yang mencipta cinta..

Die menurunkan cinta kedunia bersama adam dan hawa..

Untuk ape?

Bukan untuk kite membencinye..

Bukan juge untuk kite merase derita..

Tp untuk titipkan perasaan kasih dan syg antare manusia..

Pernah kite bayangkan bile insan sedang patah hati?

Mereka rasekan seperti hidup mereka gelap gelita..

Siang atau malam same saje..

Pelangi indah pn berwarne gelap bagi mereka.

Jiwe mereka tidak akan tenang

Air mate sentiase menjadi teman setia

Tiada yang ingin menjalani cinta yang begini

Semua orang ingin cinta yang indah

Sentiase bersama pasangannye disisi..

Kerana yang aku tahu cinta itu indah

Bagi mereka yang gagal memahami sebuah cinta,mungkin cinte itu terlalu komplek pade mereka..

Terlalu sukar untuk difahami..

Tp percayelah,dlm diri setiap manusia ade cinta..

Kerane tanpe cinta dan kasih syg,kite semua xkn lahir kedunia..

Mungkin korg xkn paham ape maksud aku..

Tp bile aku ckp “tanpe cinte dan kasih syg kite semua xkn lahir kedunia”

Korg akan paham sendirilah kepentingan cinta dan kasih syg tu..

Dan setiap manusia yang dilahirkan allah dh titipkan perasaan kasih dan sayang dlm hati mereka..

Korg akan lebih paham andai korg berfikir tentang sejarah bagaimane allah cipta hawa selepas adam..

Kerane disitulah kunci kasih syg yang ade pade hati ini..

Dan disane la asasnye cinta dan kasih sayang itu wujud

Cume kadang2 manusia yang membuta tuli dlm menilai cinta..

Manusia jg la yang mencemarkan ketulusan hati terhadap cinte..

Kerane manusia wujud didunia yang penuh noda n bukan disyurga yang suci..

p/s:

Buat inspirasi hati

Tak kusangka dirimu hadir kedalam hidupku

Menyapa aku dengan sentuhan kasihmu

Aku menyesali dengan ape yang penah terjadi

Mengapa disaat kite telah berdua

Ade pule kelukaan yang mencemar kasih kita

Maafkan andai sebelum ini aku tidak mempersembahkan cinta seutuhnye

Terhadapmu..

Maafkan aku bila kau terluka

Kerana aku jatuh diatara 2 hati..

Kisah aku ini sebagai iktibar pade semua..

Tiada cinta tanpe kelukaan..

Kerana kelukaan kadang2 mengajar kite untuk lebih menghargai ape yang kite ade..