Sunday, January 29, 2017

WARKAH UNTUK SAHABAT

wahai sahabat
disaat aku bangkit berjuang
jangan berpaling meningkah arus
ia seperti menikam tanpa memandang
menghukum tanpa menimbang
melihat aku kecundang

wahai sahabat
luka ini mungkin tidak berparut
namun kesannya tinggal persoalan
derhaka yang mengundang
atau kasih sayang datang bertandang.

wahai sahabat
mungkin aku memendam luka sendiri
disaat tidak dihargai
mungkin dunia bukan lagi tempat yang suci
mengemis kasih disini

oh sahabat
andai merasakan aku tidak taat
muhasabahlah diriku mencari berkat
kerana aku bukan seorang malaikat

sahabatku
andai aku dijemput ilahi
jangan  diratapi
kerana aku pinjaman duniawi
hanya singgah sekadar menemani
sebagai tangga untuk mu pijak mencapai bahagia.

SAYANG SI TUA

kadang perlu sembunyikan duka
sembunyikan hati yang terluka
sembunyikan perasaan kecewa
demi membina sebuah bahagia

bukan memilih untuk menjadi derhaka

bukan juga memilih untuk disanjung mulia
tapi demi mendamba sebuah rasa
demi seukir senyuman diwajah tua.

tanamkan setiap sengsara

semadikan setiap derita
kerana bukan ini masanya
disaat wajah tua dihujung usia
hanya bahagia milik mereka
hanya senyuman untuk mereka
kerana itulah kita lahir kedunia
sebagai amanah untuk menceriakan mereka
sehingga ajal datang menyapa
sama ada mereka ataupun kita.