Tuesday, August 19, 2014

PERJUANGAN DITERUSKAN


Alhamdulillah..hari ni aku tumpang gembira apabila melihat adik-adik yang aku didik masih bersemangat meneruskan perjuangan yang aku mulakan..semoga perjuangan ini xkn ade pengakhirannya. Memang aku akui jauh disudut hati aku ade perasaan bersalah kerana terpakse meninggalkan mereka. Tp inilah tuntutan hidup,dan tuntutan hidup memisahkan aku dengan perjuangan yang selama ni aku perjuangkan. 

Aku tidak menyesal membuat keputusan ini kerana aku tau semua ini telah tertulis dan aku redha dan pasrah dengan setiap keputusan yang aku buat. Cuma aku betul-betul berharap perjuangan ini diteruskan dan tidak akan berhenti separuh jalan. 

Semalam bile aku tgk gambar-gambar persembahan adik-adik aku tu hati ni jadi sayu dan rindu mahu bersama-sama mereka, menemani mereka meneruskan perjuangan ini, dan sebenarnya aku betul-betul gembira bila melihat dorang masih bersemngat walaupn tanpa aku. Mereka membuat aku berbangga dengan apa yang mereka lakukan, sekurangnya-kurangnya ilmu dan pengalaman yang aku kongsi bersama mereka tidak disia-siakan. Malah aku sentiasa berdoa agar mereka meneruskan dan memperkembangkan pengalaman ini. Kerana pengalaman ini terlalu manis untuk dikenang. Dan janji aku pada pasukan aku 11 tahun dulu masih diteruskan, Alhamdulillah.

Aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang meneruskan perjuangan ini, dan memberikan aku kesempatan untuk terus berbakti kepada agama. Lagi pn hanya ini je cara yang aku tau…kalau ia tidak diteruskan,bermakna matilah juga perjuangan aku pada agama Allah ini.

Terima Kasih ya Allah, walau aku sering melupakanMu namun Kau masih memberi aku ruang untuk mencari kebaikkan dan jalan menuju syurgaMu. Semoga Kau lindungilah mereka dan perjuangan mereka dan Kau Rahmatilah perjuangan mereka menuju syurgaMU. Ameen.
:’) :’) :’) :’)

Monday, August 11, 2014

Genap Sebulan



Tak sampai beberapa hari lagi genap sebulan aku merantau mencari rezeki disini. Alhamdulillah hari-hari menjadi lebih mudah dari hari pertama aku disini. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang aku dapat. Dan aku harap semua ini akan membantu aku untuk memajukan diri dan menimba sebanyak mana ilmu yang boleh sepanjang aku disini. Betul kate orang-orang tua,kalau nk mengenal diri sendiri pergilah mengembara hingga ke hujung dunia, melihat tempat orang dan belajarlah menghadapi setiap kepahitan dan kesusahan dengan keikhlasan dan kesungguhan tanpa kenal erti putus asa. Itulah kehidupan pejuang sebenar.

Aku mungkin agak terlewat berbanding abang-abang aku, tapi aku xpenah sedih dengan takdir allah ini, semua kehidupan yang aku lalui dulu menjadikan  aku insan seperti hari ini dan bersedia memikul segala tanggungjwb dan amanah yang allah berikan kepada aku. Dulu mmg aku harap sangat dapat merantau jauh, melihat negeri orang dan mencari pengalaman agar aku menjadi matang dan terbuka, tapi takdir allah meminta aku agar bersabar dan melupakannya demi orang tuaku. Menabur bakti dan jasa demi kebahagiaan orang tua. Namun setelah sekian lama aku menanti allah bg juga ruang itu untuk aku,walaupn bersama dengan tanggungjwb ini allah masih memberi ruang itu untuk aku, Alhamdulillah.

Cuma yang aku harapkan ibubapa aku dapan bertahan dengan setiap kesusahan dan kesempitan yang akan kami lalui disini, aku harap mak abah akan trus menjadi kuat dan bertahan member aku masa berjuang dan perbaiki keadaan.
Semoga allah permudahkan segalanya, dan allah berkati penghijrahan aku ini. Amen…

Monday, August 4, 2014

THE SHOUTUL TAQWA WAY



Alhamdulillah selepas seminggu bercuti aku kembali bekerja. Semangat kembali berkobar-kobar selepas balik dari kampung. Aku sedar dalam hidup ni kita sebagai manusia adalah pejuang. Dan kita harus terus berjuang walau apa pun halangannya. Kita yang memilih jalan hidup kita. Sama ada menjadi ‘fighter’ or ‘loser’. Walaupn tekanan kerja disini agak mencabar aku tahu semua ni adalah untuk sementara saja. Biasa la tempat baru, masih belum kenal orang sini macam mana lagi. Aku pun dah lama  tidak merantau, jadi mungkin agak kekok la sikit. Tapi in sha allah sebagai pejuang kita jangan mudah mengalah dengan keadaan, sebaliknya kita harus selesakan diri seperti berada di halaman sendiri dan semuanya akan kembali seprti biasa.

Sejujurnya aku sedikit risau pasal adik-adik shoutul Taqwa aku kerana sekarang mereka harus bergerak sendiri, dan jauh disudut hati aku, aku tidak mahu kumpulan ini berkubur macam tu saja, masih banyak impian aku untuk Shoutul Taqwa. Dulu masa mula tertubuhnya Shoutul Taqwa aku ingatkan pasukan ini akan terus berkembang walaupun tanpa aku, kerana asas yang kami terapkan adalah kerana allah, dan bukan kerana seseorang individu. Tetapi bila aku ambil keputusan untuk akur dengan pertukaran ni nampaknya banyak masalah yang timbul, kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk tertubuhnya kumpulan ini nampak seperti layang-layang putus tali dan ada yang cuba mengelak untuk memikul tangungjawab yang aku tinggalkan. Yang jadi mangsa adalah adik-adik yang penuh semangat tetapi tiada bimbingan dari abg-abg yang lebih senior.

Apa pun aku harap ada yang akan membantu adik-adik tu semua, jangan biarkan mereka patah semangat dengan keadaan ni, aku nak mereka akan terus bertahan sampai aku balik ke sana semula. Apa pun aku juga akan teruskan semangat Shoutul Taqwa tu disini, aku akan cuba tubuhkan pelapis yang akan membawa kesinambungan Shoutul Taqwa. Bukan nama tu yang aku nk bawak tapi perjuangan agama allah tu yang penting, kerana sebagai manusia yang bergelar khalifah kat muka bumi allah ni, Dakwah harus diteruskan sehingga nafas yang terakhir,  tidak kisah apa pun kaedah dakwah yang kita pilih. Yang penting dapat menghidupkan agama allah dengan seluas-luasnya. `That’s the Shoutul Taqwa way.’