Tuesday, August 19, 2014

PERJUANGAN DITERUSKAN


Alhamdulillah..hari ni aku tumpang gembira apabila melihat adik-adik yang aku didik masih bersemangat meneruskan perjuangan yang aku mulakan..semoga perjuangan ini xkn ade pengakhirannya. Memang aku akui jauh disudut hati aku ade perasaan bersalah kerana terpakse meninggalkan mereka. Tp inilah tuntutan hidup,dan tuntutan hidup memisahkan aku dengan perjuangan yang selama ni aku perjuangkan. 

Aku tidak menyesal membuat keputusan ini kerana aku tau semua ini telah tertulis dan aku redha dan pasrah dengan setiap keputusan yang aku buat. Cuma aku betul-betul berharap perjuangan ini diteruskan dan tidak akan berhenti separuh jalan. 

Semalam bile aku tgk gambar-gambar persembahan adik-adik aku tu hati ni jadi sayu dan rindu mahu bersama-sama mereka, menemani mereka meneruskan perjuangan ini, dan sebenarnya aku betul-betul gembira bila melihat dorang masih bersemngat walaupn tanpa aku. Mereka membuat aku berbangga dengan apa yang mereka lakukan, sekurangnya-kurangnya ilmu dan pengalaman yang aku kongsi bersama mereka tidak disia-siakan. Malah aku sentiasa berdoa agar mereka meneruskan dan memperkembangkan pengalaman ini. Kerana pengalaman ini terlalu manis untuk dikenang. Dan janji aku pada pasukan aku 11 tahun dulu masih diteruskan, Alhamdulillah.

Aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang meneruskan perjuangan ini, dan memberikan aku kesempatan untuk terus berbakti kepada agama. Lagi pn hanya ini je cara yang aku tau…kalau ia tidak diteruskan,bermakna matilah juga perjuangan aku pada agama Allah ini.

Terima Kasih ya Allah, walau aku sering melupakanMu namun Kau masih memberi aku ruang untuk mencari kebaikkan dan jalan menuju syurgaMu. Semoga Kau lindungilah mereka dan perjuangan mereka dan Kau Rahmatilah perjuangan mereka menuju syurgaMU. Ameen.
:’) :’) :’) :’)

No comments:

Post a Comment