Tak sampai beberapa hari lagi genap sebulan aku merantau
mencari rezeki disini. Alhamdulillah hari-hari menjadi lebih mudah dari hari
pertama aku disini. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang aku dapat. Dan aku
harap semua ini akan membantu aku untuk memajukan diri dan menimba sebanyak
mana ilmu yang boleh sepanjang aku disini. Betul kate orang-orang tua,kalau nk
mengenal diri sendiri pergilah mengembara hingga ke hujung dunia, melihat
tempat orang dan belajarlah menghadapi setiap kepahitan dan kesusahan dengan
keikhlasan dan kesungguhan tanpa kenal erti putus asa. Itulah kehidupan pejuang
sebenar.
Aku mungkin agak terlewat berbanding abang-abang aku, tapi
aku xpenah sedih dengan takdir allah ini, semua kehidupan yang aku lalui dulu
menjadikan aku insan seperti hari ini
dan bersedia memikul segala tanggungjwb dan amanah yang allah berikan kepada
aku. Dulu mmg aku harap sangat dapat merantau jauh, melihat negeri orang dan
mencari pengalaman agar aku menjadi matang dan terbuka, tapi takdir allah
meminta aku agar bersabar dan melupakannya demi orang tuaku. Menabur bakti dan
jasa demi kebahagiaan orang tua. Namun setelah sekian lama aku menanti allah bg
juga ruang itu untuk aku,walaupn bersama dengan tanggungjwb ini allah masih
memberi ruang itu untuk aku, Alhamdulillah.
Cuma yang aku harapkan ibubapa aku dapan bertahan dengan
setiap kesusahan dan kesempitan yang akan kami lalui disini, aku harap mak abah
akan trus menjadi kuat dan bertahan member aku masa berjuang dan perbaiki
keadaan.
Semoga allah permudahkan segalanya, dan allah berkati
penghijrahan aku ini. Amen…
No comments:
Post a Comment