Thursday, December 15, 2016

SUNNAH KE JANNAH

bila mimpi mengaburi realiti
terpalit sisa sesak derita
tertanya dimana bahagia
sedangkan diri hilang punca

dalam meniti usia
hati dan jiwa berperang sesama
tiada jaya tanpa usaha
hanya mimpi indah menipu mata dunia

bukan sepi bebanan hati
bukan juga resah dipikul jiwa
tetapi dihentam hati derhaka
menempah dosa menuju neraka

manusia,
menuntun jiwa ke syurga
bukan seperti mencoret warkah cinta
kata-kata indah menjadi ritma dunia
tetapi hakikat menyonsong laluan
meredah ranjau dijalan tuhan

bukan mudah memikul amanah
memikul amalan perkembang ummah
menerap sunnah hingga ke jannah.

BUKTI MANUSIA


ranjau itu kehidupan
setiap titis air bergenang dikelopak
adalah bukti sebuah ketabahan
selagi kita bergelar hamba tuhan

bukan bebanan yang kita tangiskan
bukan juga takdir yang menyesakkan
tetapi tangis kasih hamba kepada pencipta
yang meruntun belasan bahagia

siapa kita untuk mempersoalkannya?
siapa kita untuk menilai takdirnya?
siapa kita untuk mendabik dada?

hanya sejadah sebagai pendinding
hanya syahadah sebagai pembimbing
kerana mati semakin mendamping
hanya bekalan amalan sebagai tongkat
yang memimpin


bukan kerana kita buta
bukan juga kerana kita tidak bermata


WARKAH UNTUK IBU


oh ibu
disaat anak mu bangkit memperjuangkanmu
jangan kau berpaling meningkah arus
kerana kau seperti menikam tanpa memandang
menghukum tanpa menimbang
melihat anakmu kecundang

wahai ibu
luka ini mungkin tidak berparut
namun kesannya tinggal persoalan
derhaka yang mengundang
atau kasih sayang datang bertandang.

ibu
mungkin diantara anak-anakmu memendam luka sendiri
disaat pengorbananya tidak dihargai
mungkin dunia bukan lagi tempat yang suci
mengemis kasih mu disini

ibu
andai kau merasakan anakmu tidak taat
muhasabahlah dirimu mencari berkat
kerana kau bukan lahirkan seorang malaikat

sayangku ibu
andai anakmu dijemput ilahi
jangan kau ratapi
kerana anak itu pinjaman duniawi
hanya singgah sekadar menemani
sebagai tangga untuk mencapai bahagia.