Monday, June 22, 2015

Genap setahun Sebagai Perantau.

 Alhamdulillah..selawat dan salam buat Nabi Muhammad kekasih allah dan para sahabat…setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk update blog ni akhirnya hari ni punye kesempatan juga…

Syukur sekali lagi kehadrat ilahi kerana diam tak diam dh genap setahun menjadi perantau ditempat orang dalam usaha mencari pengalaman dan memperkembangkan budaya ilmu dalam diri…berbakti pada nusa dan bangsa.

Setahun ini menyaksikan pertukaran 2 tempat kerja yang menyaksikan hidup aku agak kelam kabut. Ye la,mana taknya,baru je 6 bulan berpindah dr Pahang ke kuala Selangor,aku ditukarkan sekali lagi ke shah alam. Dan pertukaran kali ini menyaksikan perubahan budaya kerja yg jauh berbeza dari sebelum ini kerana aku telah bertukar kementerian dan jabatan yg langsung tidak sama dan jauh berbeza dari tanggungjwb aku sebelum ini.

Namun setelah hamper 6 bulan di jabatan baru,aku kembali dapat stabilkan kerjaya aku walaupun persekitaran ini penuh dengan tekanan berbanding sebelum ini.

Apa-apa pun aku tetap percaya dengan perancangan allah untuk setiap hambanya…dan aku akan sentiasa berusaha memperbaiki diri, keluarga dan kerjaya kea rah yang lebih baik dan diberkati. Namun sudah mmg adat dunia,selagi kite bernafas kite tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan,aku Cuma mampu berdoa agar aku akan sentiasa tabah dan sabar untuk menjalani hidup sebagai perantau. Semoga Allah melindungi aku dan ahli keluargaku. Amen.