Alhamdulillah selepas seminggu bercuti aku kembali bekerja.
Semangat kembali berkobar-kobar selepas balik dari kampung. Aku sedar dalam
hidup ni kita sebagai manusia adalah pejuang. Dan kita harus terus berjuang
walau apa pun halangannya. Kita yang memilih jalan hidup kita. Sama ada menjadi
‘fighter’ or ‘loser’. Walaupn tekanan kerja disini agak mencabar aku tahu semua
ni adalah untuk sementara saja. Biasa la tempat baru, masih belum kenal orang
sini macam mana lagi. Aku pun dah lama
tidak merantau, jadi mungkin agak kekok la sikit. Tapi in sha allah
sebagai pejuang kita jangan mudah mengalah dengan keadaan, sebaliknya kita
harus selesakan diri seperti berada di halaman sendiri dan semuanya akan
kembali seprti biasa.
Sejujurnya aku sedikit risau pasal adik-adik shoutul Taqwa
aku kerana sekarang mereka harus bergerak sendiri, dan jauh disudut hati aku,
aku tidak mahu kumpulan ini berkubur macam tu saja, masih banyak impian aku
untuk Shoutul Taqwa. Dulu masa mula tertubuhnya Shoutul Taqwa aku ingatkan pasukan
ini akan terus berkembang walaupun tanpa aku, kerana asas yang kami terapkan
adalah kerana allah, dan bukan kerana seseorang individu. Tetapi bila aku ambil
keputusan untuk akur dengan pertukaran ni nampaknya banyak masalah yang timbul,
kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk tertubuhnya kumpulan ini nampak
seperti layang-layang putus tali dan ada yang cuba mengelak untuk memikul
tangungjawab yang aku tinggalkan. Yang jadi mangsa adalah adik-adik yang penuh
semangat tetapi tiada bimbingan dari abg-abg yang lebih senior.
Apa pun aku harap ada yang akan membantu adik-adik tu semua,
jangan biarkan mereka patah semangat dengan keadaan ni, aku nak mereka akan
terus bertahan sampai aku balik ke sana semula. Apa pun aku juga akan teruskan
semangat Shoutul Taqwa tu disini, aku akan cuba tubuhkan pelapis yang akan
membawa kesinambungan Shoutul Taqwa. Bukan nama tu yang aku nk bawak tapi
perjuangan agama allah tu yang penting, kerana sebagai manusia yang bergelar
khalifah kat muka bumi allah ni, Dakwah harus diteruskan sehingga nafas yang
terakhir, tidak kisah apa pun kaedah
dakwah yang kita pilih. Yang penting dapat menghidupkan agama allah dengan
seluas-luasnya. `That’s the Shoutul Taqwa way.’
No comments:
Post a Comment