Alhamdulillah…semakin lama aku disini makin bnyk aku blaja
mengenali hati manusia yang pelbagai. Ada yang bermulut manis , ada yang hanya
mementingkan diri sendiri, dan ada yang hanya mahu diri disanjungi dimata orang
lain demi kepentingan diri sendiri…tapi xkurang juga yang ramah mesra, ringan
dalam membantu dan mengambil berat serta ceria dengan gurau senda. Inilah
hati-hati manusia yang singgah didalam hidup aku.
Secara tak langsung aku belajar merendah diri dan cuba
selesakan diriaku dengan insan-insan ini. Aku cube memahami cara orang disini
yang latar belakangnya jauh dari tempat aku berasal. Agak kekok tp aku dh boleh
belajar dan paham secara perlahan-lahan. Caranya hanya dengan belajar hidup
bermasyarakat,barulah kita boleh mengenali budaya dan cara hidup mereka disini.
Aku akui aku hanya sorang budak kampung yang tercampak jauh
dari kepompong aku, dan kerana itu aku belajar untuk menjadikan tempat ini
seperti kampung halaman. Belajar untuk gembira dan ceria seperti dikampung,
belaja memahami keegoan orang Bandar dan bersabar dengan kerenah mereka yang
hanya mementingkan diri sendiri. Disini aku dapat rasakan tahap kesebaran aku
meningkat ke aras yang lebih tinggi dari sebelum ni. Tak perlu melayan hati
yang marah tapi cukup dengan belajar memahami situasi dan keadaan mereka
disini, semunya penuh dengan tekanan dan kesabaran itu sangat-sangat diperlukan
untuk terus melangkah jauh.
No comments:
Post a Comment