KKWS
SHOUTUL TAQWA
Diam tak diam dah hampir 3 bulan aku berhijrah kesini. Aku
juga dah sebulan menjadi Ahli Kelab Kebudayaan Warisan Saujana setelah dipelawa
oleh Setiausahanya sendiri. Walaupn pada mulanya agak kekok sebab masih belum
kenal sesiapa dan masih baru disini aku memberanikan diri untuk mempelajari
benda baru.
Alhamdulillah…Kelab Kebudayaan Warisan Saujana ( KKWS) baru
saja ditubuhkan namun sambutannya agak menggalakkan dari masyarakat setempat
sehingga aku yang agak jauh ni pn berjangkit sama. Aktiviti pertama kelab ini
adalah Aktiviti Kompnag dalam usaha memperkenalkan dan memartabatkan budaya
kompang ini pada generasi-generasi baru. Didalam KKWS aku belaja mengenali
insan-insan yang berjuang untuk terus memartabatkan budaya bangsa, secara tidak
langsung ia selari dengan apa yang aku usahakan sebelum ni. Aku berterima kasih
kepada mereka kerana memberikan aku ruang untuk menumpang didalam kelab ini dan
menjadi sebahagian ahli kluarga KKWS. Secara tak langsung aku juga banyak
belajar bende-bende baru terutama berkaitan dengan kompang.
KKWS banyak membantu aku keluar dari kesunyian selepas
berhijrah kesini dan membantu aku melepas rindu pada aktiviti serupa ini
bersama Shoutul Taqwa. Namun begitu, walaupan aku dh jd sebahagian KKWS, aku
masih memberi sepenuh perhatian dan komitmen aku untuk Shoutul Taqwa walaupn
hanya dari jauh. Tidak mungkin aku akan lupekan tanggungjwb yang telah aku
pikul selama ini. Usaha dan pengalaman aku selama berbelas tahun dalam
memartabatkan budaya bernasyid dan berqasidah insya allah xkn aku sia-siakan. Ini
saja jalan dakwah aku, jalan jihad aku.
Aku
mungkin hanya manusia kerdil yang mencari jalan jihad aku, tapi aku harap
perjuangan aku dalam memartabat agama dan bangsa sentiasa diberkati. Aku juga
akan cube membantu Shoutul Taqwa dan KKWS dalam mencapai VISI dan MISI mereka. KKWS
tempat menumpang dan mencari pengalaman dan Shoutul Taqwa pembuka jalan ke arah
kemuliaan perjuangan ini…INSYA ALLAH.Semoga Shoutul Taqwa dan KKWS akan sentiasa bergerak seiring dalam memartabatkan budaya, agama dan bangsa.
No comments:
Post a Comment