Thursday, October 15, 2009

KEWUJUDAN JIN

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dangelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin TidakIslam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebaborang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (sptKLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman,Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpanglalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.

No comments:

Post a Comment