Monday, October 26, 2009

PERMATA INDAH ANUGERAH ALLAH

Salam.
Dah lame aku tak jenguk kat blog aku ni....
Hari ini aku bersyukur sangat.
Sampai menitis air mata aku.
Aku dapat melihat keagungan sebuah cinta.
Alhamdulillah,cos masih wujud lagi cinta sejati didalam dunia sekarang ni.


Aku ada kenal sorang kawan.
Sorang perempuan yang baru berumur 21 tahun.
Dia menceritakan pengalaman dia tentang perkahwinan kepada aku.

Pada awalnya aku beranggapan dia terlalu muda untuk memahami sebuah perkahwinan.
Tapi inilah kebesaran Allah, 5tahun mereka bercinta sebelum berkahwin.
Sejak dari sekolah lagi.

Siapa kata yang cinta zaman sekolah just cinta monyet?
Ni la yang aku gagal wat orang sekeliling aku paham selama ini.
Tiada istilah cinta monyet dalam dunia ni.
Hanya manusia yang berperangai mcm monyet.
Hanya tahu mempermainkan cinta dan merosakkan kesucian cinta itu sendiri.

Kagum aku dengan cinta dorg.
Ye la,seawal umur 21 dorg dah memahami erti tanggungjawab.
Dorg melayari sebuah perkahwinan disaat orang2 sebaya mereka masih terkapai-kapai untuk memahami erti sebuah percintaan.
Kalau makna cinta pn gagal untuk difahami dan selami,apa lagi erti sebuah perkahwinan kan?


Perkahwinan ibarat berlayar menyeberangi 7 lautan, macam2 gelora yang kita akan terpaksa harungi dan tak semua berjaya menyeberanginya.
Aku berharap cinta mereka terus mekar dan utuh untuk menghadapi gelora itu.
Doa aku akan sentiasa mengiringi bahtera mereka,Insyaallah..........
Jauh dilubuk hati aku,aku menghormati dia dan suaminya juga cinta mereka.
secara tak langsung,dorg meyakinkan aku bahawa kepercayaan aku terhadap cinta selama ini tidak pernah silap.

Cinta sejati itu sentiasa wujud.
Semua bergantung pada keyakinan kita,pada apa yang kita perjuangkan.
Air mata aku menitis disaat mendengar dan melihat kebenaran ini.
Masih ada cinta anak muda yang boleh menjadi contoh pada rakan sebaya mereka.
Inilah keagunguan sebuag cinta yang Allah ciptakan.
Betapa besarnya rahmat Allah itu,sehingga melimpah ruah.

Orang selalu mengaguni cinta Romeo dan Juliet la.....Laila dan Majnun la...
Terus diagung-agungkan walaupun cinta mereka tak kesampaian.
Tapi perasan tak korg,cinta dorg ni jg boleh diangkat sehebat cinta classic dulu2 tu,malah lebih dari itu.
Sekurang-kurangnya cinta mereka menyatukan hati mereka. Menyatukan mereka untuk hidop bersama atas dasar cinta mereka...
Betol x?
Boleh tak korang bayangkan,betapa beratnya dugaan yang mereka hadapi selama 5 tahun mereka bercinta tu?
5 tahun tu bukan jangka masa yang pendek.
Banyak suka duka yang dorg kena hadapi.
Dan 5 tahun tu dah cukup untuk membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka antara satu sama lain.
Ni la kebenaran cinta yang payah untuk kita temui zaman sekarang ini.
Dan Allah bagi aku kesempatan untuk melihat keagungan dan kebesaran rahmatnya.
Alhamdulillah!!!!!!!!!!

p/s:- Buat Siti Fazilah & suami........
- Jadilah suami isteri yang bertolak ansur dan saling memahami serta menghormati.
Sentiasa rasional dan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan Allah.
- Ingat,langit tidaklah selalu cerah tapi keindahan pelangi yang terbit selepas hujan itu yang
selalu dinantikan.
-Hidup ini adalah seperti pentas wayang tapi perkahwinan adalah 1 hakikat yang tidak
boleh dipersendakan.
-Matanglah dalam setiap keputusan yang korang buat dan janganlah saling mementingkan
diri sendiri.
-Ingatlah, korang dah memiliki permata indah anugerah Allah.

No comments:

Post a Comment