Alhamdulillah genap 29 tahun aku bernafas
dimuka bumi Allah ini. Alhamdulillah diatas kesabaran yang allah pinjamkn dalam
setiap kemarahan dan tomahan. Alhamdulillah diatas kematangan yg allah titipkn
dlm setiap permasalahan dan ujian.
Ari ni genap umurku 29 tahun,aku sedar aku
masih tidak punya apa-apa. Tidak punya
cahaya mata. Tidak punya pangkat ternama, namun aku tetap bersyukur atas segala
pinjaman yang allah kurniakan. Allah memberikan aku kesempatan menjadi sesuatu
dibumi ciptaannya. Disini aku masih menjadi suami pada insan yang paling
menghargai diri ini. Disini juga aku belaja memikul segala amanah dan tanggungjawab
yang telah allah takdirkan. Sentiasa mencuba untuk menjadi anak dan menantu yang
terbaik kepada ibubapa dan kedua mertua.
Biar aku
tak punya apa-apa,sekurang-kurangnya aku masih punya teman hidup yang
sentiasa membantu aku memikul stiap tanggungjawab. Menunaikan kewajipan sebagai
anak dan juga menantu. Membahagiakan keluarga seadanya. 29 tahun yang terlalu
bermakna dalam menyusuri jalan-jalan berliku dan indah silih berganti. 29 tahun
yang penuh rebah dah bangkit untuk terus melangkah. 29 tahun yang penuh dengan
tawa dan air mata.
Allahu Rabbi...terkenang saat indah menjadi
budak sekolah, ramai kawan-kawan dan kenalan. Menjadi remaja mengenal cinta dan
persahabatan. kemudian mengorak langkah mengenal dunia,terkadang amarah menjadi
budaya hidup seorang pemuda. Belajar membina keyakinan diri, belajar tentang
kejujuran dan kesetian, belaja tentang perih getir menjadi seorang insan...semua
itu warna warna perjalanan hidup ku selama 29 tahun.
Alhamdulillah,kini kehidupan lebih tenang dan
lebih matang dlm melalui setiap situasi, lebih teliti dalam membuat keputusan dan
lebih lantang memberi pandangan dan pendapat. Hari ini aku menjadi insan yang
jauh berbeza dari sebelumnya. Mungkin dulu ada yang memandang aku anak manja
kerana aku anak bongsu,tetapi hari ini aku memikul tanggungjawab yang sama
seperti anak sulong. Mungkin dulu aku hanya budak pemalu yang suka menyendiri,tetapi
kini aku insan yang lebih terbuka dan berdikari, lebih menghargai setiap teman
dan sahabat yang pernah hadir dalam hidup ku.
Dengan penambahan umurku ini,aku hanya
mampu berserah kepada allah untuk memudahkan perjalanan hidupku sebagai
suami,sebagai anak dan menantu. Semoga allah akan terus kuatkan dan tabahkan
hati aku dan isteri dalam melayari alam rumahtangga dan mengurniakan rezeki
yang melimpah ruah, Memberi kesempatan kepada kami menjadi ibu dan ayah,
membuka jalan yang terbaik untuk kami dalam mencari jalan syurgaNya.
Sesungguhnya tiada kata lagi yang dapat aku ungkapkan selain syukur kerana
Allah masih memberi aku ruang dan peluang untuk terus berbakti kepada kedua org
tua ku sebelum mereka menutup mata, tak lupe juga anugerah terindah yang allah
kurniakan iaitu seorang isteri yang sentiasa melengkapi setiap kekurangan diri
ini.
Terima kasih Ya Allah..disepanjang 29 tahun
ini aku bertemu dengan ramai insan-insan yang penuh dengan warna-warni dan
mengajar dan menjadikan aku lebih baik. Terima Kasih kerana temukan aku dengan
guru-guru yang sabar mendidik insan nakal ini,terima kasih diatas tengkingan
dan teguran mereka kerana menjadikan aku lebih baik. Terima kasih juga buat
teman yang banyak berkongsi pandangan,nasihat dan teguran sepanjang mengenali
diri aku, yang banyak berkongsi suka dan duka sepanjang 29 tahun ini. Tak lupa
juga pada kenalan yang pernah melihat sudut negatif dalam diri aku,aku mohon
maaf segala salah dan silap…namun semua itulah yang mematangkan aku dan
menjadikan aku seperti hari ini.
Ameen.
No comments:
Post a Comment