Dalam Diri Ini,
Terasa Amat Kerdil Disisimu,
Siapakah Aku Dihadapanmu,
Kerana Kau Penciptaku.
Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya rahim,
Maha Pengasih,
Maha Penyayang,
Hanya Kau Pengurnia Kasih Sayang,
Yang Membina Dunia Fantasi,
Namun Menghadirkan Realiti,
Didalam Alam Ciptaanmu Sendiri.
Namun Begitu,
Hambamu Sering Melupakanmu,
Disaat Keriangan Menemani diri,
Kegembiraan Bertamu Dihati,
Bila Dihimpit Dan Tersepit,
Dia Rasa Hampir,
Namun Jauh Dipadang Pasir,
Yang Tandus Kekeringan,
Tanpa Ada Seteguk Keredhaan,
Untuk Menyeri Taman Hati,
Untuk Mengubah Sesuatu Yang Tak Pasti.
Ya Allah,
Ku tidak Layak Ke Syurgamu,
Namun,
Tidak Pula Aku Sanggup Ke Nerakamu,
Sesungguhnye Kau Yang Maha Pemurah,
Maha Pelindung,
Dari Aku Terus Sesat,
Dalam Hutan Metropolitan ini,
Dan Ingin Aku,
Menjadi Hamba Yang Suci,
Didalam Keredhaanmu.
No comments:
Post a Comment