Wednesday, December 30, 2009

9 SIFAT ISTERI SOLEHAH

KEIBUAN

Kebanyakan lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih syg.
Wajah Keibuan yang mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

KEANAK-ANAKKAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan dimata lelaki.
Mereka rase terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakkan yang menyenangkan.
Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan ,wanita yang berpengertian tidak akan terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cube mengerti duduk persoalannya.

MENGHARGAI

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

MENJAGA PENAMPILAN

lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiase kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan dia tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila berumahtangga , wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walaupun dah punye 3 orang anak?

PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginye.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.
wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok sama ada dibandar atau di kampung.

MENGHORMAI DIRI SENDIRI

Lelaki suka dengan wnaita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.
Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh lelaki terhadap dirinya.
Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.
Dia tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

SIMPATI DAN PRIHATIN

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempersona.

p/s: Kepada semua wanita,contohilah isteri rasulullah dalam membentuk jatidiri.
menjadi teman dan sahabat kepada rasulullah,menemani rasulullah dalam setiap saat kepayahan baginda. Menghargai baginda dan menerima baginda seadanya.
sentiase menjadi pendengar yang setia serta penenang hati suaminye dikala gundah.
tiade wanita semulia khadijah.
melakar sejarah,membuktikan tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegar dunia.
sehingga pemergiannya ditangisi nabi.
dia ibarat mentari yang memancar dikala rasulullah mencari sebuah ketenangan.
die la penawar hati rasulullah ketika suram.
Al-fatihah....




No comments:

Post a Comment