Thursday, August 5, 2010

DERITA ITU BAHAGIA

Saat matahari terbenam, sekujur tubuh setia pada saat nya. Ombak yang memecah pantai menjadi lagu hatinya yang sering murung. Para nelayan dan peraih malah pengunjung sudah lali dengan keadaan wanita yang saban pagi dan petang setia menanti saat matahari terbit dan terbenam. Satu persoalan yang pasti ada pada hati mereka, siapakah wanita itu, dia membawa hati lukanya kah, mahu dilontar ke laut yang bergelora.

....................

" liya dah makan nak?" soal opah sambil mata tuanya masih setia dengan anyaman tikarnya. "sudah opah, liya naik mandi dulu ye" mengapa kau membiarkan aku sendiri tika ini, tahukah kau betapa hati ku sakit merinduimu. Berita yang di terima sebulan yang lalu begitu menghiris jiwanya, tak cukup setia agaknya diri ini.

" bonda tak peduli, kamu suka atau tak kamu mesti menikahi Rania, hanya dia yang layak untuk kamu!".

" bonda, tolong lah, mana Ayie nak letak hati liya, kalau bonda mahukan cucu kami sedang mencuba, bonda bersabarlah"

"kalau kamu tak sanggup cakap dengan betina tu, biar bonda yang sedarkan diri dia"

Saat kata - kata itu terlafaz, aku sudah menduganya, pahitnya rasa yang perlu aku telan. Ya tuhan, tabahkan hatiku..

Ayie sayang,

Saat awk membaca warkah ini, harapnye ade keizinan di hati awk, saya telah mendengar semuanya dari bonda, saya telah sedar kini, walau betapa saya mencintai awk, saya tak sanggup kasih bonda pada awk berkurangan. Mungkin sampai sini sahaja jodoh kita. Awk uruskanlah prosedur perceraian kita, serahkan pada peguam saya.

Ayie,

Izinkan saya menjaga bukti cinta ini untuk selamanya, walau saya tau dia takkan sempurna tanpa kasih dan belaian seorang papa, biarlah dia tak merasa di sisih kelak jika dia terus berada dalam keluarga awk.

Jagalah diri awk, maafkan saya kerana saya tak sempat selesaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.

Jgn dicari di manaku pergi, hanya sentiasa rasai kenangan yang ku tinggal...

Salam sayang,

Liya.

..............................

" opah, boleh masakkan bubur udang untuk liya tak? Teringin sangat nak makan, nanti liya tolong" entah kenapa tekakku mengidam makan bubur kegemaran ayie.ahh.. Rindunya.

" kan semalam kamu dah suarakan, opah dah sediakan atas meja dapur, kalau dah rindu kat makanan nya, rindu kat tuannya entah macam mane hebatnya kan liya.."

"biarlah opah, mesti mereka satu keluarga dah bahagia, kalau opah dah rasa keberatan tanggung liya, jaga liya, esok liya balik k.l ok"

"kamu ni, ke situ pulak, walau opah ni tak ada pertalian darah dengan kamu, opah dah anggap kamu macam cucu opah sendiri, sama macam abang adi kamu"

"terima kasih opah, hanya pada opah liya sandarkan kasih sayang ini"

..............................

Lama aku tak aktifkan henset ni. Butang merah ku tekan lama, bertubi mesej - mesej masuk dan telefon ku berdering dan tertera 'private call'. Siapakah gerangan pemanggilnya? Hatiku tertanya-tanya,. Segera butang hijau ku tekan.

" hello"

"sayang, ayie ni.. Liya sihat?"

Berguguran air mata ini mendengar suara orang yang aku rindu.

"sihat, ayie?"

"ayie kat hospital, tapi liya tak yah la risau, liya jaga kesihatan liya dan baby kita baik-baik ok, tiap saat doa dari ayie tak pernah putus"

"ayie sakit ke?, nape masuk hospital? Liya datang melawat ayie boleh?"

"liya jauh kan sayang, ayie tau liya kat mana, ayie tau liya selamat, maafkan ayie sebab tak mampu bahagiakan liya,kalau liya lebih bahagia kat sana, ayie rasa lebih baik liya di sana sahaja"

"kenapa ayie cakap macam tu? Ayie memang dah tak sayang liya ke?"

"sayang, sesaat pun ayie tak pernah lupa liya, apatah lagi kasih sayang dan cinta pada liya"

" ayie, kalau liya tak panjang umur masa bertarung melahirkan nanti, maafkan liya ye, halalkan makan minum liya, kasih sayang ayie, izinkan liya untuk terus mencintai ayie, walau liya tahu mustahil kita akan berjumpa lagi"

"liya akan selamat, liya kan kuat"

"satu je permintaan liya, azankan anak kita nanti boleh?"

"liya tahu bonda mesti tak suke, tapi tu permintaan terakhir dari liya, liya janji tak kan ganggu lagi family bonda"

"ayie... Liya doakan ayie bahagia dengan rania, dan yang paling liya harap, tiada lagi sedih dalam hati bonda"

"liya... Ayie tak jadi..."

Panggilan terputus...

.....................................

Sedang liya yang berada di utara menangis tersedu - sedu, keadaan di dalam wad kecemasan Hospital Pusrawi juga dalam kesedihan, bonda azmah tersandar di kerusi menunggu berhadapan dengan pintu bilik pembedahan.

.....................................

Muhamad saufy hailmi nyenyak dalam pelukan mama nya, satu lagi umat islam lahir ke dunia. Alhamdulilah segala kesyukuran di panjatkan. Opah orang yang paling sibuk di rumah itu, suaranya sahaja kedengaran untuk kenduri malam nanti. Kalaulah ayie bersama kami, maafkan mama sayang, papa jauh dari kita dan maafkan mama kerana lahirmu dengan persekitaran yang tidak sempurna, tanpa kasih seorang papa. Majlis kesyukuran berjalan dengan meriah, abang adi orang yang paling sibuk di khemah masak. Ya tuhan, walaupun mereka tiada pertalian darah dengan ku, sedikit pun aku tidak pernah rasa tersisih. Terima kasih atas kurniaan Mu. Ayie.. Saufy persis awak, mewarisi lesung pipit awak.

" liya tak nak jumpa bonda, opah. Tolong lah jangan paksa liya, biarlah dia tak tahu kewujudan saufy. Dia tak kan anggap saufy cucu nya. Liya tak nak saufy tahu diri nya di benci. Cukup lah liya yang merasa pahitnya di benci keluarga yang liya harap mampu memberi liya kasih sayang yang liya tak pernah rasa"

"liya, percayalah, mereka pasti menerima liya dan saufy"

"liya tak sanggup tengok ayie dengan rania, biarlah liya tak nampak. Biar lah liya jauh, asal hati liya tak pedih melihat wanita lain di sisi suami liya"

"kasihan kan saufy liya, biar lah walau sekali cuma, jenguklah mereka, tunjukkan saufy"

"biarlah liya fikirkan dulu"

....................................

"hei perempuan, kau ingat anak aku pilih kau, aku terima kau sebagai menantu dalam keluarga aku? Tidak sekali - kali aku nak cemarkan nama baik keluarga aku, jangan ingat kau akan selamat. Selagi aku hidup aku pastikan kau tak kan bahagia!sekali kau mengadu dengan ayie, kau tahu lah nasib kau! Faham!"

Sedari mula itu, hidup aku tak pernah lekang dari air mata,akan aku habiskan sisa air mata aku sebelum ayie balik dari pejabat. Sebolehnya aku akan sembunyikan kesakitan yang bonda lakukan pada aku setiap hari. Jika ayie out-station, itulah hari - hari malang bagi aku, bukan sebagai orang gaji aku di per lakukan, tapi tak kurang seperti hamba tebusan, sememangnya aku bisa melakukan kerja-kerja susah dan berat, tapi jiwa aku juga turut di seksa. Balasan pada aku kah kerana telah mengotori susur galur keluarga bonda azmah?. Aku sangka aku akan bertahan, tapi saat ayie menitiskan air mata ketika bertekak dengan bonda kerana mempertahankan aku,aku tak bisa lihat kesedihan ayie, sungguh aku lemah. Aku tahu betapa sucinya cinta hati ayie, tapi, mesti hatinya berbelah antara keluarga dan isteri. Dan ketika itulah aku mengambil keputusan untuk mengundur diri dari keluarga bonda azmah. Biarlah mereka bahagia kembali seperti sebelum kehadiran ku.

......................................

Bonda Azmah termenung duduk di birai katil Ayie. Melihat gambar – gambar yang tergantung di bilik tersebut. Maafkan bonda Ayie, bonda bersalah pada ayie. Di manakah liya? Betulkah aku dah punya cucu? Lelaki atau perempuan? Wajarkah aku mencari nya? Sejak kehilangan ayie yang abadi, bonda azmah telah sedar akan kesalahannya, tapi semua itu sudah terlambat. Rania lah yang telah membuka matanya, dia hanya melihat harta bonda azmah bukan ikhlas menyintai ayie. Semua itu sudah terlambat, ayie tinggal kenangan, dia betul – betul rasa berdosa kerana telah membunuh anak kesayangan secara perlahan – lahan. Dia terbaring lesu sambil memeluk potret ayie bersama liya.

....................................

saufy demam, panik aku. Mujur lah abang adi masih di kampung, kak linda pun banyak membantu memberi tunjuk ajar menjaga anak kecil. Sara dan Aiman pun tak berenggang langsung dengan saufy. Malam ini kedinginan terasa hingga ke hati ini. Apa kah khabar ayie? Sihat kah dia?

“ liya belum tidur?” soal abang adi bila dia melihat aku masih di jendela menghadap laut.

“ belum, saja bawa Saufi tengok keindahan malam”

“abang nak cakap sikit, mari kita ke depan”

semua ralit melihat drama di televisyen, aku mengambil tempat di sebelah opah, pipi saufy di elus lembut.

“kami minta maaf sebab merahsiakan perkara ini, tapi masa itu keadaan kesihatan liya tak mengizinkan kami untuk berterus terang”

berdebar hatiku, apakah yang mereka rahsiakan?

“ni surat dari ayie, liya baca lah,biar opah riba saufy”

Liya sayang,

Saat ini ayie telah jauh pergi dari dunia ini, tp, hanya jasad ayie yang pergi, hati ayie tetap ada dalam diri liya kan.. terima kasih liya kerana melahirkan zuriat ayie, Muhamad saufy hailmi. Bagus liya pilih putera kita. Maafkan ayie kerana tiada di samping liya ketika liya memerlukan kekuatan. Tapi ayie tak de kudrat ketika itu. Maafkan ayie kerana merahsiakan ini dari liya. Ayie tak nak liya susah hati dan pulang untuk disakiti oleh bonda. Tapi maafkan lah bonda kerana dia telah pun insaf.

Liya...

Sebenarnya sengaja ayie membiarkan liya sendiri untuk membiasakan liya berdikari tanpa ayie di sisi kelak. Ayie betul – betul mintak maaf atas segala yang berlaku. Ape pun penyakit ayie, biarlah ia menjadi rahsia. Jika liya punya masa, di dalam email liya, ayie telah sediakan warkah untuk anak kita di setiap hari ulang tahun kelahirannya, liya cetak dan simpan, serahkan amanat ayie padanya sehingga dia dewasa. Sesungguhnya ayie tidak mengjangkakan semua ini akan berlaku. Ayie tahu ini semua pasti menyakitkan liya, tapi ini kehendak Nya sayang. Kalau ayie tahu semua ini bakal terjadi, ayie takkan biar liya merasa derita dan sakit hidup bersama ayie. Maafkan ayie sebab tak dapat membahagiakan liya seperti yang ayie janji.

Liya sayang,

Ayie dah kehabisan tenaga untuk menulis lagi, selebihnya tercatat di diary ayie dan email liya, semua persoalan liya pasti terjawab kecuali penyakit ayie.

Jaga diri liya dan saufy,

Jika jasad ku telah pergi, pasti hatiku akan ku tinggal untuk kau pelihara.

Salam rindu,

Ayie.

“tidak! Mane ayie! Abang bohong kan? Beritahu liya mane ayie?”

“liya sabar nak, bawa mengucap, liya kan kuat”

Ya Tuhan, bersalahnya aku, maafkan liya, ayie!! Ku rangkul saufy, ku peluk erat, papa dah tinggalkan kita sayang. Air mata ku terus berlinangan.

...........................................................

“assalamualaikum”

“waalaikumussalam, Liya!”

“bonda, maafkan liya”

mereka berpelukan, sama-sama merasa kehilangan insan tersayang.

“cucu bonda?”

“ iye bonda, muhamad saufy hailmi”

bahagianya aku melihat saufy dalam dakapan kasih seorang nenda, terasa seperti ayie ada di sisi memelukku mesra melihat sama kebahagian yang kami nantikan. Ayie, rindu nya hati ini. ........................................................

pusara ayie aku kunjungi lagi, kali ini bersama saufy. Di rumah keadaan sudah riuh dengan kehadiran sanak saudara untuk majlis potong jambul dan akikah untuk saufy. Ayie, sungguh pun kita merasa derita sebelum ini, tapi sebenarnya ia menuju bahagia.. terima kasih atas segala-galanya.

“liya, mari turun”

“kenapa bonda?”

“kita nak rakam kenangan, sebelum semua dah comot buat kerja, cepat bawa saufy tu”

Ya Tuhan, indahnya derita itu....... kerana aku merasai bahagia ini sekarang. Hubungan bonda azmah dan keluarga opah semakin akrab nampaknya. Aku teramat bersyukur.

........................................................

tamat

No comments:

Post a Comment