Jangan Bermain Api
Nanti Kau Terbakar Diri,
Jangan Suka Mencaci
Nanti Kau Akan Dibenci
Jangan Suka Berbangga Diri
Nanti Kau Termakan Diri Sendiri,
Jangan Berlidah Lantang
Nanti Kau Akan Ditentang,
Jangan Hanya Pandai Buat Bising
Nanti Kau Akan Di Asing
Jangan Hanya Tau Nak Memberontak
Kalau cara Kau Tak Menggunakan Otak,
Jangan Kepala Bertutupkan Songkok
Kalau Tiang kau Bengkang bengkok,
Jangan Bangga Berselitkan Keris
Kalau Semangat Asal Usul kau Habis Terhakis,
Jangan Suka Terjerit Jerit
Kalau Tak Mahu Tekak kau Perit,
Jangan Mimpikan Kedudukan Yang Tinggi,
kalau tak Mampu Membela Nasib Bangsa Sendiri
Jangan Merungut Rezeki Kau Sempit
Kalau kau Sendiri Asyik Berdisko, Berpelesit,
Jangan Salah kan Permimpin Dahulu
Kalau Sekarang Kau Sendiri Tak Ada Hala Tuju
Jangan Salah kan Pemimpin Sekarang
Kalau Nanti Melayu Terpaksa Jadi Pelarian Di Negara Seberang
Jangan Berbangga Dengan Kejayaan Yang Di Nikmati
Kalau Suatu Hari Nanti Melayu Kan Mati
Jangan Kau Impikan Kejayaan
Kalau Melayu masih Ketinggalan
Jangan Mimpikan Kedudukan Yang Tinggi,
kalau Tak Mampu Membela Nasib Bangsa Sendiri
KALAU KAU ( MELAYU ) MASIH LAGI BEGINI.....
No comments:
Post a Comment