Sunday, February 20, 2011

LAMARAN CINTA

Nukilan hati laxmana Buat tatapan inspirasi hati abang...

Terlebih dahulu abang memohon seribu keampunan diatas semua kesilapan yang penah abang lakukan dalam hubungan kita. 5 tahun abang belajar menyelami dan memahami sekeping hati seorang gadis polos dan manja yang mewarnai hati abang selama ni..terima kasih sayang,kerana menzahirkan setiap keindahan yang tidak pernah abang bayangkan selama ini.

Cinta tidak pernah meminta. Ia sentiasa memberi.
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,
tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih-sayang ialah jangan
menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Cinta tidak memberi apa-apa melainkan dirinya dan tidak mengambil
apa-apa melainkan daripada dirinya. Cinta tidak mengawal sesiapa
dan tidak boleh dikawal sesiapa kerana cinta lengkap dengan sendirinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala
di mana-mana jua pun yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang
jauh seperti menerangai tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih
sayang pada segala yang bernyawa.

Jangan menerima cinta seseorang kerana kepentingan diri atau terpaksa.
Terima dengan ikhlas sepertimana sidia menyintaimu. Manakala mencintai
juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri.
Apa sahaja yang dilakukan dalam hidup perlu seimbang termasuk bercinta.

Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata
ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,bukan suatu hasil usaha.

Cinta mengajar kita tentang segalanya,dimana langit dan bumi bagai bercantum sama.
Cinta mengajar kita tentang sakit dan peritnya,dimana tiada penawar yang boleh merawat bisanya.
Namun cinta itu indah,itu yang kita tahu saat hadirnya cinta itu menyapa hati dan sanubari kita..
Dimana,bagai kembangnya sekuntum teratai ditengah tasik dimusim kemarau.
Tiada kata yang dapat abang tuturkan untuk mengambarkan cinta dan indahnya taman hati abang saat ini,dimana lahirnya cinta kita,berputik dan mekar mengharumkan taman impian yang kita bina bersama..

Sayangku,
Sesungguhnya abang masih menyesali apa yang telah terjadi didalam hubungan kita sebelum ini.
Abang mengaku salah abang,abang yang menjadi duri yang mencalari keindahan cinta kita sebelum ini.
Abang juga yang meracuni keindahan taman hati yang kita bina bersama sebelum ini..
Maafkan abang sayang...andai abang dapat putarkan semula masa,ingin sekali abang padamkan setiap calar yang menguris kenangan cinta kita ini..agar hanya tinggal keindahan untuk kita kenang dan berkongsi dengan anak cucu kita dimasa akan datang..namun semua itu,bukan daya kita..kita hanya mampu belajar dan memperbaikinya semula agar menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Sayang,
Terima kasih kerana menerima abang kembali...
Terima kasih juga kerana hadir dalam setiap hembusan nafas abang.
Abang bersyukur kerana allah masih memberi kesempatan untuk abang belajar menghargai ayang dan memiliki ayang dalam hidup abang.
Abang mungkin bukan lelaki yang sempurna dan sering gagal dalam mencari apa yang abang mahukan,namun dengan memiliki cinta ayang menjadikan abang seperti lelaki yang menang dalam ratusan peperangan.
Abang berbangga kerana memiliki cinta ayang,ayang terlalu sempurna dimata abang.
Sukar untuk mencari perempuan yang memahami dan tahu apa yang mereka mahukan.
Terutama dalam soal cinta,tapi inilah bezanya ayang dengan orang lain,ayang tahu apa yang ayang mahukan,dan yang penting ayang mempercayainya.

Duhai Inspirasi Hati,
Abang ingin menyintaimu dengan sederhana.
Dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.
Abang ingin menyintaimu dengan sederhana.
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

Duhai belahan jiwaku,
ayang mentari abang,Pelita hati ini.
Tersenyumlah,Bahagiakan abang dengan jernihnya cintamu.
Bahagiakan abang dengan bening dan kasihmu.
Ingatkanlah abang,Bila abang terlupa untuk menggapai redhaNYA
Tersenyumlah..Bahagiakan abang dengan cinta dan kasihmu..
ayang yang abang rindu setiap waktu
Teguhlah selalu memandu abang.

Belahan jiwaku
abang doakan ayang selalu dikala malam tengah menjelang
Jadilah setegar karang, Sesejuk pagi, Seindah rembulan, Sejernih hati, Sebening embun, Sepeka nurani Dan seperkasa mentari pagi

Sayang,
Akan kita bina mahligai indah untuk cinta kita..
Yang akan dipagari dengan keikhlasan dan kejujuran yang selama ini kita pertahankan..
Akan kita hiasinya dengan kemesraan dan kasih sayang,agar tiada lagi air mata yang mengwarnai hari-hari kita selepas ini..
Cinta kita akan tetap utuh walau tsunami sekali pun..

Sayang,
ingin sekali abang melakar nama mu didada langit,agar seluruh alam menyaksikan saktinya namamu dihati abang..
ingin sekali abang menarah gunung mengukir namamu,agar seluruh dunia tahu namamu yang teratas..
ingin juga abang menyelami hatimu sedalam mungkin,agar mereka tahu berharganya cinta mu melebihi permata ditengah lautan..
tiada kata dapat abang ucap,kerana keindahan mu tiada mata dapat melihat,tapi mereka hanya boleh merasainya dengan hati yang penuh dengan keindahan..
mungkin cinta kita tidak seindah cinta klasik terdahulu,namun keindahn cinta ini adalah jalan yang kita lalui bersama..
karangan cinta yang kita tuliskan bersama didunia yang sering kita impikan.
Mungkin yang lain tidak memahami,tapi cinta kita adalah identiti yang kita perjuangkan selama ini..
Dan bagi mereka yang memahami cinta,mereka pasti akan mengakui yang cinta ini lebih hebat dari cinta insan-insan yang terdahulu..
Kerana kita mencipta cinta kita ini dengan cara kita sendiri..

Sayang,
Abang telah pun mendapat balasan dari kesilapan abang yang lalu..
Kita juga telah rasa deritanya sebuah perpisahan..
Kini abang ingin sekali menebus semua kesilapan abang yang lalu.
Abang ingin ayang menjadi yang halal bagi abang.

Dalam keheningan malam
Diteman angin malam yang menusuk ulu hati
abang sedari betapa berertinya ayang pada abang

sayang,
Ayang selalu ada dalam canda, tawa dan air mata.
Selalu hadir dalam setiap nafas abang.
ayang telah membuat abang terbuai mesra
Dalam indahnya kemilau untaian kata cinta
ayang seperti lilin kecil,
Penenang dalam pekatnya malam gelita
ayang seperti bintang timur
Pemandu bagi pelaut yang kehilangan arah
ayanglah insan penawar rindu abang.

Kasih,
abang ingin ayang disini bersama abang
Menjemput mahligai cinta kita berdua
Mengharungi bahtera hidup ini
Dalam satu cinta
Dari dua insan yang berbeda

Akhir kata,terima kasih kerana ayang menjadi pelengkap bagi setiap kekurangan abang..
Ingin sekali abang membahagiakan ayang dan menjadikan impian kita selama ini sebangai kenyataan.
Dengan ini abang ingin melamar ayang sebagai isteri abang,yang akan menemani abang dalam susah dan senang..
Yang akan berkongsi kehidupan abang sehingga ke akhir hayat abang..
yang akan menangis dan ketawa bersama abang dalam meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran ini..
tiada lagi keindahan selain dari anugerah allah yang satu ini..
jadilah ayang anugerah terindah diatas pelamin cinta yang abang selalu dambakan..

Sekian dari abang.

Mendamba kasihmu,
Laxmana cinta

No comments:

Post a Comment