Alhamdulillah..hari ni aku tumpang gembira apabila melihat
adik-adik yang aku didik masih bersemangat meneruskan perjuangan yang aku
mulakan..semoga perjuangan ini xkn ade pengakhirannya. Memang aku akui jauh
disudut hati aku ade perasaan bersalah kerana terpakse meninggalkan mereka. Tp
inilah tuntutan hidup,dan tuntutan hidup memisahkan aku dengan perjuangan yang
selama ni aku perjuangkan.
Aku tidak menyesal membuat keputusan ini kerana aku tau
semua ini telah tertulis dan aku redha dan pasrah dengan setiap keputusan yang
aku buat. Cuma aku betul-betul berharap perjuangan ini diteruskan dan tidak
akan berhenti separuh jalan.
Semalam bile aku tgk gambar-gambar persembahan adik-adik aku
tu hati ni jadi sayu dan rindu mahu bersama-sama mereka, menemani mereka
meneruskan perjuangan ini, dan sebenarnya aku betul-betul gembira bila melihat
dorang masih bersemngat walaupn tanpa aku. Mereka membuat aku berbangga dengan
apa yang mereka lakukan, sekurangnya-kurangnya ilmu dan pengalaman yang aku
kongsi bersama mereka tidak disia-siakan. Malah aku sentiasa berdoa agar mereka
meneruskan dan memperkembangkan pengalaman ini. Kerana pengalaman ini terlalu
manis untuk dikenang. Dan janji aku pada pasukan aku 11 tahun dulu masih
diteruskan, Alhamdulillah.
Aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang meneruskan
perjuangan ini, dan memberikan aku kesempatan untuk terus berbakti kepada
agama. Lagi pn hanya ini je cara yang aku tau…kalau ia tidak
diteruskan,bermakna matilah juga perjuangan aku pada agama Allah ini.
Terima Kasih ya Allah, walau aku sering melupakanMu namun
Kau masih memberi aku ruang untuk mencari kebaikkan dan jalan menuju syurgaMu.
Semoga Kau lindungilah mereka dan perjuangan mereka dan Kau Rahmatilah
perjuangan mereka menuju syurgaMU. Ameen.
:’) :’) :’) :’)