lagu ni dah jadi lagu kegemaran aku skarang…walaupn lagu ni just
lagu lame tp lagu ni sentiasa Berjaya mengalihkan perhatian aku stiap kali lagu
ni berkumandang. Dan bila aku jiwai lagu ni secara xlangsung air mate lelaki
aku jatuh tanpa sebab..aku sendiri xtau kenapa.. nak kate ade kaitan dgn aku or
mase silam aku xjuga…tp seperti ade yang tersirat disebalik lagu ni…ape2 pn lagu
ni mmg best.
untuk semua sahabat dan kenalan. jadilah kamu sedamai bayu yang bertiup. secerah matahari yang memancar. seindah pelangi yang mewarnai. kerana itulah anugerah hidup.
Tuesday, October 28, 2014
Tuesday, October 7, 2014
KKWS & Shoutul Taqwa
KKWS
SHOUTUL TAQWA
Diam tak diam dah hampir 3 bulan aku berhijrah kesini. Aku
juga dah sebulan menjadi Ahli Kelab Kebudayaan Warisan Saujana setelah dipelawa
oleh Setiausahanya sendiri. Walaupn pada mulanya agak kekok sebab masih belum
kenal sesiapa dan masih baru disini aku memberanikan diri untuk mempelajari
benda baru.
Alhamdulillah…Kelab Kebudayaan Warisan Saujana ( KKWS) baru
saja ditubuhkan namun sambutannya agak menggalakkan dari masyarakat setempat
sehingga aku yang agak jauh ni pn berjangkit sama. Aktiviti pertama kelab ini
adalah Aktiviti Kompnag dalam usaha memperkenalkan dan memartabatkan budaya
kompang ini pada generasi-generasi baru. Didalam KKWS aku belaja mengenali
insan-insan yang berjuang untuk terus memartabatkan budaya bangsa, secara tidak
langsung ia selari dengan apa yang aku usahakan sebelum ni. Aku berterima kasih
kepada mereka kerana memberikan aku ruang untuk menumpang didalam kelab ini dan
menjadi sebahagian ahli kluarga KKWS. Secara tak langsung aku juga banyak
belajar bende-bende baru terutama berkaitan dengan kompang.
KKWS banyak membantu aku keluar dari kesunyian selepas
berhijrah kesini dan membantu aku melepas rindu pada aktiviti serupa ini
bersama Shoutul Taqwa. Namun begitu, walaupan aku dh jd sebahagian KKWS, aku
masih memberi sepenuh perhatian dan komitmen aku untuk Shoutul Taqwa walaupn
hanya dari jauh. Tidak mungkin aku akan lupekan tanggungjwb yang telah aku
pikul selama ini. Usaha dan pengalaman aku selama berbelas tahun dalam
memartabatkan budaya bernasyid dan berqasidah insya allah xkn aku sia-siakan. Ini
saja jalan dakwah aku, jalan jihad aku.
Aku
mungkin hanya manusia kerdil yang mencari jalan jihad aku, tapi aku harap
perjuangan aku dalam memartabat agama dan bangsa sentiasa diberkati. Aku juga
akan cube membantu Shoutul Taqwa dan KKWS dalam mencapai VISI dan MISI mereka. KKWS
tempat menumpang dan mencari pengalaman dan Shoutul Taqwa pembuka jalan ke arah
kemuliaan perjuangan ini…INSYA ALLAH.Semoga Shoutul Taqwa dan KKWS akan sentiasa bergerak seiring dalam memartabatkan budaya, agama dan bangsa.
SETELAH HAMPIR 3 BULAN
Alhamdulillah…semakin lama aku disini makin bnyk aku blaja
mengenali hati manusia yang pelbagai. Ada yang bermulut manis , ada yang hanya
mementingkan diri sendiri, dan ada yang hanya mahu diri disanjungi dimata orang
lain demi kepentingan diri sendiri…tapi xkurang juga yang ramah mesra, ringan
dalam membantu dan mengambil berat serta ceria dengan gurau senda. Inilah
hati-hati manusia yang singgah didalam hidup aku.
Secara tak langsung aku belajar merendah diri dan cuba
selesakan diriaku dengan insan-insan ini. Aku cube memahami cara orang disini
yang latar belakangnya jauh dari tempat aku berasal. Agak kekok tp aku dh boleh
belajar dan paham secara perlahan-lahan. Caranya hanya dengan belajar hidup
bermasyarakat,barulah kita boleh mengenali budaya dan cara hidup mereka disini.
Aku akui aku hanya sorang budak kampung yang tercampak jauh
dari kepompong aku, dan kerana itu aku belajar untuk menjadikan tempat ini
seperti kampung halaman. Belajar untuk gembira dan ceria seperti dikampung,
belaja memahami keegoan orang Bandar dan bersabar dengan kerenah mereka yang
hanya mementingkan diri sendiri. Disini aku dapat rasakan tahap kesebaran aku
meningkat ke aras yang lebih tinggi dari sebelum ni. Tak perlu melayan hati
yang marah tapi cukup dengan belajar memahami situasi dan keadaan mereka
disini, semunya penuh dengan tekanan dan kesabaran itu sangat-sangat diperlukan
untuk terus melangkah jauh.
Subscribe to:
Posts (Atom)