Sekarang dh hampir tengah mlm..tp aku masih tidak boleh
lelapkan mate..tibe2 teringat kembali 8 tahun dulu…bagaimana merasakan diri ini
dihargai…pertama kali perasaan ini datang…rasa terlalu dihargai bile ade yang
dalam diam meminati diri kita dan ingin mengenali kita..
Sebagai lelaki aku belum pernah rase bagai mane disukai oleh
seorang perempuan, aku hanya lelaki biase yang tidak pernah diendahkan..tp mase
itu tbe2 ade seorang gadis yang call dan cube mengenali sekeping hati yang
keras dan sukar difahami ni…
Mase tu aku tertanya-tanya kenapekah die memilih aku? Apekah
yang die nmpk dalam diri aku ni? Kerana aku hanya dikenali sebagai lelaki yang
payah untuk difahami. Lelaki yang serius dan panas baran. Yang lebih membuat
aku tertanya-tanya kerana die menyukai aku hanya dgn mendengar suare aku dan
bebelan aku tanpa pernah bersua muka.
Tp bile bercakap dan mengenalinye…kekosongan hati ni
terisi..walaupn yg pertama die dapat dari aku just cacian dan makian. Aku terlalu
marah ketika tu sehingga tak menyedari yang aku memarahinya…tp selepas insiden
itu kami menjadi lebih rapat..dan setiap
mslhnye menjadi masalahku. Aku menjadi pendengar yang setia untuknya. Cukup indah
mase tu…sehingga aku tidak merasai yang aku dilamun perasaan yang selama ini
aku cari-cari.
Keindahan itu menghayalkan aku..hidup ini menjadi terlalu
indah sehinggakan aku tidak merasai sudah 8 tahun perkara itu berlalu…dan
sehingga kini aku masih berharap perasaan indah tu trus menemaniku sehingga ke
akhir hayat…tapi mampukah aku? Mampukah aku mempertahankannya?
Aku cume manusia biasa yang lemah dalam menghadapi setiap
tekanan dari hati aku sndr…aku takut perasaan itu kan terus hilang dari hidup
aku tanpa aku sedar..aku takut untuk kehilangannya. Aku harap aku akan terus
kuat untuk pertahankannya…walaupn mungkin tiada yang paham ape yang hati
ni rase..tp perasaan itu masih kuat
dalam ingatanku..dan aku xnk kehilangannya…kerana ia saat paling indah dalam
hidup insan yang tak punya apa-apa seperti aku.
No comments:
Post a Comment