Alhamdulillah…diam tak diam dh hampir 2 minggu aku ditempat
baru. Kalau nak cerita tentang cabaran kat tempat baru ni memang lah takkan
sama macam tempat lama. Pergaulan dan budaya kerjanya pun berbeza. Tetapi apa
yang aku lalui sepanjang 2 minggu disini memang banyak mengajar aku untuk lebih
bersabar dan matang dalam membuat setiap keputusan. Baik dalam kerja mahupun
hal peribadi. Dah sampai sini baru aku nampak tentang keikhlasan dan kejujuran
dalam sebuah persahabatan. Aku juga dapat menilai kesungguhan orang
sekeliling aku tentang memperjuangkan apa yang kita laungkan.
Banyak dugaan yang aku terima dan xkurang juga cemuhan bila
aku ambil keputusan untuk bertukar ke sini. Tapi tidak mengapa kerana ini semua membantu aku membuka mata dengan
lebih luas tentang keikhlasan manusia. Disamping semua itu xkurang juga yang
menyokong dan mendoakan aku untuk terus Berjaya disini dan membantu memberi
perubahan baru disini. Terima kasih aku ucapkan pada mereka kerana sentiasa
menyokong dn member semangat untuk aku terukan langkah ini. Terutama buat
teman-teman sekerja lama aku.
Apa pun semua ini adalah untuk mendewasakan aku. Aku
berhijrah kesini untuk menyempurnakan impian, mengembangkan pengalaman dan
meneruskan perjuangan yang sering aku laungkan. Walau dimana pun aku tetap
aku,aku akan tetap teruskan dakwah dengan cara yang aku suka dan yang selama
ini aku pertahankan.
Biarlah mereka membenci,biarlah walau aku sendiri tapi
perjuangan ini aku akan pastikan agar tiada penamatnya. Dan aku sentiasa
percaya yang setiap jalan yang aku pilih adalah ketentuan yang allah dah
rencanakan. Dan aku pasti semua ini pasti ada keistimewaan dan kelebihan yang
kita semua tak tahu. Yang pasti jangan berhenti berdoa dan berharap.
Semoga aku terus Berjaya ditempat baru, baik dalam kerjaya ,
keluarga mahupun masa depan. Semoga segalanya dipermudahkan dan rezeki aku
disini dipermurahkan. Ameen.
P/s: Buat Shoutul Taqwa, jangan berhenti berjuang. Kerana
walau dimanapun kita,dakwah ini harus diteruskan. Semuanya antara mahu atau
tidak bergantung kepada diri kita sendiri.