untuk semua sahabat dan kenalan. jadilah kamu sedamai bayu yang bertiup. secerah matahari yang memancar. seindah pelangi yang mewarnai. kerana itulah anugerah hidup.
Tuesday, March 9, 2010
Kebahagiaan
tp xla bermakne cinte itu mudah...
dunia percintaan mmg indah,namun manusia cepat leka dengan keindahan itu..
sudah fitrah manusia cepat terpedaya dengan keindahan yang sementare...
tp sebagai manusia kite tiada hak untuk menjadikan cinte sehine itu...
cinte dicipta untuk memupuk dan menanam sifat kasih syg dlm diri manusia..
namun andai cinte itu sendiri tercemar bagaimana untuk kite memastikan kasih syg itu terus subur...
ingat,keindahan cinte juge boleh menjadikan kite bute dalam menilai sesuatu yang indah...
kite sukar membezakan antara keindahan sebenar dengan hayalan..
tp itu la cinte,ia seindah mawar berduri...
ia diciptakan begitu indah,namun durinye bise melukakan sesiape yang cube untuk memilikinye...
membahagiakan seseorang adalah ibarat cara untuk bagaimana kite menjage keindahan dan kesucian mawar itu...
kdg2 dalam usaha kite menjage kesegaran mawar itu,jari jemari kite yang terluke dengan durinye...
itulah yang diibaratkan..
dlm kite cube membahagiakan org lain,kdg2 hati kite sendiri yang terluke dlm diam...tiade siapa yang tau..
namun kite tetap cube untuk membahagiakan die...
walaupn kadang2 die sendiri tidak perasan usaha kita itu...
tp sebagai kekasih,kite dh dipertanggungjwbkan untuk membahagiakan pasangan kite,jike tidak,ape lah gunenye bercinte jike tidak dgn kebahagiaan...
kadang2 orang hanye tahu berkate-kate,tp xpernah sedar tentang ini...
mereka hanye tahu bercinte,tp kurang arif tentang care untuk mengekalkan kebahagiaan dan kemesraan..
ini la yang terjadi pade dunia sekarang...
manusia tidak lagi pandai bersyukur dengan ape yang mereka ade...
hati mereka menjadi bute dalam mencari nikmat cinte...
lalu meracuni kesuburan kasih syg..
kehendak menghalalkan care...
itulah istilah yang paling tepat...
manusia sgp melukai sekeping hati hanye untuk mendapat sekeping hati yang lain...
walaupn mereka menyedari ketidakadilan itu...
kebahagiaan,bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan...
ramai manusia yang gagal mengekalkannye...
malah ade yang gagal merencane untuk mendapatkannye..
ingat,kebahagiaan adalah hak milik hakiki setiap manusia
tp dlm mengekalkan kebahagiaan itu,manusia perlu sedar,tentang setiap tanggungjwb yang allah fitrahkan kepadanye...
manusia yang gagal,adelah manusia yang tidak menyedarinye...
p/s: kepade semua wanita dan seluruh kaum hawa diluar sana,sedarlah akan semua ini...
supaye anda tidak mudah terpedaya dengan sesuatu yang indah,tp gagal merencane untuk mengekalkan keindahan itu...ingat,tidak ade yang kekal dlm dunia ini,yang kekal hanye la cinte kite kerane allah...dan hanye allah yang layak menilai keikhlasan hati hambanya...
Monday, March 8, 2010
BIAR KALAM BERBICARA
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya dijiwa
Agar mudahku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan ilahi…
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat dihati
Moga terubat segala
Keresahan dijiwa
Tak pernah ku ingini…
Aku telahpun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Yang sekian lama terjalin
berderai bagaikan kaca
Oh teman maafkanlah diriku…
Oh tuhan tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhuwah yang dibina
Keakhirnya…
Sahabat,
Pertemuan dan perpisahan
Adalah ketentuan allah
Semoga kita terus berada
Dibawah naungan rahmatnya.
Aku tidakkan terdaya menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyiWednesday, January 20, 2010
Pedoman Hidup
Setiap bicara yang engkau taburkan,
Tidak pernah engkau tunaikan;
Setiap laluan yang engkau lalui,
Tidak pernah engkau hayati.
Galak kali bondamu titis air mata,
Tidak sekali engkau kesatnya;
Galak kali bondamu menanti kegembiraan,
Tidak sekali engkau berikan.
Setiap langkahmu diiringi doa ayah,
Nemun tidak pernah kau ukir senyumannya;
Keringat ayah tidak engkau hargai,
Setiap kata ayah engkau ingkari.
Pabila penghujung hayat,
Tercari-cari kejayaan yang terpahat;
Apa perlu engkau kesali,
Jika itu laluan yang engkau cari.
Berilah ayahmu kegembiraan,
Selagi engkau diberi kesempatan;
Ukirlah bibir bondamu dengan senyuman,
Agar engkau mencapai ketenangan.
Tuesday, January 19, 2010
TEMAN HIDUP
Seperti baru semalam rasanya,
Hadirnya dirimu bagai cahaya,
Dikala aku kegelapan,
Kau hadir dengan seribu cahaya,
Biarpun jarak memisahkan kita,
Namun bagi hati ini,
Kau tetap di samping,
Hadirnya dirimu,
Mengubat seribu luka dan duka di hati ini,
Biarpun tiada siapa yang mengerti hubungan ini.
Namun...
Hati kita yang menyatu,
Berbisik membicarakan,
Bahawa kau adalah inspirasiku,
Dan aku adalah pemangkin semangatmu,
Tiada kata mampu mengungkapkan,
Betapa mulianya hatimu,
Betapa besarnya pengorbananmu terhadap diri ini...
Percayalah,
Dalam sayang ini,
Disampaikan oleh alunan lagu sepi,
Yang membawa erti,
Hanya dikau,
Seorang teman sejati,
Yang mengerti kisah hidupku
Monday, January 18, 2010
SEPI SENDIRI
SEPI SENDIRI
ADALAH SUATU MIMPI NGERI
YANG AKAN MENGHANTUI DIRI
DAN SAAT YANG BERLALU
SENTIASA DIRINDU.
SEPI SENDIRI
TANPA TEMAN BICARA
UNTUK MELAFAZKAN KATA
MELEPASKAN BEBAN DIDADA
YANG TERHIMPIT DAN TERSEPIT
SEPI SENDIRI
SUNYI DALAM HATI
MENANTI CAHAYA UNTUK MENERANGI
AGAR BERSINAR KEMBALI
TANPA ADA SUDUT KELAM
DALAM HATI YANG KEGERSANGAN
SEPI INI
HARUS DIHENTIKAN
AGAR TIDAK KETINGGALAN
DALAM MENGEJAR IMPIAN
YANG INSAN DAMBAKAN
DAN MENJALANKAN FITRAH TUHAN
BERJUANG UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN.
Nukilan laxmana cinta.
Sunday, January 10, 2010
DUNIA HARI INI
payah aku nak citer cos sume ni memalukan dan payah untuk akal aku menerimanya.
macam-macam yang terjadi sekarang.
Ada yang mengandung tanpe ayah...
ade pula anak mude yang berkelakuan seperti suami isteri tanpe segan silu.
manakala yang tua hanye melihat sahaja.
lebih parah bila insan penting masjid dan dianggap tempat rujukan perihal agama ditangkap khalwat dengan seorang janda.
ape yang terjadi ni membuatkan kepercayaan anak-anak mude hilang dan makin menjauhkan diri dari rumah allah...
kerane bg mereke,kalau imam sendiri buat maksiat ape lagi yang tinggal pade mereka.
sape lagi yang akan jd contoh pade mereka?
ya allah.
aku tak sanggup melihat kepupusan adab sopan sebagai sorang islam.
mereke semakin leka dalam keindahan dunia yang sementara sehingga tidak sedar yang diri mereka telah dipesongkan.
kalau insan begitu alim boleh tewas dengan hanya 1 ujian ape lagi insan jahil seperti aku yang masih terkapai-kapai mencari arah hidop.
ya allah.
aku mengharapkan perlindungan dariMu,dari sebarang godaan duniawi yang munkin akan menghanyutkan aku jauh dari jalanMU.
ya allah.
takutnya aku dengan arus dunia ini.
arusnye semakin deras dan penuh duri-duri racun.
apa akan jadi pada insan yang lemah sepertiku,andai terkena racun itu?
sesungguhnya aku tiada pelindung untuk bernaung apa lagi perisai kental untukmenghalang ketajaman duri beracun itu.
ya allah.
aku tidak ingin gagal lagi.
cukup hanya sekali.
cukup hanya seketika.
aku tak ingin balik kesaat itu.
saat digeruni tapi bukan dijalanMU.
saat disegani tapi bukan diatas landasanMU.
ingin aku menyedarkan mereka semua.
kembali kejalanMU.
berdiri dilandasanMU.
berjayakan aku?
p/s:- sahabat-janganlah kamu semua mengikuti jejak mereka.
biarlah hidop kita dijalan ALLAH.
dan mati kita dibawah naunganNYA.
Sunday, January 3, 2010
KISAH CINTA
Bermula lembaran cinta
Tanpa pengalaman
Aku tewas bersama cinta pertama
Namun tidak kekal lama
Ia hancur dipukul ombak gelora.
Kemudian,
Aku tewas lagi
Dengan perasaan yang membutakan hati
Menganggu jiwa resah gelisah
Jiwa kembali bergelora
Dilambung badai kasih
Yang aku tak pernah bayangkan
Yang aku tak pernah inginkan
Sekali lagi ia hancur
Kerana garoda duka
Kini
Cintaku kembali berputik
Hatiku dilambung ombakk kasih
Lalu terdampar dipantai cinta
Yang asing bagi diriku
Namun,
Resah tetap ada
Akan ku pastikan cinta ini
Menemui titik noktah
Yang bahagia.
NUKILAN LAXMANA CINTA
FEBRUARI 2004