Showing posts with label laxmana cinta. Show all posts
Showing posts with label laxmana cinta. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

SUNNAH KE JANNAH

bila mimpi mengaburi realiti
terpalit sisa sesak derita
tertanya dimana bahagia
sedangkan diri hilang punca

dalam meniti usia
hati dan jiwa berperang sesama
tiada jaya tanpa usaha
hanya mimpi indah menipu mata dunia

bukan sepi bebanan hati
bukan juga resah dipikul jiwa
tetapi dihentam hati derhaka
menempah dosa menuju neraka

manusia,
menuntun jiwa ke syurga
bukan seperti mencoret warkah cinta
kata-kata indah menjadi ritma dunia
tetapi hakikat menyonsong laluan
meredah ranjau dijalan tuhan

bukan mudah memikul amanah
memikul amalan perkembang ummah
menerap sunnah hingga ke jannah.

BUKTI MANUSIA


ranjau itu kehidupan
setiap titis air bergenang dikelopak
adalah bukti sebuah ketabahan
selagi kita bergelar hamba tuhan

bukan bebanan yang kita tangiskan
bukan juga takdir yang menyesakkan
tetapi tangis kasih hamba kepada pencipta
yang meruntun belasan bahagia

siapa kita untuk mempersoalkannya?
siapa kita untuk menilai takdirnya?
siapa kita untuk mendabik dada?

hanya sejadah sebagai pendinding
hanya syahadah sebagai pembimbing
kerana mati semakin mendamping
hanya bekalan amalan sebagai tongkat
yang memimpin


bukan kerana kita buta
bukan juga kerana kita tidak bermata


WARKAH UNTUK IBU


oh ibu
disaat anak mu bangkit memperjuangkanmu
jangan kau berpaling meningkah arus
kerana kau seperti menikam tanpa memandang
menghukum tanpa menimbang
melihat anakmu kecundang

wahai ibu
luka ini mungkin tidak berparut
namun kesannya tinggal persoalan
derhaka yang mengundang
atau kasih sayang datang bertandang.

ibu
mungkin diantara anak-anakmu memendam luka sendiri
disaat pengorbananya tidak dihargai
mungkin dunia bukan lagi tempat yang suci
mengemis kasih mu disini

ibu
andai kau merasakan anakmu tidak taat
muhasabahlah dirimu mencari berkat
kerana kau bukan lahirkan seorang malaikat

sayangku ibu
andai anakmu dijemput ilahi
jangan kau ratapi
kerana anak itu pinjaman duniawi
hanya singgah sekadar menemani
sebagai tangga untuk mencapai bahagia.

Sunday, November 27, 2016

PERASAAN

PERASAAN


sedih
perasaan yang menjadikn hati manusia tidak mati
perasaan yang menyedarkn insan tentang hakikat kehidupan

Air mata
senjata melembutkan jiwa
perisai pelindung duka
luahan kata dikala derita

tidak seperti amarah
ia pembunuh sebuah hati
perosak peribadi
hilang segala budi bicara

yang tinggal hanya minda yang lemah
yang hilang arah dalam mencari jati diri
membentuk rasa yang menghukum sebuah keterlanjuran
jiwa menjadi buta dalam menimbang setiap kebenaran



akhirnya,
yang tinggal hanya penyesalan yang tidak berkesudahan
penantian yang tiada pengakhiran
mendamba pengampunan tuhan
antara sebuah kemaafan dan keterlanjuran
antara pengampunan dan kemurkaan
hanya masa yang menetukan
takdir yang ditetapkan tuhan.

JUJURNYA SEORANG MANUSIA

JUJURNYA SEORANG MANUSIA


jangan berbicara melalui rasa
luahkanlah melalui jiwa

kerana rasa ternoda itu bisa membunuh jiwa.
tidak seperti jiwa
lahirnya dengan tulus
luahnya dengan halus
tidak terlalu polos
tidak juga terlalu kudus

namun jiwa yang membentuk diri 
lebih mulia dari rasa yang lahir membunuh hati
dari jiwa kita boleh bertaqwa
dari rasa kita boleh binasa



jiwa adalah fitrah
tapi rasa adalah lahiriah
keduanya adalah sebahagian darr manusia
memilih bahagia ataupun derhaka.

JUJURNYA SEORANG MANUSIA

JUJURNYA SEORANG MANUSIA


jangan berbicara melalui rasa
luahkanlah melalui jiwa

kerana rasa ternoda itu bisa membunuh jiwa.
tidak spt jiwa
lahirnya dgn tulus
luahnya dgn halus
tidak terlalu polos
tidak jg terlalu kudus

namun jiwa yg membentuk diri 
lbh mulia dr rasa yg lahir membunuh hati
dari jiwa kita boleh bertaqwa
dari rasa kita boleh binasa



jiwa adalah fitrah
tp rasa adalah lahiriah
keduanya adalah sebahagian dr manusia
memilih bahagia ataupun derhaka.

Wednesday, November 16, 2016

Lakaran Kehidupan

Bangkit dari sepi sebuah jiwa
Terbang ke langit mengubat duka
Mungkinkah terbit bahagia dihujung senja

Bertahun mencuba membina empayar
Membentuk rasa dan jiwa
Melahirkan pewaris pemangkin bangsa
Namun tidak semudah seperti mencoret diatas kertas
Iman yang ada bukan sentiasa subur kalau tidak dibaja

Mati semakin mendekat
Sedangkan jiwa semakin berkarat dengan dosa
Mungkin ada taubat dihujung cerita
Atau terus alpa duhujung hela

Syurga itu indah
Impian setiap jiwa yang ketandusan
Namun tiada yang pasti
Jika hati hanya dibuai duniawi
Ibarat tergantung diantara langit dan bumi
Langit menarik pergi
Sedangkan kaki dipasung rumput dibumi.

Saturday, May 17, 2014

8 TAHUN DAHULU...



Sekarang dh hampir tengah mlm..tp aku masih tidak boleh lelapkan mate..tibe2 teringat kembali 8 tahun dulu…bagaimana merasakan diri ini dihargai…pertama kali perasaan ini datang…rasa terlalu dihargai bile ade yang dalam diam meminati diri kita dan ingin mengenali kita..
Sebagai lelaki aku belum pernah rase bagai mane disukai oleh seorang perempuan, aku hanya lelaki biase yang tidak pernah diendahkan..tp mase itu tbe2 ade seorang gadis yang call dan cube mengenali sekeping hati yang keras dan sukar difahami ni…
Mase tu aku tertanya-tanya kenapekah die memilih aku? Apekah yang die nmpk dalam diri aku ni? Kerana aku hanya dikenali sebagai lelaki yang payah untuk difahami. Lelaki yang serius dan panas baran. Yang lebih membuat aku tertanya-tanya kerana die menyukai aku hanya dgn mendengar suare aku dan bebelan aku tanpa pernah bersua muka.
Tp bile bercakap dan mengenalinye…kekosongan hati ni terisi..walaupn yg pertama die dapat dari aku just cacian dan makian. Aku terlalu marah ketika tu sehingga tak menyedari yang aku memarahinya…tp selepas insiden itu kami menjadi lebih  rapat..dan setiap mslhnye menjadi masalahku. Aku menjadi pendengar yang setia untuknya. Cukup indah mase tu…sehingga aku tidak merasai yang aku dilamun perasaan yang selama ini aku cari-cari.
Keindahan itu menghayalkan aku..hidup ini menjadi terlalu indah sehinggakan aku tidak merasai sudah 8 tahun perkara itu berlalu…dan sehingga kini aku masih berharap perasaan indah tu trus menemaniku sehingga ke akhir hayat…tapi mampukah aku? Mampukah aku mempertahankannya?
Aku cume manusia biasa yang lemah dalam menghadapi setiap tekanan dari hati aku sndr…aku takut perasaan itu kan terus hilang dari hidup aku tanpa aku sedar..aku takut untuk kehilangannya. Aku harap aku akan terus kuat untuk pertahankannya…walaupn mungkin tiada yang paham ape yang hati ni  rase..tp perasaan itu masih kuat dalam ingatanku..dan aku xnk kehilangannya…kerana ia saat paling indah dalam hidup insan yang tak punya apa-apa seperti aku.

Friday, May 16, 2014

KEMBALI AKTIF.



Alhamdulillah…selepas setahun blog ni terbengkalai ari ni akhirnya aku dapat kembali untuk mengupdate blog ni…

Sejak kebelakangan ni terlalu sibuk memberi tumpuan pada kerjaya dan rumahtangga ditambahkan lagi dengan kesibukan menguruskan adik-adik Shoutul Taqwa…smpikn xdan untuk aku menjengah ke blog sendiri..aku berharap lepas ni aku boleh kembali aktif mengupdate blog…
Buat teman-teman aku mohon maaf sebab dh lame menyepi…pada sahabat yang sentiase ternanti-nanti cerita terbaru dari blog aku ni terima kasih kerana sentiase memberi sokongan..
Sebenarnye aku xde cerite sangat pn just nk meluahkan perasaan gembiru sbb dapat kembali mengupdate blog…

Hehehehe…ok kawan2..nnt aku update lagi…
In shaa Allah.