Wednesday, July 23, 2014

Tempat Baru Langkah Baru



Alhamdulillah…diam tak diam dh hampir 2 minggu aku ditempat baru. Kalau nak cerita tentang cabaran kat tempat baru ni memang lah takkan sama macam tempat lama. Pergaulan dan budaya kerjanya pun berbeza. Tetapi apa yang aku lalui sepanjang 2 minggu disini memang banyak mengajar aku untuk lebih bersabar dan matang dalam membuat setiap keputusan. Baik dalam kerja mahupun hal peribadi. Dah sampai sini baru aku nampak tentang keikhlasan dan kejujuran dalam sebuah persahabatan. Aku juga dapat menilai kesungguhan orang sekeliling aku tentang memperjuangkan apa yang kita laungkan. 

Banyak dugaan yang aku terima dan xkurang juga cemuhan bila aku ambil keputusan untuk bertukar ke sini. Tapi tidak mengapa kerana ini semua membantu aku membuka mata dengan lebih luas tentang keikhlasan manusia. Disamping semua itu xkurang juga yang menyokong dan mendoakan aku untuk terus Berjaya disini dan membantu memberi perubahan baru disini. Terima kasih aku ucapkan pada mereka kerana sentiasa menyokong dn member semangat untuk aku terukan langkah ini. Terutama buat teman-teman sekerja lama aku.

Apa pun semua ini adalah untuk mendewasakan aku. Aku berhijrah kesini untuk menyempurnakan impian, mengembangkan pengalaman dan meneruskan perjuangan yang sering aku laungkan. Walau dimana pun aku tetap aku,aku akan tetap teruskan dakwah dengan cara yang aku suka dan yang selama ini aku pertahankan.

Biarlah mereka membenci,biarlah walau aku sendiri tapi perjuangan ini aku akan pastikan agar tiada penamatnya. Dan aku sentiasa percaya yang setiap jalan yang aku pilih adalah ketentuan yang allah dah rencanakan. Dan aku pasti semua ini pasti ada keistimewaan dan kelebihan yang kita semua tak tahu. Yang pasti jangan berhenti berdoa dan berharap.

Semoga aku terus Berjaya ditempat baru, baik dalam kerjaya , keluarga mahupun masa depan. Semoga segalanya dipermudahkan dan rezeki aku disini dipermurahkan. Ameen.

P/s: Buat Shoutul Taqwa, jangan berhenti berjuang. Kerana walau dimanapun kita,dakwah ini harus diteruskan. Semuanya antara mahu atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri.

Monday, June 23, 2014

MALANG TIDAK BERBAU

Ni la yang dikatakan orang malang xberbau…balak bila nk datang walau kita elak mcm mane pn ia tetap berlaku gak…ni yang terjadi kat isteri aku jumaat lepas…dilanggar orang saat tengah berhenti kat trafic light…kalau dipikirkan kejadian tu mmg xlogik..tp tu la kuasa allah..kalau dh bende nk jadi mmg akan jadi jg…aku cerite kat sini bukan nk cari sape salah pn…cume peringatan kat semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati…kita saling menjaga keselamatan masing-masing dan secara tidak langsung kita menjaga keselamatan orang lain sama.

Tuesday, May 20, 2014

fitnah



Ari ni aku nk bercerita mengenai sifat manusia yang suka melagakan orang..aku pn tak tau ape yang orang mcm ni pk..sdgkn kite sndr bile melakukan sesuatu yang orang lain xsk pasti akan rase bersalah dan akan cepat2 mintak maaf..tp org yang sk melagakan orang ni boleh dikatakan manusia yang tiada perasaan..baginya ape yang die lakukan adalah mulia..kononnya nk tlg baik2kan hubungan yang mmg dh ade mslh..tp hakikatnya die seperti menyimbah minyak pada bara yang sedang merah menyala..hanya memburukkan lagi keadaan…
Inilah yang org dulu maksudkan jangan cube nk jage tepi kain org…sebenarnye amaran tu ditujukan kepada org2 mcm ni..n kerana org mcm ni jg la menyebabkan orang2 yang sk mengambi berat dan ingin membantu secara ikhlas disalah ertikan..
Hilang segala kepercayaan antara manusia dan menyebabkan permusuhan..sebenarnye orang mcm ni ibarat manusia yang sk memakan daging sahabat sendiri… Niat tidak menghalalkan care..kalau niat nk tlg org tu tlg la betul2..ni tak..die pl yang menjadi duri dalam daging…terlalu kejam..ape yang dorg pk pn kite xtau..
Ni la dunia akhir zaman…mcm2 berlaku yang kalau pk2 balik sblm ni payah kite nk kesan dalam masyarakat kite tp skrg dh makin kerap berlaku dan mule nmpak impaknye..same ade kite xperasaan atau mmg ini dh tertulis sebagai tanda akhir zaman…manusia dh makin payah dipercayai..kdg2 org yang kite anggap mulia bnyk terpesongnya…itulah bahayanya pada fitnah…tanda2 yang dajal akan keluar memusnahkan dunia ni dh semakin nmpk jelasnya..kesilapan dari kebodohan manusia sendiri…
Semoga kite semua tergolong dalam golongan yang dilindungi allah..terselamat dari golongan munafik…
*Bila  pk2 balik,naik takut pl rasenye dgn keadaan dunia skrg.

Saturday, May 17, 2014

8 TAHUN DAHULU...



Sekarang dh hampir tengah mlm..tp aku masih tidak boleh lelapkan mate..tibe2 teringat kembali 8 tahun dulu…bagaimana merasakan diri ini dihargai…pertama kali perasaan ini datang…rasa terlalu dihargai bile ade yang dalam diam meminati diri kita dan ingin mengenali kita..
Sebagai lelaki aku belum pernah rase bagai mane disukai oleh seorang perempuan, aku hanya lelaki biase yang tidak pernah diendahkan..tp mase itu tbe2 ade seorang gadis yang call dan cube mengenali sekeping hati yang keras dan sukar difahami ni…
Mase tu aku tertanya-tanya kenapekah die memilih aku? Apekah yang die nmpk dalam diri aku ni? Kerana aku hanya dikenali sebagai lelaki yang payah untuk difahami. Lelaki yang serius dan panas baran. Yang lebih membuat aku tertanya-tanya kerana die menyukai aku hanya dgn mendengar suare aku dan bebelan aku tanpa pernah bersua muka.
Tp bile bercakap dan mengenalinye…kekosongan hati ni terisi..walaupn yg pertama die dapat dari aku just cacian dan makian. Aku terlalu marah ketika tu sehingga tak menyedari yang aku memarahinya…tp selepas insiden itu kami menjadi lebih  rapat..dan setiap mslhnye menjadi masalahku. Aku menjadi pendengar yang setia untuknya. Cukup indah mase tu…sehingga aku tidak merasai yang aku dilamun perasaan yang selama ini aku cari-cari.
Keindahan itu menghayalkan aku..hidup ini menjadi terlalu indah sehinggakan aku tidak merasai sudah 8 tahun perkara itu berlalu…dan sehingga kini aku masih berharap perasaan indah tu trus menemaniku sehingga ke akhir hayat…tapi mampukah aku? Mampukah aku mempertahankannya?
Aku cume manusia biasa yang lemah dalam menghadapi setiap tekanan dari hati aku sndr…aku takut perasaan itu kan terus hilang dari hidup aku tanpa aku sedar..aku takut untuk kehilangannya. Aku harap aku akan terus kuat untuk pertahankannya…walaupn mungkin tiada yang paham ape yang hati ni  rase..tp perasaan itu masih kuat dalam ingatanku..dan aku xnk kehilangannya…kerana ia saat paling indah dalam hidup insan yang tak punya apa-apa seperti aku.