Thursday, December 9, 2010

JAWAPAN RINDU

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

Sunday, December 5, 2010

BAYANGAN GURAUAN

Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi

Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali
Belum puas ku temui

Sunday, November 28, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah….
Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus menjalani kehidupan ini walau pelbagai dugaan yang datang sejak akhir-akhir ini
Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad S.A.W.
Sesungguhnye dia la kekasih Allah yang sejati….
Ingin sekali aku mencontohinya dalam setiap perjalanan hidupku ini,namun siapalah aku dalam mencari kehidupan yang diredhai..

Aku akui sejak akhir-akhir ni ujian yang Allah beri pada aku agak mencabar..
Sampai kadang-kadang aku sendiri rasa down dengan semua ni..
Tetapi sbg hamba aku kena belajar untuk mempercayai setiap qada’ dan qadar Allah..
Sekian lama aku Berjaya melupakan semua peristiwa sedih dalam hidup aku,tiba-tiba ingatan tu datang kembali menghantui tidur ku…
Seperti sengaja untuk wat aku kembali ingat kepade semua tu..
Tp sebagai hamba,kita tidak boleh mudah melenting dengan semua ini..
Semua ini mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih kuat menghadapi setiap air mata yang kita hilangkan..

Aku bukanlah insan yang kuat menghadapi semua ni,dan kadang-kadang air mata lelaki aku jatuh jua..
Aku tak sekuat 10 tahun dulu,berhati kering dalam hadapi setiap kesedihan..
Kini hati aku mudah rapuh dengan layanan dan keadaan..
Mungkin sesiapa yang akan hadir dalam hidup aku lepas ni akan lebih sukar memahami dan melayan kerenah aku yang tidak menentu..
Tp aku harap,dia akan terus bersabar dan sentiase berada disamping aku hingga ke akhir hayat…
Kadang-kadang aku terpikir mungkin mati lebih baik dari hadapi semua ini,tapi itu hanya cakap hati yang tak beriman..
Kalau kita sedar tentang ape yang allah dah tentukan untuk kita,kita akan lebih mensyukuri setiap ape yang kita ada.
Ye,mati itu pasti..
Tp sebelum mati kita harus menjalani kehidupan ini sehingga nafas terakhir,inilah lumrah dan fitrah yang dah disyafaatkan oleh pencipta kita..
Dan sebab itu juga aku masih disini menghadapi setiap ujian yang Allah dah takdirkan untuk aku..

Aku percaya dengan setiap ape yang dah Allah tentukan…
Dan sebab tu juga kebelakangan ni aku rasa lebih tenang walaupn banyak tanggungjawab yang aku kena pikul..
Aku tak rasa tertekan pn walaupn poket aku kosong atau perut aku tak berisi…
Sebab bagi aku,semua itu untuk mengajar aku menjadi lebih bersabar dan memahami setiap keadaan dan masalah..
Insyaallah,satu hari nanti aku akan lebih bahagia dari hari-hari sebelum ini..
Kerana aku pasti,setiap ketentuan Allah adalah anugerah yang tak boleh dijual beli…
Kerana pengalaman adalah seperti sesuatu yang berharga yang sukar didapati dalam perjalanan yang panjang..

Alhamdulillah….

Friday, November 19, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN.........MIRA...

Salam sayang..
Malam ni adalah malam bermakna buat aku,kerana pada tarikh inilah lahirnya sorang yang mengenali aku sepenuh hatinya tanpa ada ragu..
Yang ada cuma cinta untukku..
Menemaniku dalam suka dan hiba..
Aku penah tewas dalam hidup aku berkali-kali,tp dia la insan yang selalu menyedarkan aku dan kembalikan aku pada landasan yang betul..
Dialah Nurul Amirah binti Zulkafli…

Selamat hari lahir sayang…
Diam tak diam sudah tahun ke 4 kita saling mengenali…
Dan macam-macam juga yang kita lalui..
Sampai kita hampir-hampir kehilang setiap saat manis kita ini hanya kerana kebodohan aku..
Kerana kemarahan aku…
Aku menghukummu dan melupakan mu..
Namun kau buktikan padaku keikhlasan dan kesungguhan hatimu..
Kau perjuangkan prinsip yang selama ini aku pertahankan..
Dan kau buktikan pada aku,yang prinsip aku tak pernah silap..
Cuma diri aku yang mudah melupakan apa yang aku perjuangkan..

Nurul,
Selamat hari lahir..
Tanpa aku sedari perkenalan yang hanye gurauan jadi sejauh ini…
Tanpe kita sedari dan bayangkan..
Rupanya ia menjadi mudah dalam semua hal..
Kerana kau serahkan hatimu setulusnya..
Kau buktikan yang cinta ini bukan mainan..
Malah kau sanggup kehilangan segalanya hanya untuk aku..
Kau bersama aku saat aku jatuh..
Kau menemaniku saat aku menangis..
Kau ubati setiap luka yang mencalariku…

Ya allah,
Tak pernah aku bayangkan insan semulia ini yang akan menemani setiap nafasku..
Namun aku bersyukur kerana kau ciptakan dia untuk aku..
Walau aku hanya insan yang tak sempurna kau jadikan aku sempurna dengan menciptakannya untukku….
Kalau la aku boleh undurkan putaran masa,ingin sekali aku padam semula semua calar dan luka yang aku cipta padanya..
Dan akan aku gantikan semua itu dengan keindahan yang tak terhenti..
Keindahan yang tiada siapa yang akan penah merasainya….

Nurul,
Aku harap tahun ni akan menjadi titik tolak untuk kita menjadi lebih baik..
Menuntun cinta kita kearah yang lebih diredhai olehnya
Capaikan setiap impian yang penah kita lakarkan dulu..
Dan semoga allah membantu mempermudahkan setiap urusan yang kita rancangkan..
Semoga allah menyatukan kita dengan ikatan yang paling mulia disisinya..
Semoga aku dapat menjadi yang halal untukmu..
Dan akan aku penuhi kehidupan mu dengan kebahagiaan dengan keizinannya..
Seperti yang kau impikan disaat kau mula mengenaliku..

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG..
Senyumanmu adalah amanah untukku.
Tangisanmu adalah luka untukku..
Kebahagiaanmu adalah matlamatku..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.

Monday, November 1, 2010

WAHAI DIRI

Lahirmu kerana satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidak berkekalan
Jangan sampai kau sesat dihujung jalan

Wahai diri
Hari-harimu berlalu tanpa kau sedari
Bulan dan tahun silih berganti
Ramadha…Syawal…Muharam..
Kehidupan semakin menjauhi
Kematian pula datang mendekati

Wahai diri
Alam dan makhluk sukar mengasihani mu
Masa turur terus meninggalkanmu
Manusia tidak akan selamanya bersama mu
Yang pasti
Hanya tuhan bias sentiasa menemani mu

Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan berbangga?
Sedang kau hanya satu lagi ciptaanNYA
Yang tidak upaya lemah tidak bermaya

Wahai diri
Mengapa kau masih ingkar?
Berani suruhan dan laranganNYA kau langgar
Kau nahi yang ma’ruf
Kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasaNYA kau cabar
Mujur tuhanmu maha bersabar

Wahai diri
Mengapa kau biar dirimu terleka?
Yakinlah kau akan satu perkara
Setiap amal pasti akan dibalasNYA
Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya

Wahai diri
Buanglah ego dan sombongmu
Mintalah keampunan dari tuhan mu
Andai selamat yang kau mahu
Di hari yang dasyat dan tidak menentu

Wahai tuhan
Terimalah ampunanku

Thursday, October 28, 2010

INDAHNYA PENDERITAAN

“ Sesungguhnya jika allah mencintai seorang hamba maka die tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangnya…”

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku,maka sesungguhnya aku dekat,aku memperkenankan permintaan orang yang meminta,apabila ia meminta kepadaku…oleh sebab itu,perkenanlah seruanku dan berimanlah kepadaku,supaya mereka menempuh jalan yang lurus” (al-baqarah: ayat 186)

Dua patah perkataan yang mengubah hidup anda dengan kehendak Allah S.W.T iaitu :
“special request” – Ditujukan kepada oaring yang bernasib malang,atau orang
yang Kemalangan,atau orang yang menderita, dan yang
semakna dengannya, Manakala perubahan kepada dunia
bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda
memandang nasib malang dengan cara memurnikannya…

lalu timbul persoalan….

Request dari siapa?
“Dari Allah..”

Sebab?
“Dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji” (Al Ankabut: Ayat 2)

Apa yang Allah request?
“Sabar,redha,dan sangka baik…”

Jika tidak?
“Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri…dan akhirnya di akhirat pula kena masuk neraka…”

Apa yang special?
“special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat…, dan special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk syurga..dengan rahmat Allah S.W.T”

Baiklah, untuk memudahkan kamu senang macam ini…
Special request bermaksud:-
Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di
uji, dan kerana itu allah menguji kamu, kerana
Allah ssayang kepada kamu, kerana kamu ‘special’ dan
kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik
sangka dan yang semakna dengannya..kerana apabila
beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari
azab api neraka yang panas membara dan beginilah
caranya untuk masukkan kamu ke dalam syurga yang kekal
abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi
indah dan special?

“Wahai tuhan kami,terimalah daripada kami (amalan kami) : Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Al Baqarah: ayat 127)

“Wahai tuhan kami,jadikanlah kami berdua: orang-orang islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat, lagi maha mengasihani.” (Al Baqarah: ayat 128)

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Al Baqarah: ayat 201)

“Wahai tuhan kami, limpahkanlah kesabaran keatas kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: ayat 250)

“Wahai tuhan kami,janganlah engkau hokum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya tuhan kami,janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: ayat 286)

“Wahai tuhan kami, janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; Sesungguhnya engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Aali ‘imran: ayat 8)

“Wahai tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan) pada suatu hati (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNYA.” (Aali ‘imran: ayat 9)

“wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Aali ‘Imran: ayat 16)

“Wahai tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMU; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMU dan kebenaran rasulMU0.” (Aali ‘Imran: ayat 53)

“Wahai tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.” (Aali ‘Imran: ayat 147)

“Wahai tuhan kami, tiadalah engkau mencipta ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Aali ‘Imran: ayat 191)

“Wahai tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan –kesalahan kami, dan wakafkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.” (Aali ‘Imran: ayat 193)

“Wahai tuhan kami,berikanlah kepada kami pahala yang telah engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMU, dan janganlah engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji.” (Aali ‘Imran: ayat 194)

“Wahai tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad S.A.W).” (Al-Maa’idah: ayat 83)

P/S: - Semoga kite semua berada dalam limpah rahmatnya,dan sentiasa terpelihara
dari melakukan kemungkaran. “AMAL MA’ARUF NAHI MUNGKAR” dan janganlah kita
malu untuk mengucap SYAHADAH kalau ingin mendambakan SYAHID FISABILILLAH.

- Kepada INSPIRASI HATI semoga cinta kita mendapat keredhaan allah, membawa
kita kearah jalan yang diredhaiNYA. “MELAKAR CINTA DUNIA MEMBAWA KE
SYURGA,INSYAALLAH….”

PADA DASARNYA MANUSIA ITU

Pada dasarnya manusia itu baik kerana manusia diciptakan awalnya dari bayi.
Bayi yang polos dan tidak berdosa.
Layaknya seperti kanvas putih yang bersih.
Seberapa baik orang itu atau seberapa jahat orang itu semua bergantung pada lukisan yang mengambarinya.
Seberapa indah dan buruknya hasilnya semua bergantung pada pelukisnya.
Kerana kita tidak boleh menghukum orang dengan sesuka hati kerana dia sendiri tidak ingin seperti itu.walau keadaan yang selalu memaksanya untuk membuat seperti itu.
Jadi,seberapa indah atau seberapa buruk lukisan yang kau pancarkan,itulah awal dimana kisahmu yang engkau jalani pada masa lalu.

Cinta adalah sesuatu yang kita inginkan, bukan bererti kita mendapatkannya.
Sesuatu yang kita dapatkan pula tidak seperti yang kita inginkan atau harapkan.
Seseorang yang tepat kadangkala datang disaat dan waktu yang tidak tepat.
Seseorang yang tidak tepat kadangkala datang disaat kita memerlukan seseorang tetapi seseorang yang tepat datang disaat tidak kita inginkan untuk dicintai.

Seandainya kamu tahu bertapa aku menyintaimu.
Mungkin ini tidak akan terjadi.
Hanya kepadamulah aku berharap.
Disetiap waktu dan disetiap harinya.
Biarlah cinta kita menjadi dongeng disetiap kisah cinta yang ada.
Agar dunia tau betapa besar cintaku padamu.
Mungkin nant,jika kau ada disisiku.
Akan ku tunjukkan rasa cintaku padamu.
Dan hanyalah tuhan yang tahu betapa tulusnya cintaku padamu.
Suatu saat dingin itu mengingatkan kite akan akhir kisah cinta kita.
Biarlah waktu yang menjawabnya.
Kita hanya membuat dongeng itu dan membuatnya menjadi nyata.
Mungkin dongeng itu akan berakhir dan hanya kita yang mengetahuinya.
Sampai waktu yang memisahkan kita.