Saturday, October 23, 2010

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkan semua padaMU

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika aku harus mati
Pertemukan aku denganMU.

MENUNGGUMU

Pagi telah datang.
Hari pun telah berganti.
Tak terasa waktu yang berlalu.
Bertahun telah ku lewati .
Menunggu cintamu yang tak kunjung datang.
Apa ini suatu kebodohan atau ini yang namanya cinta?
Itulah tanyaku padamu.

Sungguh sesak hati ini.
Gelisah disetiap tingkah laku ku.
Membuat aku menjadi serba salah.
Entah macammana caranya.
Agar kau menyintai aku apa adanya.
Itulah yang ada disetiap fikiranku.
Dan ku berikan segalanya yang ada padaku.
Itulah yang ada dalam hatiku.

Menunggumu menyakitiku
Tak terbalas mendukakan hatiku.
Tak terasa hati nni mula tertutup.
Ketika ada seseorang yang cuba memasukinya.
Aku tidak akan mengapai mu.
Jika melepaskanmu membuatkan mu bahagia.
Aku akan melepaskannya walau hati ini tidak rela.
Kerana ku tahu cinta tidak semestinya memiliki.
Walau tanpamu disisiku.
Cintaku tetap bersama mu sampai bila pun..
Aku disini menantimu.

PERTAMA KALI

Pertama kali aku bertemu denganmu,itulah saat terindah bagiku.
Diwaktu sama aku mula mengenalimu, itulah dirimu.
Gadis yang cantik dan pintar,itulah yang ku tahu.

Tanpa terasa kau mula memerhatikanku.
Dengan senyumanmu kau membuatkan aku menjadi tenteram.
Yang membuat aku terdiam dan membisu.
Mengenalimu mengajar aku pertama kalinya untuk menyintai dengan bersungguh-sungguh.

Tak terasa waktu membuatkan kite menjadi dekat.
Walau kdangkala aku tidak mengerti akan semua sikapmu padaku.
Itulah yang menjadi kebodohanku.
Yang membuat aku menjadi milik seseorang.

Takut kehilangan dirimu.
Memberanikan aku untuk mengucapkan cinta untuk mu wat pertama kalinya.
Yang membuat waktu pun turut terhenti.
Selaras dengan perkataanmu yang tak terucap.
Meninggalkanmu hanya itulah yang mampu ku lakukan saat itu.

Seminggu telah berlalu.
Kau telah putus dengannya.
Aku pun mula mendekatimu.
Yang membuat aku menjadi semakin tidak menentu.
Yang selalu membuatmu semakin jauh dariku.
Kesalahan demi kesalahan itu yang terlihat dimatamu.
Walau itu semua ku lakukan untuk mu.

Memandangmu dari jauh,hanya itu yang mampu aku lakukan.
Menolongmu dari belakang itulah ketulusan dari ku untuk mu.
Walau saat ini pun kau tidak tahu.

Waktu pun telah berakhir.
Perpisahan sama pun telah hadir.
Aku datang memberanikan diri untuk meminta maaf darimu.
Dan pada saat itulah pertama kalinya aku menyentuh tangan mu.
Itulah yang terindah dalam hidup ku.
Walaupun itu juga tanda dari akhir kisah cintaku padamu.

Monday, October 18, 2010

MENYINTAI TAK BERMAKNA MEMILIKI

Cinta dan cinta dan cinta
Adalah sesuatu tidak ada habisnya kalau kita bicarakan.
Dan jangan pernah untuk habis kerana dunia tanpa cinta bagaikan dunia tanpa lagu.
Setiap orang memiliki kisah,cerita cintanya sendiri dalam kehidupannya.
Cinta terkadang membingungkan,terkadang menyenangkan.
Terkadang menjengkelkan dan mungkin juga menyakitkan.
Cinta bukan hanya mencari amannya sahaja kerana cinta pun berhak memilih diterima atau ditolak.
Jika kita menyukai seseorang dan seseorang itu sudah benar-benar menolak kita. Terkadang itu menyakitkan. Tetapi itu adalah proses untuk kita belajar tulus menyintai dengan melepaskannya.
Kerana cinta tidak semestinya memiliki kerana ketulusan melihat orang yang kita cintai berbahagia dengan orang yang dia cintai. Daripada memaksa dia untuk berbahagia dengan kita sedangkan hatinya tidak ada untuk kita.
Kita tetap menyintainya walaupun dia tetap tidak akan menjadi milik kita atau mungkin menjadi milik orang lain.
Cinta tidak harus memaksa kerana semakin erat kita gengam semakin ia hancur dan lenyap di tangan kita.
Dan itu akan menyakitkan orang yang kita cintai.
Cinta adalah sesuatu yang kita inginkan tapi tak semstinya kita dapatkan dan ape yang kita dapatkan tidak seperti yang kita inginkan.
Jika cinta yang kita inginkan tapi dia pula tidak meninginkan kita,jangan bersedih hati.
Kerana lebih baik mencintai daripada tidak pernah mencintai.

TANDA LELAKI SAYANG

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnye dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalir air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiase bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukan jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu,jika teman lelakimu sentiase buat hatimu senang dan terhibur,itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jika tidak hairanlah lelaki sebegini sentiase inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya,sudah menjadi tanggungjawab untuk membuat hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat,nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancer tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu. Jadi,terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang,macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarkanlah ke jinjang pelamin,baru berbaloi.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu menghadapi masalah dan orang pertamu yang dating membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Sidia akan menjadi yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”
Jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Manusia tidak ada yang sempurna. Samalah juga teman lelaki kamu. Tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan die. Dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kami cari penganti,alas an kamu dah tak ada hati dan tak serasi,kamu pula macam mana? Adakah kamu tak pernah buat silap? Kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?
Jangan biarkan ego menguasai perasaankalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.

Mungkin pasangan kamu tak sempurna,tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia,itu lebih baik. Dan ikhlas itu tak boleh dilihat,tapi boleh dirasa dengan hati.

Wednesday, October 13, 2010

aku yang blur..

salam kawan2..
hari ni jiwe kembali kacau..
aku xtau kenape dan sbb ape..
mayb ade yang xkene..
sejak smlm aku cube blaja menyembunyikan perasaan sedih n hampa aku ni..
kdg2 aku rase idop aku ni xdiperlukan oleh sesiape pn..
bile time org sk,org memuji aku melangit,tp bile time xsk,org wat sesuka hati je..
wat aku mcm xde perasaan..
wat xkisah pn ape yg aku cube wat untuk dorg.
kdg2 hati ni leh wat xendah je tentang semua ni,tp kdg2 aku trase sgt dengan semua ni..
aku pn mcm org gile dh..
kejap ok,kadang pl sensitif gile...
ntah la..
takdir ape pl yang allah dh tuliskan untuk aku kali ni..
yg penting aku xsame mcm aku dengan maya dulu..
aku dh jd irwan yang baru..
aku dh cube jd sebaik mungkin dari sebelum ni..
tp pade mase yg same,aku xtau ape yang aku wat ni terbaik atau x untuk org lain..
ntah la..
aku ibarat budak yang baru nak kenal dunia..
aku xtau ape yg terbaik untuk aku dan cinte aku..
yg aku tau,aku dh jd insan yang baru..
aku dh berubah..
jauh berubah..
adekah aku semakin sesat atau semakin hampir dengan garis penamat?
yang pasti aku masih mencari arah yg tepat dan menggunakan segala peluang yang ade untuk menjadi insan yang terbaik..
insyaallah...

Tuesday, October 5, 2010

KU SAYANG KAMU

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan selalu ku nanti
Karena ku sayang kamu
Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah pujaan hatiku
Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain
Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu di sisiku
Ku kan selalu menantimu.