Sunday, January 10, 2010

DUNIA HARI INI

hari ini aku nak citer something tentang ape yang melanda insan-insan sekeliling aku sejak kebelakangan ni.
payah aku nak citer cos sume ni memalukan dan payah untuk akal aku menerimanya.
macam-macam yang terjadi sekarang.
Ada yang mengandung tanpe ayah...
ade pula anak mude yang berkelakuan seperti suami isteri tanpe segan silu.
manakala yang tua hanye melihat sahaja.
lebih parah bila insan penting masjid dan dianggap tempat rujukan perihal agama ditangkap khalwat dengan seorang janda.
ape yang terjadi ni membuatkan kepercayaan anak-anak mude hilang dan makin menjauhkan diri dari rumah allah...
kerane bg mereke,kalau imam sendiri buat maksiat ape lagi yang tinggal pade mereka.
sape lagi yang akan jd contoh pade mereka?

ya allah.
aku tak sanggup melihat kepupusan adab sopan sebagai sorang islam.
mereke semakin leka dalam keindahan dunia yang sementara sehingga tidak sedar yang diri mereka telah dipesongkan.
kalau insan begitu alim boleh tewas dengan hanya 1 ujian ape lagi insan jahil seperti aku yang masih terkapai-kapai mencari arah hidop.

ya allah.
aku mengharapkan perlindungan dariMu,dari sebarang godaan duniawi yang munkin akan menghanyutkan aku jauh dari jalanMU.

ya allah.
takutnya aku dengan arus dunia ini.
arusnye semakin deras dan penuh duri-duri racun.
apa akan jadi pada insan yang lemah sepertiku,andai terkena racun itu?
sesungguhnya aku tiada pelindung untuk bernaung apa lagi perisai kental untukmenghalang ketajaman duri beracun itu.

ya allah.
aku tidak ingin gagal lagi.
cukup hanya sekali.
cukup hanya seketika.
aku tak ingin balik kesaat itu.
saat digeruni tapi bukan dijalanMU.
saat disegani tapi bukan diatas landasanMU.
ingin aku menyedarkan mereka semua.
kembali kejalanMU.
berdiri dilandasanMU.
berjayakan aku?

p/s:- sahabat-janganlah kamu semua mengikuti jejak mereka.
biarlah hidop kita dijalan ALLAH.
dan mati kita dibawah naunganNYA.

Sunday, January 3, 2010

KISAH CINTA

Bermula lembaran cinta

Tanpa pengalaman

Aku tewas bersama cinta pertama

Namun tidak kekal lama

Ia hancur dipukul ombak gelora.

Kemudian,

Aku tewas lagi

Dengan perasaan yang membutakan hati

Menganggu jiwa resah gelisah

Jiwa kembali bergelora

Dilambung badai kasih

Yang aku tak pernah bayangkan

Yang aku tak pernah inginkan

Sekali lagi ia hancur

Kerana garoda duka

Kini

Cintaku kembali berputik

Hatiku dilambung ombakk kasih

Lalu terdampar dipantai cinta

Yang asing bagi diriku

Namun,

Resah tetap ada

Akan ku pastikan cinta ini

Menemui titik noktah

Yang bahagia.

NUKILAN LAXMANA CINTA

FEBRUARI 2004

KEDAMAIAN

Kedamaian yang ku cari

Hamper dalam genggaman

Tetapi belum berada didalam dakapan

Masih ada cabang-cabang yang menganggu

Kedamaian dan kebahagiaan

Yang bakal ku terima

Namun jiwa ku masih kuat bertahan

Bersama cinta yang berputik

Kegelisahan mengundang jiwa tertekan

Segala yang ku pertahankan

Mungkin hancur ditengah jalan

Tidak seperti yang diimpikan

Inikah kedamaian?

Inikah kebahagiaan?

Inikah keadilan?

Atau batasan untuk kite bersame

Namun aku tetap seorang insan

Yang menyintaimu

Atau tanda untuk membuktikan

Kesetiaan antara kita

Walaupun begitu

Akan aku tunggu

Dirimu yang satu Permata hatiku

Untuk kita bersatu

Sayang ku!!!

NUKILAN LAXMANA CINTA
JANUARI 2004

Wednesday, December 30, 2009

9 SIFAT ISTERI SOLEHAH

KEIBUAN

Kebanyakan lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih syg.
Wajah Keibuan yang mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

KEANAK-ANAKKAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan dimata lelaki.
Mereka rase terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakkan yang menyenangkan.
Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan ,wanita yang berpengertian tidak akan terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cube mengerti duduk persoalannya.

MENGHARGAI

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

MENJAGA PENAMPILAN

lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiase kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan dia tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila berumahtangga , wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walaupun dah punye 3 orang anak?

PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginye.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.
wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok sama ada dibandar atau di kampung.

MENGHORMAI DIRI SENDIRI

Lelaki suka dengan wnaita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.
Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh lelaki terhadap dirinya.
Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.
Dia tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

SIMPATI DAN PRIHATIN

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempersona.

p/s: Kepada semua wanita,contohilah isteri rasulullah dalam membentuk jatidiri.
menjadi teman dan sahabat kepada rasulullah,menemani rasulullah dalam setiap saat kepayahan baginda. Menghargai baginda dan menerima baginda seadanya.
sentiase menjadi pendengar yang setia serta penenang hati suaminye dikala gundah.
tiade wanita semulia khadijah.
melakar sejarah,membuktikan tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegar dunia.
sehingga pemergiannya ditangisi nabi.
dia ibarat mentari yang memancar dikala rasulullah mencari sebuah ketenangan.
die la penawar hati rasulullah ketika suram.
Al-fatihah....




Tuesday, December 29, 2009

KAWAN-KAWAN

Hari ni aku bosan sangat.

tapi tibe-tibe aku teringat mase lalu aku.

zaman sekolah yang penuh dengan keriangan.

bersama kawan-kawan bergurau senda.

mase tu kami tak banyak masalah macam sekarang.

yang kami tau belaja, bemain dan bergembire.

study group, training bola sepak,bola tampar dan nasyid.

pastu malam pula kadang-kadang aku pergi study ngan budak-budak hostel.

bestkan?

pastu boleh dikatekan tiap-tiap hari penuh dengan gelak ketawa dengan keletah kawan-kawan.

ada je bahan untuk kami ketawekan.

dulu,sape xkenal kelas B?

kelas 5 Bijak.

semua cikgu tau.

tp ade sorang cikgu yang rapat ngan budak-budak kelas kami gelarkan kelas kami 5 bahagia.

sebab segarang mane pun cikgu yang masuk kelas kami pasti kuar dengan senyuman.

dan kelas kami digelar macam tu pun kerane boleh dikatekan majoriti budak-budak kelas kami ade couple masing-masing.

dan boleh dikatekan setiap hari name kelas kami meniti kat bibir cikgu-cikgu sekolah tu.

ade je cerite dari kelas kami,xkire baik ke buruk.

tapi kebanyakkannye baik la...

ye la,kelas kami jadi juare sayembara puisi peringkat sekolah,pastu ke.3 peringkat daerah.

xcukup dengan tu,nasyid pula mengharum name kelas kami....smpi wakili daerah.

majoriti kelas aku adalah atlit sekolah.

kalau dekat-dekat ngan program sukan or kokurikulum mesti kelas aku xcukup kaki.kalau tinggalpn just 2 3 kerat je la.

sampai cikgupun takde semangat nak ajar kelas kami bile tengak banyak tempat kosong.

dan aku tengok muke cikgu mase tu pn memang nak tergelak.

kalaulah aku boleh putarkan balik mase,mungkin hidop aku tak sebosan sekarang.

ramai kawan-kawan aku mase tu.

setiap kali aku balik umah mak aku pula,ramai kawan-kawan yang akan bertandang ke rumah aku.

kebanyakkannye kawan-kawan sejak dari sekolah rendah.

dorang ni lebih kuat gelak dari budak2 kelas aku...

lagi-lagi dengan lawak-lawak shahrul n wassup yang selalu menghangatkan suasana..

banyak suke duke yang kami lalui..

teringat aku saat salah seorang kawan kami meninggal.

semua kawan-kawan menangis teresak-esak.

malah kesedihan kami melebihi kesedihan yang keluarge die lalui.

kawan-kawan aku macam tak boleh terime pemergian arwah.

aku sendiri menangis.

cos aku la yang sentiase dengar masalah dan luahan hati die.

malam terakhir sebelum pemergian die aku dapat lihat semangat dan impian die.

terus terang cakap,aku rindu die.

boleh katekan dielah penyatu persahabatan kami semua.

rumah dielah yang selalu markas tempat kami berkumpul dan merancang akriviti kami.

malas sepanjang cuti sekolah rumah die la jadi tempat kami melepak dan menghabiskan mase bersame.

macam-macam aktiviti yang kitorang buat.

memancing,berkhemah,mandi sungai,BBQ,main game dan macam-macam lagi.

dielah yang selalunye jadi ketua.

sampai sekarang pun,bile aku ade mase aku still pergi memancing kat tempat yang arwah selalu bawak kami semua.

tapi sampai sekarang aku masih tak dapat kalahkan die untuk dapat ikan besar atau udang galah besar...

dielah juare memancing dikalangan kami semua.

tapi lepas arwah meninggal,kawan-kawan aku semua buat haluan masing.

kalau jumpe pun dah tak semesra dulu.

semua dah ade life masing-masing.

semua dah kerja dan ade yang belajar jauh dari tempat kami membesar ni.

yang tinggal hanye aku je yang still mengenangkan setiap suke duke kami bersame.

memanglah orang selalu cakap,kenape dikenang kisah yang lepas nant kite xkn maju.

tapi sedarlah,hari semalam yang mendewasakan kite tentang kehidupan hari ini..

hari semalam penuh dengan suka dan duka untuk kite kenang dan jadikan impian indah pade hari-hari akan datang.

dan setiap kali aku ingat saat tu, aku pasti menangis bile mengenangkannye...

kegembiraan yang tak mungkin aku dapat semula.

kalaulah sekarang kawan-kawan still ade disisi aku macam dulu,aku ade banyak bende nak wat ngan dorang macam dulu..

mase arwah masih ade.

aku nak dorang tau yang aku xpenah lupekan persahabatan kami..I...

kemane pun aku melangkah, aku still akan ingat setiap keletah dorang...

takde kenangan yang indah melainkan saat bersame mereka.

aku rindu korang semua.

P/S;- kawan-kawan, aku disini menanti korang sume.

Aku harap kite semua dapat berkumpul semula.

Bersame dlm setiap kegembiraan dan kesedihan.

Walaupn kite dh ade haluan masing2 tp percayalah ikatan inilah yang mengikat kite.

Dan ikatan ini tidak akan putus sehinggalah nafas kite terhenti.

aku ingin kite semua berkumpul semula macam dulu-dulu, sekurang-kurangnye sebelum aku

menutup mata.

Tuesday, December 22, 2009

KASIHKU ABADI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.......

Telebih dahulu aku memohon ampun kehadrat ilahi diatas dosa-dosa aku yang telah lalu.
Sesungguhnye aku tak ingin perpisahan ini.
Andai Allah nak berikan balasan diatas dosa-dosa yang lepas pn bukan ini caranya.
aku tak relakan perpisahan ini.
aku tak kisah andai balasan lain yang Allah berikan kepadaku,tapi bukanlah dengan memisahkan aku dengan nyawaku.
Ya Allah,
Aku mohon!!!!!
Aku inginkan dia!!!!!
Jangan pisahkan kami!!!!!

Sedih sangat hati aku saat ini.
Kenapa Setiap orang yang aku sayang akan pergi tinggalkan aku?
Apa salah aku?
Aku just cube untuk merapatkan jurang antara kami tapi kenape dia boleh salah paham?
Ya Allah,
Andai betul aku yang salah,aku xmungkin menyesal macam ni, tapi ini langsung tak ade ape-ape salah pn.
Aku just nak bermanja dan bergurau senda macam selalu.
Salahkah aku?
Aku just nak kami kembali mesra mcm dulu.

Ya, aku mengaku aku agak terluka dengan sikap dia sejak kebelakangan ni.
Dia dah macam hilang minat pada diri aku.
Malah cerita-cerita aku yang sebelum ni dia suka,langsung tidak lagi menjadi perhatian dia.
Aku rasa aku dah makin jauh dari dia.
Kami tak sebahagia dulu.
Tapi kekecewaan kat hati aku ni langsung tidak mengubah cinte dan kasih sayang aku pada dia.
Apalagi untuk menduakan dia.

Aku mengaku sepanjang perkenalan kami, aku tiba-tiba menjadi perhatian ramai pompuan.
Aku pn tak tahu kenape,aku layan semua kawan-kawan aku sama je baik lelaki mahupun pompuan.
Tapi semua tu langsung aku tak ambil kisah.
Aku sentiase sedarkan diri aku yang aku hanyalah milik dia seorang.
Aku seboleh-bolehnya mengelak dari sebarang fitnah yang akan menghancurkan cinta kami.
Dalam sejarah hidup aku,Aku tak penah menduakan cinta aku selama ini.
Dia pun tahu aku macam mane.
Malah dia lebih kenal aku dari orang lain.
Die tahu setiap keperihatinan aku dan juge perangai nakal aku.

Tapi aku keliru.
Kenape tiba-tiba perangai dia berubah?
Kemana perginya kepercayaan dia pada aku?
kemana hilangnya keyakinan dia pada cinta kami?
kenape?
kenape semua ni mesti berlaku?
atau ini adalah balasan Allah kepada dosa-dosa aku yang lalu?
Aku tak setuju.
Kalau nak hukum aku pn,bukan dengan menghancurkan cinte dan kebahagiaan kami.
Banyak yang kami korbankan untuk pastikan cinta kami trus kekal dan bahagia.
Lebih-lebih lagi komitmen kami yang tak pernah berbelah bahagi.
macam-macam yang kami buat untuk perjuangkan cinta kami.
kenape mesti jadi mcm ni?

Ya Allah,
Aku mohon kepadaMU.
Sesungguhnya Engakulah yang mencipta cinta di syurga.
Dan Engkau juga yang menurunkan cinte kedunia bersama Adam dan Hawa.
Aku memohon KepadaMU Ya Rahman Ya Rahim.
Satukanlah hati kami seperti mane Kau menyatukan hati Adam dan Hawa.
Namun janganlah Kau uji kami seperti apa yang telah mereka lalui.
Ya Allah,
Aku hanya insan lemah yang memohon belas kasihan dariMU.
Lindungilah kesucian cinte kami dari godaan syaitan
Restuilah hubungan kami sepertimana Kau merestui cinte Yusuf dan Zulaikha.
Aku menyerah kepadaMu Ya Allah.
Telah banyak air mata yang mengalir.
Namun Kau hapuskanlah dengan kebahagiaan anugerah cintaMU yang utuh supaya kami tidak melupakanMU.
Benarkanlah kami bersama Ya Allah.
Aku merayu dan merintih.
Kerana aku percaya Kau ciptakan dia untukku.
Dan dia adalah yang terbaik buatku.

Kamar hatiku, sekian lama

Suram dan sepi, kekosongan

Aku mencari insan sejati

Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya

Disemai rasa kasih sayang

Agar bersemi ketenangan

Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan

Dan ku rindukan keramahan

Aku inginkan kemesraan

Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi

Menyayangimu, disayangi

Merindui dan dirindui

Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku

Biar tenang resah di dadaku

Terimalah serta kabulkan harapan ini

Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna

Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah

Hidup mati jodoh pertemuan

Ditentu Allah yang Esa

Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati

Dipertemukan serikandi

Susah dan senang sama harungi

Demi cinta yang hakiki

P/s;- buat sume sahabat,aku berkongsi cerita ini supaya dapat jadikan iktibar pade korang sume....

cinte bukan hanye memerlukan kejujuran dan kesetiaan tapi ia juge memerlukan tolak ansur dan saling memahami.

cinte itu indah dan tidak menyakitkan....

tapi cinte juge ibarat saham,ade jatuh bangunnye....

kerane inilah namenye kehidupan...

tp percayelah,selagi kite tidak berhenti berjuang,pluang akan tetap ade untuk cinte kite berjaya.

aku telah melaluinye,dan aku akan pertahankannye...

jgn mudah mengalah dengan keadaan,walaupun restu yang menjadi masalahnye.

penyelesaian tetap ade,yang penting kewarasan kite akan memastian cinte kite berjaya.

menghormati org lain adalah asasnye,tapi kekuatan hati adalah tunjang yang mencengkam cinte menjadi kukuh berdiri.

org lain xkan paham,hanye kite yang kenal cinte kite lebih dari segalanye.



KALIMAH CINTA

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa
Di batasan cinta
syariat terjaga
Tanpa keraguan
tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku